MIGRAIN
Semalam saya sakit kepala sangat, rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala ni kat dinding (ops, jangan buat tau macam ni, ianya tidak membantu malah lebih menyakitkan). Jadi, hari ni terasa nak kongsikan pada anda tentang migrain.
Migrain atau sakit kepala yang teruk adalah
penyakit yang mana boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya orang dewasa.
Migrain lebih kerap berlaku di kalangan wanita. Kira-kita 18% wanita, dan 6%
peratus lelaki. Bukan hanya orang dewasa bahkan kanak-kanak juga mendapat
migrain.
Mereka biasanya mendapat migrain di kedua-dua bahagian kepala atau
bahagian hadapan sahaja. Walaupun begitu, ia berlaku tidak lama lebih kurang 30
minit sahaja.
Ada teori menjelaskan bahawa migrain berlaku
kerana gelombang-gelombang aktiviti oleh sel-sel otak yang apabila diransang,
ia mencetuskan bahan kimia seperti serotonim yang mengecutkan saluran darah.
Bahan kimia dan hormon seperti serotonim dan estrogen didapati memainkan
peranan dalam menentukan seteruk mana tahap migrain seseorang.
Migrain memang menyeksakan, ia mengakibatkan
pesakit mengalami sakit kepala yang berdenyut dan berulang. Keadaan ini
biasanya memberi kesan kepada sebelah kepala dan sering ditandai dengan amaran
deria seperi pancaran cahaya, blind spots, kesemutan di tangan dan kaki, loya,
muntah, dan sensitiviti kepada cahaya. Migrain boleh menjadi sangat serius dan
berlarutan sehingga beberapa hari.
SIMPTOM-SIMPTOM
1.PRODROME
Satu atau dua hari sebelum migrain, anda
mungkin mengalami perubahan kecil termasuk:
-Sembelit
-Kemurungan
-Ketagihan makanan
-Hiperaktif
-Mudah marah
-Kekakuan leher
-Menguap secara tidak terkawal
2.AURA
Tanda-tanda termasuklah;
-Pemikiran mengelirukan atau pengalaman
persepsi lampu pelik, lampu berkilauan atau berkelip
-Rasa mencucuk-cucuk pada tangan dan kaki
-Ketegangan di bahu,leher atau anggota badan
-Bau yang tidak menyenangkan
3.POSDROME
Pada fasa ini pesakit mungkin merasa letih.
Sesetengahnya mungkin merasa sedikit terawang-awangan.
FAKTOR MIGRAIN
-Alahan dan tindak balas alergi
-Lampu yang cerah, bunyi yang kuat dan bau
tertentu seperti minyak wangi
-Tekanan fizikal atau emosi
-Perubahan corak tidur atau tidur yang tidak
teratur
-Merokok atau terdedah kepada asap
-Berpuasa
-Gula darah yang rendah
-Alkohol
-Pusingan haid yang tidak menentu, pil
perancang dan aliran hormon yang tidak seimbang
-Sakit kepala ketengan
-Makanan yang tinggi MSG dan mengandungi
tyramine(wain merah, keju tuna, ikan salai, hati ayam, buah ara)
Namun begitu, mengelakan makanan tertentu
tidak akan mencegah migrain. Keadaan ini ternyata lebih rumit daripada itu.
Faktor-faktor pencetus seolah-olah wujud sedikit demi sedikit dari satu tempoh
masa dan bersama-sama menyebabkan serangan migrain.
Corak pemakanan dan gaya hidup memainkan
peranan dalam sesuatu penyakit, begitu juga migrain. Jika terlalu banyak
aktiviti atau stress, migrain boleh bermula. Begitu juga jika anda tidak dapat
mengawal corak pemakanan yang mengandungi bahan-bahan penyebab migrain.
Teruskan menjalani hidup sihat untuk kesihatan anda.
Jangan ambil mudah tentang migrain, kerana
jika dibiarkan ia mungkin menyebabkan lebih serius, dapatkan rawatan
pesakit-pesakit migrain sekalian. Ikuti lanjutan penulisan saya dalam entry akan
datang tentang cara mencegah migrain serta rawatan sesuai.
makasih buat infonya nih, sangat bermanfaat sekali..
ReplyDelete