advertisement

MACAM MANA NAK JOIN AHLI

Saya nak kongsikan rahsia, betapa menyesalnya saya. Saya masih baru dan masih lagi mentah dalam dunia perniagaan ni. Buat masa ni saya baru berjinak-jinak dalam perniagaan online. Saya pun tak pasti mana turunnya minat untuk meniaga ni walhal 'parents' saya bukan lah orang berniaga. Kalau saya syior kan untuk meniaga mesti dorang cakap "mak tak minat la"(mak la cakap), abah pun sama. 

Tapi, itu tidak lah mematahkan semangat saya untuk menaruh impian akan menjadi usahawan berjaya suatu masa nanti. Saya telah tanamkan azam ni sejak sekolah rendah lagi. Minat berniaga saya telah lama. Saya mula menjual kat sekolah sejak Tahun 2 lagi. Saya 'request' kat mak ngan abah nak jual kacang goreng, kacang rebus kat sekolah sebab tengok kawan2 suka makan. Abah bagi modal, tak silap dalam RM6 je kot. Beli lah kacang tanah ngan kacang rebus. Mak la tukang masak tu, pastu saya akan 'packing' sama-sama ngan mak. 

Hari pertama bermulanya untuk menjual kat sekolah, kebetulan saya sekolah pada sesi petang masa tu, saya pun pergilah awal sikit. Serius cakap mula2 tu memang malu giler nak 'promote' barang jualan kat kawan2. Bermula dengan merisik kawan2 rapat, dorang beli sorang 2 bungkus. Best woo, bila ada 'customer', pastu dorang makan tayang2 kat kawan2 lain, kat situ la kacang2 saya dipromosikan.(sebenarnya kawan2 la yg tlg promote lebih, maluuuu). Setiap hari ada ja yang datang serbu saya nak beli kacang.

Lama kelamaan, abah tolong tambahkan jualan saya, dia belikan asam boi(yang selalu kita letak dalam air asam boi tu). Barang jualan saya berubah-ubah la dari semasa ke semasa sebab tak nak kawan2 'boring'(kata mak), mak ngan abah yang 'support' minat saya ni. Seronok tau dapat pegang duit hasil kerja kita walaupun tak seberapa. untung pun berapa la sangat, tapi puas hati. Sampai jadi fenomena kat sekolah, cikgu2 pun beli. hihi..

Lepas masuk sekolah menengah minat tu jadi terkubur jap sebab tak dapat ruang nak menjual ni. Tapi, saya tak putus asa, asal ada barang ja, mulalah nak jual. Sekarang lepas ja habis belajar, saya beranikan sikit 'join' bisnes 'networking'(company dirahsiakan). Ada la 2-3 company saya join, alhamdullilah walaupun 'income' belum beribu tapi saya tetap bersyukur sebab banyak yang dapat saya belajar.

Berniaga ni memang seronok sebenarnya, sebab melalui perniagaan kita dapat berjumpa ramai orang(kecuali online la, jumpa dalam talian je, hihi). Sabda Rasulullah dalam hadis Baginda " 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan", Rasulullah sendiri mula berniaga sejak beliau berumur 9 tahun(saya xpasti sangat sal umur ni). Kalau kita lihat lah, melalui perniagaan islam dapat tersebar ke seluruh dunia. 

Apa yang saya nak sampaikan kat sini, bukanlah cerita saya yang kurang menarik tu, tetapi nak 'share' kan kat anda semua, sapa2 yang ada minat berniaga tu jangan lah sekadar melepaskan batuk ditangga. Tanamkan azam dan usahakan la sesuatu supaya kita akan capai impian tu. Tak semestinya kena ada modal beribu untuk memulakan perniagaan kan. Saya ada terbaca coretan Dr Azizan Osman dalam blog beliau(tak jumpa link nak share), mulakan lah dengan jual apa sahaja(yang halal) asalkan anda menjual, itu la berniaga. 

Ok la anda semua yang cantik, menarik dan tertarik, terlanjur cerita sal mulakan perniagaan ni, saya pernah join networking suatu ketika dahulu, modal? agak murah jugak sebenarnya, adalah RM1000 camtu. Saya mula dulu masa saya masih 'student'. Tapi, saya dah tak teruskan dengan syarikat lama(sebab dirahsiakan). 
Sekarang saya dah join Shaklee. Modal? tak mahal mana pun, cuma RM75 je SEKALI SEUMUR HIDUP. Eh, biar betulkan tapi itulah kenyataan yang harus saya terima. Lepas tu dah boleh 'promote' barang. Sebelum mula proses mem'promote' saya makan dulu k(ambik set resdung, resdung teruk). Pas 2 bulan consume dan nampak perubahan(baik) saya tanpa teragak2 join ahli(saya join dengan FREE membership, tak yah keluar pun RM75). Saya pun mulalah 'share' kan kelebihan Vitamin Shaklee.

Alhamdullah, saya menyesal join sebab terpaksa dapat side income yang hampir gaji sebenar. Dan saya menyesal terpaksa dapat income lebih tiap2 bulan melebihi jangkaan. So, sapa yg nak menyesal macam saya, mai la join bawah saya dan 'group' yang bernaung di bawah master2 hebat. Kami akan 'guide' anda dari A-Z, tapi ada syarat2 nya k.
Syarat yang mudah iaitu perlulah mempunyai semangat, yakin dan rajin berusaha untuk berjaya. Bukan join hari ni, bulan depan dah mengharapkan bulan dan bintang. Nak berjaya perlukan pengobanan ok.

Dah panjang dah coretan saya ni, sapa2 yang berminat untuk join ahli, sama ada nak berniaga atau pun makan sendiri,  jemput la contact saya terus di talian tertera,,





Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...