advertisement

HAPUSKAN LEMAK JAHAT



LEMAK PANJANGKAN USIA     




LEMAK selalu dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Namun tanpa penggunaan lemak, masakan yang dihasilkan juga pastinya kurang sedap. Malah lemak sering kali menjadi trauma buat individu yang dalam proses menguruskan badan.(macam saya, hihi).

Akan tetapi, apa kan daya tak semua lemak bersifat jahat dan mengingkirkan semua lemak adalah tindakan yang kurang bijak. Proses biologi di dlm tubuh masih memerlukan lemak bagi memastikan berjalan lancar.


JENIS-JENIS LEMAK


Lemak terbahagi kepada 3 iaitu lemak tepu, lemak tidak tepu dan lemak trans. 


     1.      Lemak tidak tepu

Iaitu terbahagi kepada lemak poli mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.  Lemak jenis ini adalah lemak ‘baik’ yang mana berperanan meningkatkan kolestrol baik(HDL) serta menurunkan kolestrol jahat(LDL), malah dapat meningkatkan kesihatan jantung. Bukan tu sahaja, lemak poli tidak tepu penting bagi mengawal paras kolestrol secara keseluruhan. Sumber lemak tidak tepu ialah kekacang, bijian, sayuraan, soya, dan brans beras. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan beberapa jenis asid lemak yg diperlukan untuk kesihatan. Ikan laut dalam seperti salmon, tuna, sardin makerel membekalkan asid lemak perlu omega-3 yg penting utk memerangi LDL, melawan keradangan dan melindungi sistem otak dan saraf.


     2.     Lemak tepu

Minyak dan lemak tepu selalunya dihindari oleh kita sebab ia bersifat ‘jahat’. Ia boleh menyebabkan peningkatan kolestrol jahat(LDL) yg boleh menyebabkan sakit jantung. Pengambilan yg berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol dlm darah dan boleh menyebabkan strok dan sakit jantung. Kandungan lemak ini haruslah tidak melebihi 7 %. Ia terdiri daripada minyak kelapa, minyak isirung sawit dan lemak haiwan.


     3.     Lemak trans

Inilah lemak yang paling ‘mengancam nyawa’. Walaupun kita ambil dalam kuantiti yg sedikit tapi secara berterusan ia tetap memberi kesan. Ia bukan sahaja meningatkan kolestrol jahat malah mengurangkan kolestrol baik. Antara implikasi yang akan berlaku jika kandungan lemak trans berlebihan adalah meningkatkan risiko penyakit jantung, strok  serta menjadi penyebab kanser dan diabetes. Sebolehnya elakkan pengambilan makanan yg diproses. Hampir semua makanan tersebut mengandungi lemak trans seperti mee segera.



TIP MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK


  • Makan ikan terutamanya ikan salmon(sekurangnya 2 kali seminggu)

  • Guna kuali leper kerana ia memerlukan kurang minyak berbanding kuali lengkung.

  • Had makanan bergoreng

  • Pilih kaedah memasak seperti kukus, rebus, celur dan bakar.

  • Guna tuala kertas untuk melapik pinggan

  • Gantikan santan kepada susu

  • Buang lemak pada daging dan ayam terutamanya kulit ayam                                     

  • Hadkan pengambilan marjerin,mentega, makanan yg mengandungi banyak lemak dan snek.



Jadi, macam mana? Anda dapat fahamkan bahawa lemak ni tak semua jahat. Kita masih memerlukan lemak Cuma harus dihadkan pengambilannya dengan tidak melebihi 30-35 % daripada kalori harian.




Ok lah sini dulu ye.. nanti sambung lagi..



No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...