advertisement

BAHAYA MIGRAIN, JANGAN BIARKAN IA BERLARUTAN



MIGRAIN

Semalam saya sakit kepala sangat, rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala ni kat dinding (ops, jangan buat tau macam ni, ianya tidak membantu malah lebih menyakitkan). Jadi, hari ni terasa nak kongsikan pada anda tentang migrain. 





Migrain atau sakit kepala yang teruk adalah penyakit yang mana boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya orang dewasa. Migrain lebih kerap berlaku di kalangan wanita. Kira-kita 18% wanita, dan 6% peratus lelaki. Bukan hanya orang dewasa bahkan kanak-kanak juga mendapat migrain. 
 Mereka biasanya mendapat migrain di kedua-dua bahagian kepala atau bahagian hadapan sahaja. Walaupun begitu, ia berlaku tidak lama lebih kurang 30 minit sahaja.


Ada teori menjelaskan bahawa migrain berlaku kerana gelombang-gelombang aktiviti oleh sel-sel otak yang apabila diransang, ia mencetuskan bahan kimia seperti serotonim yang mengecutkan saluran darah. Bahan kimia dan hormon seperti serotonim dan estrogen didapati memainkan peranan dalam menentukan seteruk mana tahap migrain seseorang.

Migrain memang menyeksakan, ia mengakibatkan pesakit mengalami sakit kepala yang berdenyut dan berulang. Keadaan ini biasanya memberi kesan kepada sebelah kepala dan sering ditandai dengan amaran deria seperi pancaran cahaya, blind spots, kesemutan di tangan dan kaki, loya, muntah, dan sensitiviti kepada cahaya. Migrain boleh menjadi sangat serius dan berlarutan sehingga beberapa hari.

SIMPTOM-SIMPTOM
 
1.PRODROME

Satu atau dua hari sebelum migrain, anda mungkin mengalami perubahan kecil termasuk:
-Sembelit
-Kemurungan
-Ketagihan makanan
-Hiperaktif
-Mudah marah
-Kekakuan leher
-Menguap secara tidak terkawal

2.AURA

Tanda-tanda termasuklah;
-Pemikiran mengelirukan atau pengalaman persepsi lampu pelik, lampu berkilauan atau berkelip
-Rasa mencucuk-cucuk pada tangan dan kaki
-Ketegangan di bahu,leher atau anggota badan
-Bau yang tidak menyenangkan

3.POSDROME

Pada fasa ini pesakit mungkin merasa letih. Sesetengahnya mungkin merasa sedikit terawang-awangan.


FAKTOR MIGRAIN

-Alahan dan tindak balas alergi
-Lampu yang cerah, bunyi yang kuat dan bau tertentu seperti minyak wangi
-Tekanan fizikal atau emosi
-Perubahan corak tidur atau tidur yang tidak teratur
-Merokok atau terdedah kepada asap
-Berpuasa
-Gula darah yang rendah
-Alkohol
-Pusingan haid yang tidak menentu, pil perancang dan aliran hormon yang tidak seimbang
-Sakit kepala ketengan
-Makanan yang tinggi MSG dan mengandungi tyramine(wain merah, keju tuna, ikan salai, hati ayam, buah ara)

Namun begitu, mengelakan makanan tertentu tidak akan mencegah migrain. Keadaan ini ternyata lebih rumit daripada itu. Faktor-faktor pencetus seolah-olah wujud sedikit demi sedikit dari satu tempoh masa dan bersama-sama menyebabkan serangan migrain.

Corak pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan dalam sesuatu penyakit, begitu juga migrain. Jika terlalu banyak aktiviti atau stress, migrain boleh bermula. Begitu juga jika anda tidak dapat mengawal corak pemakanan yang mengandungi bahan-bahan penyebab migrain. Teruskan menjalani hidup sihat untuk kesihatan anda.

Jangan ambil mudah tentang migrain, kerana jika dibiarkan ia mungkin menyebabkan lebih serius, dapatkan rawatan pesakit-pesakit migrain sekalian. Ikuti lanjutan penulisan saya dalam entry akan datang tentang cara mencegah migrain serta rawatan sesuai.




MEAL SHAKE SHAKLEE MELENGKAPKAN NUTRISI

Apa yang best sangat mealshake shaklee ni?
Mealshake membekalkan 24 jenis vitamin dan nutrien yang lengkap untuk keperluan tubuh. Sesetengah orang ingin mengambil multivitamin, tetapi agak susah untuk menelan pil, maka mealshake amat sesuai untuk golongan tersebut.



Nutrisinya mudah diserap oleh tubuh, malah diperbuat daripada bahan semula jadi seperti sayuran, buahan, kacang soya dan lain2 lagi. Mealshake sesuai untuk semua golongan, boleh diamalkan daripada bayi(1 tahun ke atas), kanak-kanak yang sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, warga emas, orang yang sibuk atau orang yang selalu mengambil makanan segera.

Meal shake sangat sesuai untuk golongan yang sibuk, masa yang sangat terhad untuk aktiviti seharian, sehinggankan waktu makan pun di hadkan, meal shake sangat mudah disediakan, hanya perlu shake, shake dan siap untuk diminum. Selain itu, warga emas yang sukar untuk menelan makan pejal, bekalkan meal shake shaklee untuk mereka.

KEBAIKAN MEAL SHAKE

1. Nutrisi yang lengkap-mengandungi 24 jenis vitamin yang lengkap untuk keperluan seharian.
2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh- sangat kaya protin, yang bagus untuk membina kuku, kulit, rambut serta lain organ yang sihat
3. Membantu tumbesaran- mengandungi asid folik, kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat dan sihat
4. Dapat mengembalikan seri wajah kerana mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel darah merah yang sihat, sekali gus memberikan kulit wajah yang lebih halus dan berseri.
5. Detoksifikasi- Kaya dengan serat larut yang dapat membantu membuang lemak serta mencuci usus. Akan tetapi, detok  tidak bermakna untuk kurus ye, ia lebih kepada melancarkan sistem pencernaan.

Mealshake sangat sedap u ols, budak-budak yang kurang selera makan, bancuh bersama minuman mereka, selera makan menjadi-jadi lepas tu. Sembelit pun hilang. Rasanya yang sedap, sangat sesuai untuk semua golongan. Wajib ada tiap2 rumah ni..



kalau berminat? boleh hubungi saya ye,,


Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

TELEKUNG LYCRA YANG CANTIK DAN MURAH

assalam korang yang cantik dan hebat semua.. Mai singgah tengok telekung lycra yang cantik2 ni.

menjadi trend sekarang, rata2 mesti nak dapatkan koleksi telekung yang cantik kan. bukan tu ja, kita kalau nak solat mesti nak pakai yang selesa. penggunaan telekung bukan lah wajib tetapi, menjadi kebiasaan kita di rantau ini sejak dulu lagi. Saya pun tak nak la lepaskan peluang dapatkan telekung yang cantik, selesa serta murah lagi.

Barang yang baik harus lah di kongsi. Itu la saya dari dulu. Jika anda berminat nak dapatkan telekung lycra ini, anda boleh dapatkan nya dengan saya. Saya gerenti kualiti yang terbaik untuk anda.

KENAPA PERLU MEMILIH TELEKUNG LYCRA KAMI?

Telekung kami diperbuat dari kain LYCRA high grade.
Dijahit dengan kemas dan teliti.
Kami jamin KUALITI produk diutamakan

KENAPA MEMILIH TELEKUNG LYCRA??


1. Tidak jarang
2. Kain berat dan jatuh ( tidak perlu risau mengerbang jika solat di bawah kipas)
3. Tidak mudah kedut
4. Tidak panas dan selesa di pakai
5. Pilihan warna yang menarik.
5. Bahagian kepala yang kemas dan rapi ( tidak perlu pakai anak tudung)
6. Kain yang labuh – tiada masalah akan nampak kaki .
7. Pinggang bergetah
8.Free size untuk dewasa



Terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik, boleh tengok chart di bawah. pilih telekung pilihan anda sekarang.


HANYA RM 65.00 SEPASANG. Ianya termasuk postage. tambahan RM6 untuk sabah sarawak. serta tambahan postage untuk lebih 2 pasang. 


warna yang tidak dinyatakan, boleh rujuk dengan saya ye. Insyaallah, stok akan berubah dari semasa ke semasa. harga jugak akan berubah jika renew stok. 





follow saya di facebook Syida Hashim
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com

KALSIUM TANPA MAGNESIUM KURANG MANFAAT

Pengambilan kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang. Ramai mengatakan yang punca pereputan tulang adalah kerana kekurangan kalsium, hakikatnya kajian terperinci telah dibuat mengatakan kereputan tulang berpunca kurangnya pengambilan magnesium. 

Sesungguhnya magnesium merupakan unsur amat penting untuk kesihatan tubuh. Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium.

SLIM DENGAN AIR PUTIH JE


Sejak2 mengamalkan vitamin/makanan tambahan ni memang saya akan pastikan saya minum air putih/kosong yang banyak. Wajib satu hari ambik sekurang-kurangnya 3 liter.. Paling busuk pun 2 liter. Kalau ambik minuman atau makanan manis, memang kena minum air kosong lebih tau.
Air kosong ni tersangat la bagus dalam membantu proses penyerapan dan detok tubuh badan secara 'natural' nya.


Kenapa Air Kosong Itu Penting?


Membersihkan tubuh - Meminum air putih yang bersih terutamnya di waktu pagi boleh memberikan tenaga kepada tubuh badan. Selain itu ianya juga akan membersihkan tubuh badan dari segala kekotoran akibat pemakanan dan proses penghadaman yang berlaku di dalam tubuh badan.

Mengatasi sembelit - Dengan mengamalkan meminum air putih, sistem pencernaan di dalam tubuh akan di neutralkan yang mana ianya secara tidak langsung akan mengatasi penyakit sembelit yang di hadapi.

Menjaga kesegaran kulit - membiasakan diri meminum air putih banyak faedahnya terutama kepada kulit kita. Pengambilan air putih yang secukupnya iaitu 8 gelas sehari akan mengekalkan kelembapan kulit kita dan menghindari kita dari mengalami kulit kering dan bibir yang pecah.

Membuang toksin - Air putih juga di percayai boleh membuang toksin di dalam badan. Kesan toksin yang paling ketara adalah ketika anda berpeluh dan mengeluarkan bau. Amalkan meminum air putih ini nescaya masalah itu dapat di selesaikan.

Menstabilkan cairan dalam tubuh - Pengambilan 8 gelas air putih sehari mampu mengekalkan keseimbangan kandungan cecair dalam badan. Semakin banyak anda bergerak, semakin banyak cecair di dalam badan anda akan berkurangan.

Mengurangkan berat badan - Meminum 0.5 liter air putih setiap pagi juga mampu menurunkan berat badan. Ini dikarenakan meningkatnya metabolisme tubuh hingga 25% akibat cairan yang masuk ke dalam tubuh badan anda yang berfungsi sebagai pelancar fungsi organ dalaman yang bekerja.

Meningkatkan produktiviti sel-sel dalam tubuh - Produktiviti sel-sel darah dalam tubuh badan akan meningkat seimbang dengan meningkatnya cecair di dalam badan. Sekiranya tubuh badan anda kekurangan air, maka produktiviti sel-sel darah di dalam badan akan menurun.

See, betapa pentingnya air kosong pada diet seharian kita,bukan semata-mata nak kurus(itu je fikirkan). Saya akui mula-mula memang susah, rasa geli tekak nak telan air kosong banyak-banyak ni, tapi lama kelamaan jadi terbiasa dan kalau tak cukup tu memang tak tenteram satu hari(over sikit).
Bukan saja-saja saya nasihatkan anda untuk minum air banyak-banyak sampai ada yang kata, nanti kembung perut la, sel mengambang la. Saya tak minta pun anda minum sampai bergelen-gelen. Ye tak? At least, 3 litres a day(susah ke). Jumlah yang disarankan adalah berpatutan tau. Jujur la, kadang-kadang saya sendiri terbabas, sebab terkejar sana sini.

Mulai hari ni, anda yang ambik vitamin atau pun tak, pastikan air putih anda cukup ye. Bukan untuk orang lain, kesihatan diri jugak.
hidup lebih bermakna, jika tubuh sihat.. ALLAH!

ni ada formula mudah untuk ukur keperluan air untuk tubuh kita:-

25 kg berat = 1 liter air

selamat minum ye.. hihi  ;)

MACAM MANA NAK JOIN AHLI

Saya nak kongsikan rahsia, betapa menyesalnya saya. Saya masih baru dan masih lagi mentah dalam dunia perniagaan ni. Buat masa ni saya baru berjinak-jinak dalam perniagaan online. Saya pun tak pasti mana turunnya minat untuk meniaga ni walhal 'parents' saya bukan lah orang berniaga. Kalau saya syior kan untuk meniaga mesti dorang cakap "mak tak minat la"(mak la cakap), abah pun sama. 

Tapi, itu tidak lah mematahkan semangat saya untuk menaruh impian akan menjadi usahawan berjaya suatu masa nanti. Saya telah tanamkan azam ni sejak sekolah rendah lagi. Minat berniaga saya telah lama. Saya mula menjual kat sekolah sejak Tahun 2 lagi. Saya 'request' kat mak ngan abah nak jual kacang goreng, kacang rebus kat sekolah sebab tengok kawan2 suka makan. Abah bagi modal, tak silap dalam RM6 je kot. Beli lah kacang tanah ngan kacang rebus. Mak la tukang masak tu, pastu saya akan 'packing' sama-sama ngan mak. 

Hari pertama bermulanya untuk menjual kat sekolah, kebetulan saya sekolah pada sesi petang masa tu, saya pun pergilah awal sikit. Serius cakap mula2 tu memang malu giler nak 'promote' barang jualan kat kawan2. Bermula dengan merisik kawan2 rapat, dorang beli sorang 2 bungkus. Best woo, bila ada 'customer', pastu dorang makan tayang2 kat kawan2 lain, kat situ la kacang2 saya dipromosikan.(sebenarnya kawan2 la yg tlg promote lebih, maluuuu). Setiap hari ada ja yang datang serbu saya nak beli kacang.

Lama kelamaan, abah tolong tambahkan jualan saya, dia belikan asam boi(yang selalu kita letak dalam air asam boi tu). Barang jualan saya berubah-ubah la dari semasa ke semasa sebab tak nak kawan2 'boring'(kata mak), mak ngan abah yang 'support' minat saya ni. Seronok tau dapat pegang duit hasil kerja kita walaupun tak seberapa. untung pun berapa la sangat, tapi puas hati. Sampai jadi fenomena kat sekolah, cikgu2 pun beli. hihi..

Lepas masuk sekolah menengah minat tu jadi terkubur jap sebab tak dapat ruang nak menjual ni. Tapi, saya tak putus asa, asal ada barang ja, mulalah nak jual. Sekarang lepas ja habis belajar, saya beranikan sikit 'join' bisnes 'networking'(company dirahsiakan). Ada la 2-3 company saya join, alhamdullilah walaupun 'income' belum beribu tapi saya tetap bersyukur sebab banyak yang dapat saya belajar.

Berniaga ni memang seronok sebenarnya, sebab melalui perniagaan kita dapat berjumpa ramai orang(kecuali online la, jumpa dalam talian je, hihi). Sabda Rasulullah dalam hadis Baginda " 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan", Rasulullah sendiri mula berniaga sejak beliau berumur 9 tahun(saya xpasti sangat sal umur ni). Kalau kita lihat lah, melalui perniagaan islam dapat tersebar ke seluruh dunia. 

Apa yang saya nak sampaikan kat sini, bukanlah cerita saya yang kurang menarik tu, tetapi nak 'share' kan kat anda semua, sapa2 yang ada minat berniaga tu jangan lah sekadar melepaskan batuk ditangga. Tanamkan azam dan usahakan la sesuatu supaya kita akan capai impian tu. Tak semestinya kena ada modal beribu untuk memulakan perniagaan kan. Saya ada terbaca coretan Dr Azizan Osman dalam blog beliau(tak jumpa link nak share), mulakan lah dengan jual apa sahaja(yang halal) asalkan anda menjual, itu la berniaga. 

Ok la anda semua yang cantik, menarik dan tertarik, terlanjur cerita sal mulakan perniagaan ni, saya pernah join networking suatu ketika dahulu, modal? agak murah jugak sebenarnya, adalah RM1000 camtu. Saya mula dulu masa saya masih 'student'. Tapi, saya dah tak teruskan dengan syarikat lama(sebab dirahsiakan). 
Sekarang saya dah join Shaklee. Modal? tak mahal mana pun, cuma RM75 je SEKALI SEUMUR HIDUP. Eh, biar betulkan tapi itulah kenyataan yang harus saya terima. Lepas tu dah boleh 'promote' barang. Sebelum mula proses mem'promote' saya makan dulu k(ambik set resdung, resdung teruk). Pas 2 bulan consume dan nampak perubahan(baik) saya tanpa teragak2 join ahli(saya join dengan FREE membership, tak yah keluar pun RM75). Saya pun mulalah 'share' kan kelebihan Vitamin Shaklee.

Alhamdullah, saya menyesal join sebab terpaksa dapat side income yang hampir gaji sebenar. Dan saya menyesal terpaksa dapat income lebih tiap2 bulan melebihi jangkaan. So, sapa yg nak menyesal macam saya, mai la join bawah saya dan 'group' yang bernaung di bawah master2 hebat. Kami akan 'guide' anda dari A-Z, tapi ada syarat2 nya k.
Syarat yang mudah iaitu perlulah mempunyai semangat, yakin dan rajin berusaha untuk berjaya. Bukan join hari ni, bulan depan dah mengharapkan bulan dan bintang. Nak berjaya perlukan pengobanan ok.

Dah panjang dah coretan saya ni, sapa2 yang berminat untuk join ahli, sama ada nak berniaga atau pun makan sendiri,  jemput la contact saya terus di talian tertera,,





Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...