Setiap wanita mendambakan kulit yang cantik,
gebu dan halus. Namun, tidak semua bertuah dilahirkan dengan kulit wajah yang
putih. Walau bagaimanapun kulit yang putih bukanlah ukuran. Memiliki kulit yang
bersih, cerah dan halus menjadi impian ramai wanita. Semua wanita berhak
mendapat kulit wajah yang cerah secara semula jadi.
Ramai wanita amat teruja untuk memutihkan
kulit. Asal ada saja produk pemutihan kulit pasti dicubanya. Awas! Perhati
dahulu isi kandungannya agar tiada bahan terlarang yang digunakan.
Sebaik-baiknya pilihlah produk berasaskan bahan semulajadi.
Kulit gelap dan kusam sebenarnya disebabkan
oleh kekurangan nutrisi yang seimbang terdedah kepada pancaran cahaya matahari
atau kerana kekurangan hidrasi serta lembapan kulit.
Punca kulit yang kusam adalah kerana sel kulit
yang mati terkumpul di permukaan kulit. Pengumpulan sel kulit yang mati ini
telah menghalang sel kulit yang baru untuk tumbuh.
5 faktor kulit kusam & gelap
1.
Keturunan atau genetik
Mempunyai kulit yang gelap secara keturunan
adalah anugerah. Jangan dipertikaikan tentang ini.
2.
Terdedah kepada cahaya matahari
Warna kulit bergantung kepada satu pigmen yang
disebut melamin. Melamin dihasilkan oleh sel melanocyte yang terletak di bawah
kulit. Melamin berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada sinar matahari
yang berbahaya.
Perubahan kimia pada kulit akan terjadi
apabila kulit terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Melanin juga
meneutralkan radikal bebas yang terhasil daripada sinar matahari terhadap
kulit. Semakin banyak melamin pada kulit wajah, lebih banyak perlindungan yang
boleh diberikan kepada kulit.
Melamin yang terdapat di bawah kulit
sebenarnya menentukan kulit wajah sesorang. Cerah atau gelap kulit wajah
bergantung kepada kuantiti melanin tersebut. Wanita yang terdedah kepada cahaya
matahari cenderung memiliki kulit yang lebih gelap kerana melanin di bawah
kulit menjadi aktif.
3.
Kulit yang sensitif
Kulit yang sensitif memerlukan panjagaan rapi.
Tidak boleh semborono menggunakan sebarang produk. Jika tersalah produk, kulit
akan berlaku keradangan. Biasanya kulit sensitif peka terhadap perubahan suhu
dan bahan kimia tertentu yang boleh menggangu kesihatan kulit.
4.
Hidrasi kulit
Kesan hidrasi kepada kulit adalah kekurangan air
dalam badan dan mengakibatkan kulit kering dan kusam. Ini secara tidak langsung
memberi kesan kulit gelap dan tidak bermaya.
5.
Stress
Ketika stress tubuh akan melepaskan melanocyte
stimulating hormone (MSH). Hormon ini menghasilkan pigmen warna pada kulit
sehingga pada waktu tertentu hormon ini melepaskan butir melanin ke seluruh
lapisan kulit sehingga kulit menjadi hitam. Stress akan mengakibatkan hormon
ini memberi isyarat kepada otak dan ia mengaktifkan sehingga kulit menjadi
lebih gelap.
Daripada semua faktor-faktor tersebut, saya cuma
tahu satu sahaja cara penyelesaian. Ianya tidak lain dengan membekalkan nutrisi
yang seimbang untuk kesihatan kulit. Bukan setakat kulit wajah malah seluruh
badan. Selain itu, elakkan berada terus kepada cahaya matahari terik
terutamanya waktu tengah hari. ( Satu ke cara atau beberapa cara sebenarnya, huhu)
Antara suplemen yang boleh dicadangkan untuk
mengatasi masalah kulit kusam adalah Vitamin C sustained release dan Energising
Soy Protein (ESP).
Vitamin C S.R mengandungi 500mg sumber vitamin
C setiap tablet yang juga bersamaan 7 ½ biji oren. Vitamin c merangsang
pembetukkan kolagen serta melambatkan proses penuaan. Tambahan pula vitamin C
membantu menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kepada
terjadinya jerragat.
Manakala ESP pula kaya dengan sumber protein.
Protein adalah bahan utama untuk pembentukan sel, seterusnya membentuk organ
dan tisu. Asasnya adalah sel. Maka sel yang sihat akan menghasilkan organ serta
tisu yang sihat. Begitu juga kulit, sel akan mati dan akan menggantikan dengan
sel yang baru. Kulit yang gelap dan kusam adalah sebab pengumpulan sel kulit
yang mati. Sel-sel akan berganti baru, jadi gantilah dengan sel yang lebih
sihat yang bermaya. Maka akan terhasillah kulit yang cantik dan lebih cerah.
Selain itu, pilihlah produk penjagaan luaran
yang berasakan semulajadi supaya tidak memberi kesan jika diamalkan dalam
jangka masa panjang. Shaklee juga mengeluarkan beberapa jenis produk penjagaan
kulit wajah.
Masalah kulit kusam, gelap dan tidak bermaya boleh mencuba rangkaian Nutriwhite |
Klik untuk imej lebih besar |
Masalah kulit kering, berminyak dan berjerawat, rangkaian Enfuselle lebih sesuai |
Seperti biasa lah, rangkaian set kecantikkan Shaklee adalah untuk penggunaan 6-10 bulan.Ianya sangat menjimatkan. Untuk details boleh terus hubungi saya melalui sms, atau pm pada mana2 sosial media.
Konsultasi secara percuma
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
Semua wanita inginkan kulit yang cantik kan?
ReplyDeleteMemang betul, kalau dehydrated memang kulit akan nampak kering & muka tak bermaya.
ReplyDeletekan.. ;).. air kosong memang penting.. pastikan minum air cukup setiap hari..
Delete