advertisement

5 MANFAAT DETOKS KEPADA KESIHATAN



Masalah seperti berat badan yang berlebihan, kadar kolestrol yang tinggi, diabetes dan sembelit adalah berpunca daripada toksin makanan yang tidak tercerna, zat makanan aditif dan kesan pengambilan ubat-ubatan. Kesemua bahan ini yang tidak diperlukan akan menjadi toksin atau sumber penyakit kepada badan.

Apa itu detoks?
Detoks merupakan proses yang membersihkan usus di mana segala bahan toksin dalam badan seperti lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dibersihkan barulah badan manusia dapat menyerap nutrien pada kadar optimum (lebih baik).

MANFAAT DETOKS

>> Baik untuk sistem kardiovaskular
Detoks membantu menurunkan tekanan darah dan perubahan diet yang berkaitan. Ia juga dapat mengurangkan paras lemak dalam darah. Selain itu, proses detoks juga membantu menurunkan kadar kolestrol LDL yang mana salah satu punca kepada serangan jantung dan strok.

>> Proses penghadaman menjadi lebih baik
Apabila proses detoks berlaku, setiap pengambilan pola pemakanan akan menjadi lebih seimbang. Kebiasaannya penyakit yang datang adalah berpunca daripada toksin. Tahap kesihatan akan bertambah baik jika jumlah toksin yang tinggi dapat dikeluarkan.

>> Anti-penuaan
Adakah kita tidak akan tua? Bukan bermakna detoks akan menghalang kita daripada tua, akan tetapi alangkah gembiranya jika seseorang berusia 40 tahun kelihatan seperti berumur 30 tahun. Apabila badan mengumpul toksin-toksin ini akan merebak ke liang kulit di mana ia boleh menyebabkan bau badan. Lebih teruk lagi, apabila toksin ini menyebabkan penuaan pra-matang untuk kulit.

>> Meningkatkan penampilan
Kesan daripada proses ini, kulit akan tampak sihat dan cantik kerana pengaliran sistem dalam badan menjadi lebih baik. Kulit akan sentiasa lembap, lembut dan bersih, begitu juga dengan kuku, dan rambut. Lingkaran gelap di sekitar mata juga turut hilang dan kelihatan lebih segar dan bersinar.

>> Meningkatkan tahap kesihatan
Proses ini akan membersihkan dinding-dinding usus. Apabila dinding-dinding usus bersih daripada sisa mendapan toksin ini, maka semakin mudah dan meningkatkan keupayaan penyerapan nutrien dan vitamin lain. Manfaat ini dapat diperolehi oleh badan. Nutrien dan vitamin dapat diserap pada kadar optimum. Secara tidak langsung kesihatan badan semakin membaik.
Selain itu, proses ini juga dapat membantu mengurangkan berat badan secara lebih sihat. Tambahan pula, ia mampu meningkatkan kecergasan sepanjang hari.


Ada banyak cara untuk mendetoks kan badan. Anda tinggal pilih sahaja. Cara yang paling baik adalah dengan proses semulajadi.




BOLEH BACA INI JUGA

>> BAHAYA TOKSIN

>> BUANG TOKSIN




No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...