advertisement

SLIM DENGAN AIR PUTIH JE


Sejak2 mengamalkan vitamin/makanan tambahan ni memang saya akan pastikan saya minum air putih/kosong yang banyak. Wajib satu hari ambik sekurang-kurangnya 3 liter.. Paling busuk pun 2 liter. Kalau ambik minuman atau makanan manis, memang kena minum air kosong lebih tau.
Air kosong ni tersangat la bagus dalam membantu proses penyerapan dan detok tubuh badan secara 'natural' nya.


Kenapa Air Kosong Itu Penting?


Membersihkan tubuh - Meminum air putih yang bersih terutamnya di waktu pagi boleh memberikan tenaga kepada tubuh badan. Selain itu ianya juga akan membersihkan tubuh badan dari segala kekotoran akibat pemakanan dan proses penghadaman yang berlaku di dalam tubuh badan.

Mengatasi sembelit - Dengan mengamalkan meminum air putih, sistem pencernaan di dalam tubuh akan di neutralkan yang mana ianya secara tidak langsung akan mengatasi penyakit sembelit yang di hadapi.

Menjaga kesegaran kulit - membiasakan diri meminum air putih banyak faedahnya terutama kepada kulit kita. Pengambilan air putih yang secukupnya iaitu 8 gelas sehari akan mengekalkan kelembapan kulit kita dan menghindari kita dari mengalami kulit kering dan bibir yang pecah.

Membuang toksin - Air putih juga di percayai boleh membuang toksin di dalam badan. Kesan toksin yang paling ketara adalah ketika anda berpeluh dan mengeluarkan bau. Amalkan meminum air putih ini nescaya masalah itu dapat di selesaikan.

Menstabilkan cairan dalam tubuh - Pengambilan 8 gelas air putih sehari mampu mengekalkan keseimbangan kandungan cecair dalam badan. Semakin banyak anda bergerak, semakin banyak cecair di dalam badan anda akan berkurangan.

Mengurangkan berat badan - Meminum 0.5 liter air putih setiap pagi juga mampu menurunkan berat badan. Ini dikarenakan meningkatnya metabolisme tubuh hingga 25% akibat cairan yang masuk ke dalam tubuh badan anda yang berfungsi sebagai pelancar fungsi organ dalaman yang bekerja.

Meningkatkan produktiviti sel-sel dalam tubuh - Produktiviti sel-sel darah dalam tubuh badan akan meningkat seimbang dengan meningkatnya cecair di dalam badan. Sekiranya tubuh badan anda kekurangan air, maka produktiviti sel-sel darah di dalam badan akan menurun.

See, betapa pentingnya air kosong pada diet seharian kita,bukan semata-mata nak kurus(itu je fikirkan). Saya akui mula-mula memang susah, rasa geli tekak nak telan air kosong banyak-banyak ni, tapi lama kelamaan jadi terbiasa dan kalau tak cukup tu memang tak tenteram satu hari(over sikit).
Bukan saja-saja saya nasihatkan anda untuk minum air banyak-banyak sampai ada yang kata, nanti kembung perut la, sel mengambang la. Saya tak minta pun anda minum sampai bergelen-gelen. Ye tak? At least, 3 litres a day(susah ke). Jumlah yang disarankan adalah berpatutan tau. Jujur la, kadang-kadang saya sendiri terbabas, sebab terkejar sana sini.

Mulai hari ni, anda yang ambik vitamin atau pun tak, pastikan air putih anda cukup ye. Bukan untuk orang lain, kesihatan diri jugak.
hidup lebih bermakna, jika tubuh sihat.. ALLAH!

ni ada formula mudah untuk ukur keperluan air untuk tubuh kita:-

25 kg berat = 1 liter air

selamat minum ye.. hihi  ;)

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...