advertisement

BERSENAM UNTUK SIHAT

Hai  u ols, dah bersenam ke hari ni(ada hati tanya orang plak, aku pn belum bersenam,hihi)..Walaupun kita telah mengamalkan vitamin, bukan bermakna kita tak perlu melakukan senaman ok. 

Jadual harian yang padat akan membuatkan kita berusaha melakukan sebarang aktiviti dgn cepat. Kadang-kadang kita tidak mampu utk meluangkan masa untuk bersenam, dek kengkangan kerja yg melambak.

Akan tetapi, jangan sesekali dijadikan alasan bahawa kita malas untuk bersenam. Cukuplah luangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit sehari dengan membuat senaman ringan. Tidak perlulah ke tempat yg luas atau bersenam di gimnasium. Di pejabat mahupun rumah kita boleh bersenam dengan melakukan push up, squat, lunges, asalkan gerakan itu menarik dan dapat mengeluarkan peluh.

Sebenarnya, kita tidak perlu membebankan diri dengan memaksa melakukan senaman yg sukar jika kita tidak mempunyai banyak masa atau malas untuk ke gim. Melakukan aktiviti harian jugak secara tidak langsung boleh meningkatkan stamina tubuh. Saya kongsikan cara mudah yang boleh dilakukan hari-hari. Kalau ke pejabat, elakkan menaiki lif pilihlah tangga. Kalau pejabat anda terletak tingkat bawah, pilihlah parking yg jauh sikit, berjalan kaki dengan pantas pun boleh meningkatkan stamina tubuh serta mengeluarkan peluh. Sertailah kempen kerajaan berjalan 10000 langkah satu hari. Tengok, mudahkan nak bersenam. jangan kita fikir atau set dalam minda kita bahawa nak bersenam perlukan masa yg lama dan ruang yg luas. Cukup senaman ringan dilakukan dalam rumah asalkan dapat mengeluarkan peluh. 


5 Sebab Mengapa Kita Mesti Bersenam Hari Ini!

1. Tingkatkan produktiviti

Menurut kajian yg diterbitkan dalam Clinical Neurophysiology, latihan selama 20 minit akan meningkatkan kemampuan kognitif dan lebih fokus. Kemampuan untuk fokus boleh bertahan selama satu jam. Jadi, aturlah jadual senaman 'kilat' sebelum memulakan kerja yg banyak tu.

2. Kulit lebih cerah

Menurut Dr.Mitra Ray, penulis Do You Have the Guts to be Beautiful?, setiap denyutan jantung anda meningkat, aliran darah ke permukaan wajah juga turut meningkat sehingga menimbulkan rona-rona merah segar di wajah. Berpeluh sangat baik untuk kulit kerana sebahagian air yg keluar itu dapat menyejukkan badan dan selebihnya diserap kembali oleh kulit. Penampilan pun lebih menarik selepas bersenam.

3. Pergaulan lebih sihat

 Jika hubungan sosial anda amat baik dan kuat, secara tidak langsung kesihatan diri akan terjaga seperti tekanan darah, kurang mendapat selsema dan sebagainya.

4. Hubungan suami isteri lebih intim

Senaman boleh mengaktifkan sistem saraf simpatetik (yg akan membantu aliran darah memasuki jaringan vagina ketika bersama pasangan)


5. Tidur lebih nyenyak

Senaman boleh menghilangkan tekanan dan membantu badan mengatur suhu badan. Tambahan pula, seseorang yg melakukan latihan insentif selama 150 minit seminggu(30 minit sehari, 5 kali seminggu) tidur lebih nyenyak dan tidak mudah penat pada siang hari.

Jadi, tunggu apa lagi, jom kita bersenam. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat pada semua. Tak rugi menjalani kehidupan sihat, untuk diri sendiri juga(peringatan buat diri sebenarnya ni.hihi)


 kiki pun nak bersenam jugak..hihi :D

Adiyos.. :)

 


Sila tinggalkan komen dibawah atau sebarang info untuk penambahbaikan.
terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...