advertisement

CARA ORDER ONLINE MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU DEBIT

 Untuk buat belian secara online sendiri, anda perlu mempunyai kad kredit atau pun kad debit. Kalau kad ATM biasa TAK BOLEH ye. Kalau anda nak guna cash deposit atau ATM, order melalui saya boleh. Ini cara untuk yg nak order sendiri tak mau melalui saya, tapi nak direct ngan Shaklee. 

ZINK KOMPLEK

 Zink Komplek merangkupi semua komponen zink yang diperlukan oleh tubuh badan. Saya senaraikan fungsi-fungsi zink kepada tubuh.
1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran
2. Mengelakkan masalah kulit kering, gatal
3. Antioksidan
4. Meningkatkan fungsi seksual terutamanya lelaki
5. Mengelakkan kanser prostat
6. Menguatkan akar rambut, merawat kelemumur



Selanjutnya tentang zink boleh baca di Apa itu zink dan fungsinya?


Jika anda rasa tanda-tanda masalah kepada tubuh badan misalnya rambut gugur yang kronik, mungkin disebabkan oleh kekurangan zink. Anda mungkin memerlukan suplemen.

***********************************************************************************


Shaklee ialah syarikat pengeluar suplemen terbesar di US dan telah berada di pasaran hampir 60 tahun. Setiap tablet mengandungi 12mg zink dan ianya cukup untuk keperluan harian. 

5 sebab utama mengapa anda perlu menambahkan suplemen zink dalam diet anda :-

1. Mempercepatkan proses penyembuhan luka
Jika anda berada dalam pantang (selepas melahirkan) anda memang memerlukan suplemen zink untuk membantu cepatkan luka untuk sembuh, dalaman mahupun luaran. Dalam proses berpantang, banyak makanan yang sejuk perlu dielakkan, hal ni mungkin menyebabkan anda kehilangan sumber nutrien yang diperlukan. Dalam proses itu jugak, anda memerlukan nutrien yang cukup untuk proses penyusuan bayi anda. 

2. Perkembangan fizikal dan mental terutamanya kanak-kanak
Kanak-kanak yang membesar sangat memerlukan zink utk membantu tumbesaran mereka bermula daripada dalam kandungan lagi. Ibu-ibu tersayang, bekalkan zink yang cukup sejak dari dalam kandungan ye.

3. Meningkatkan fungsi seksual terutamanya lelaki.
Pasangan yang merancang memiliki anak, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks terutamanya lelaki.

4. Penjagaan kulit
Zink adalah sumber antioksidan yang membantu mengelakkan kuman/bakteria terutamanya bahagian organ kulit. Jika anda memiliki masalah kesihatan kulit seperti jerawat/akne, ruam, ekzema, dan kelemumur, jangan lupa menambahkan zink dalam diet anda. 

5. Masalah keguguran rambut.
Masalah kelumumur kronik boleh menyebabkan rosak akar rambut serta nutrien tidak dapat disalurkan dengan baik kepada rambut. 

Jika masalah-masalah diatas berlaku kepada anda, amatlah digalakkan menambah suplemen zink dalam diet anda. 






Jika anda berminat untuk mendapatkan Zink Complex sebagai stok suplemen anda boleh hubungi saya.

Atau anda pengguna kad kredit @ Debit berminat untuk order sendiri anda boleh klik:-

ORDER  
  

Rujuk sini cara order online:-



Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905



 

APA ITU ZINK DAN FUNGSINYA?




Apa itu ZINK? Penting tak pada tubuh? Cam mana nak dapatkan ZINK? Berapa nak kena ambil?

Banyak tu persoalan-persoalan di minda. Nanti saya rungkai satu2 dalam bentuk yang mudah nak faham ok.

APA ITU ZINK?

Zink ialah merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan. Ianya merupakan komponen penting enzim. Ia memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

PENTING KE ZINK PADA TUBUH?

YA ianya penting kepada tubuh badan. Setiap kelas enzim termasuklah metaloenzim zink. Setiap fungsi biokimia dipengaruhi oleh logam ini. Sebagai enzim yg menjalankan pelbagai fungsi gejala kekurangan zink boleh membuatkan ia sukar utk mendiagnosis. 

Kekurangan Zink boleh menyebabkan pertumbuhan abnormal fizikal dan mental dikalangan kanak-kanak. Selain itu, kekurangannya juga turut memberi kesan kepada masalah kulit, kuku, dan rambut. Kulit pucat, kering dan kasar, jerawat, ekzema, ruam, psoriasis dan kulit berminyak adalah semua gejala hypozincemia. Kuku anda boleh memaparkan bintik putih, pertumbuhan yang lemah, dan keradangan kutikel, manakala kelemumur, pertumbuhan miskin dan kehilangan rambut boleh merosakkan kulit kepala.

Jadi, jawablah sendiri penting tak zink?

MAKANAN KAYA ZINK

Untuk mendapatkan kandungan zink yang baik dari makanan seeloknya diambil mentah kerana zink akan mudah hilang dalam proses memasak. Sumber Zink yang terbaik termasuklah ikan, kacang, telur, bayam, daging tanpa lemal, ayam dan tiram.

KEPENTINGAN ZINK

Ni saya senaraikan kepentingan zink:-

1. Penjagaan kulit(Jerawat/akne) : Kajian mengatakan zink berkesan utk menyembuhkan jerawat/akne. Zink adalah antibiotik dan penggunaan antibiotik baik untuk merawat jerawat. Mineral ini sgt penting utk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dlm badan yg memainkan peranan yg dominan dlm menyebabkan jerawat.

2. Ekzema : atau nama lain dermatis atopik, adalah sejenis gangguan pada kulit. Ia sebahagian besar adalah disebabkan kekurangan zink.

3.  Penyembuhan luka : Badan manusia mempunyai beberapa enzim yg bergantung kpda zink, ia menggalakkan sintesis kolagen dan membantu dlm proses penyembuhan luka.

4. Gangguan prostat: Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan terjadinya terdedah kepada kanser. 

5. Antioksidan 

6. Kanser : Zink adalah kumpulan enzim yg membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dll. Bagi lelaki, ianya memainkan peranan penting dalam kalenjer prostat dan mencegah kerosakkan awal yg boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

7. Masalah kulit kepala dan rambut : Ianya membantu mengawal kuman pada kulit kepala serta menguatkan akar rambut. Kebanyakkan doktor mencadangkan mengambil diet kaya zink.

8. Kehilangan tulang : selain kalsium, magnesium, zink juga memainkan peranan dalam menguatkan struktur tulang. oleh itu, tambahlah kandungan zink dalam diet anda utk mengelakkan kehilangan tulang.

9. Rabun malam : pengambilan kira-kira 150-450mg zink akan memperbaiki penglihatan.

10. Pembiakkan : bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara kaum wanita ianya membantu dalam semua peringkat terutamanya semasa mengandung dan menyusu untuk tumbesaran bayi.

11. Mengawal berat badan : ianya membantu mengawal selera makan

12. Jangkitan kuman/bakteria : Zink membantu seseorang mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dlm menggalakkan pertumbuhan janin. 

13. Fungsi biologi : Ianya memainkan peranan penting dlm fungsi biologi seperti pembiakan, kawalam paras gula dalam darah, tahap stress, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman. 


BERAPA BANYAK ZINK PERLU DIAMBIL DALAM DIET SEHARIAN

Boleh rujuk dibawah:-

Birth-6 months  -  2 mg
Infants 7-12 months  -  3 mg 
Children 1-3 years  -  3 mg
Children 4-8 years  - 5 mg
Children 9- 13 years  -  8 mg
Teens 14-18 yrs  -  boys: 11mg ,  girls: 9 mg
Adults  -  men: 11 mg ,  women: 8 mg
Pregnant  -  teens : 12 mg  ,  women: 11 mg
Breastfeeding  -  teens: 13mg  ,  women: 12mg


Jadi, jelas kepada penerangan saya kat atas? Anda tentukan sendiri sama ada penting atau tak zink kepada badan kita. Pastikan anda mengambil zink yang cukup, jangan diabaikan kepentingan walaupun jumlahnya yg kecil tapi berperanan besar. 







PALESTIN BUMI RAHMAT

Saat saya menulis entry ini saya baru sahaja selesai membaca artikel-artikel dalam Majalah Al-Islam edisi September 2014 dalam ruangan Laporan Khas. Sayu sahaja hati ini membaca dan memahami fakta-fakta yang penulis sampaikan. Rasa bertuahnya jikalau saya dilahirkan di kalangan banga-bangsa hebat seperti rakyat Palestin. 

Banyak disebutkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah akan bumi Palestin ini. banyak keajaiban yang dunia dapat lihat hari ni di bumi Palestin. Ketika entry ini ditulis sudah sebulan lebih bumi Gaza diserang oleh Israhell Laknatullah(xsesuai nk istiharkan Israel tu).


BERKATNYA BUMI PALESTIN

1. Bumi Hijrah Nabi Ibrahim dan Luth
2. Allah mewariskan tanah kepada Musa A.S. dan kaumnya yg ditindas oleh Firaun dan sekutunya sebuah bumi (Semenanjung Senai)
3. Banyak penempatan yg aman makmur antara Palestin dan Yaman ketika pemetintahan Sulaiman A.S
4. Palestin sebagai tanah suci- kerana didalamnya ada Masjidil Aqsa
5.  Perkataan Barakna dalam Al-Quran merujuk kepada Tiga makna:-
a)Tanah air Palestin(kami berkati)
b)penduduk Palestin(kami berkati)
c)Keberkatan yg menjangkau kawasan sekitarnya
6. Palestin sebagai bumi mujahidin
7. Tempat Tumpuan Umat Islam ketika berlaku ujian berat dan Fitnah
8. Peperangan Mukmin dan Musyrik dan Dajjal dibunuh
9. Tanda Akhir Kiamat


BILA KELAHIRAN ITU LEBIH TINGGI DARIPADA KEMATIAN

Israhell terus mensasarkan kaum wanita dan kanak-kanak. Bagi mereka apa yang lebih membimbangkan adalah kelahiran-kelahiran baru, ibu-ibu yang subur terus melahirkan generasi yang baru kerana di situ akan lahirnya pemimpin yang hebat, para shuhada dan akan terus menjadi kekuatan kaum Palestin.
Statistik terbaru melaporkan dalam tempoh sebulan perang yg dilancarkan bermula Ramadan lalu, seramai 4500 bayi telah dilahirkan. Statistik telah dikeluarkan oleh pejabat Awam di Kementerian Dalam Negeri, Gaza pada tahun 2012 melaporkan, data yg menunjukkan angka kelahiran dengan kematian di Gaza adalah 15 nisbah 1. 

Berkat bumi Palestin lagi ialah memiliki tanah yang subur, ikan-ikan yang banyak biarpun bekalan sumber air sukar didapati serta Zionis menyekat nelayan daripada keluar mencari ikan. Ternyata keadaan perang di Palestin tidak sama sekali dengan keadaan perang di tempat-tempat lain. Mereka tidak meminta-minta malah melebihkan saudara mereka.

Satu lagi kelebihan di Bumi Palestin yang dikongsi penulis ialah, kehebatan tentera Al-Qassam. Al-Qassam sangat digeruni oleh pihak musuh. Setiap anggotanya mempunyai begitu kuat keimanannya. Di sebalik topeng-topeng tersebut ialah pemuda-pemuda perindu Shuhada. Sesungguhnya mereka mempunyai semangat yg kental serta tidak takut mati, mengharapkan syahid serta syurga Allah.

Syarat-syarat menyertai Al-Qassam:-
@ Gigih berpegang dgn ajaran Islam
@ Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah
@ Menjaga solat lima waktu secara berjemaah
@ Berdisiplin dan mentaati pemimpin
@ Mencintai dan bersedia untuk syahid.

 5 PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN- RAHSIA KEKUATAN PALESTIN


1. meninggalkan keseronokan dunia kembali kepada Allah. Telah tiba saatnya bangun mengerjakan solat subuh berjemaah
2. Solat tepat pada waktunya, mengamalkan Al-Quran serta mencontohi Rasulullah
3. Wahai pemuda, sedarlah dan hayatilah makna tanggungjawab, sentiasa memohon pertolongan Allah semoga diberi rezeki yang berkat. Janganlah lalai dengan alunan muzik serta gantikan dengan zikir
4. Wahai Puteriku, Berjanjilah kpda Allah akan mengenakan jibab secara jujur dan betul. Jadilah Ibunda Kalian, Kahdijah dan Aishah sebagai teladan
5. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian, bertawakal lah kepada Allah..


Sebagai kesimpulannya, pesanan Syeikh Ahmad Yasin ditujukan kepada seluruh umat Islam tak kiralah dimana pun berada. Dekatkan lah diri kepada Allah, lupakan duniawi yg sementara ini. sesungguhnya kiamat itu sudah dekat. Bersediakah kita?


kelahiran bayi-bayi di Palestin


Tentera Al-Qassam sujud syukur





Sumbangan anda boleh disalurkan melalui

TABUNG AMAN PALESTIN:-

Tabung Aman Palestin Media Prima -  MAYBANK 5642 7651 0331
Akaun Amanah Kemanusiaan - CIMB 8600 302489
MAPIM misi bantuan kecemasan GAZA - MAYBANK 5582 2062 1374
MERCY Malaysia - CIMB 1424 000 6561053

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA - BANK ISLAM 1202 90100 6564 3 ; CIMB 1259 0000 804 058
ABIM - BANK ISLAM 14023 01 0011219

AMAN PALESTIN -
BANK ISLAM 1202 90100 4788 0
MAYBANK 5622 6301 0787
BANK RAKYAT 2208 0619 5922

YAYASAN AMAL MALAYSIA, TABUNG PALESTIN AMAL MALAYSIA
BANK ISLAM 1305 301 00 6474

AQSA SYARIF BERHAD -
MAYBANK ISLAMIC 551575 004299
BANK ISLAM 1209 20100 34904

PERTUBUHAN VIVA PALESTINA MALAYSIA
RHB BANK 214 277 000 53582



 Sumber diperolehi daripada,

Majalah Al-Islam Edisi September 2014
Google








BAHAYA TOKSIN



TOKSIN secara mudah untuk difahami adalah bahan buangan yang tidak elok, benda asing yang akan memudaratkan tubuh. Nak lagi senang faham sampah sarap bersepah dalam badan.

Kita sedia maklumkan, benda tidak elok atau tidak baik mestilah memberi kemudaratan kepada kita jika di simpan terlalu lama. Persoalannya macam mana toksin terhasil dan cara untuk mengurangkannya?

TIPS- Saiz Hidangan vs Jenis Hidangan

Saiz hidangan yang penting bukan jenis makanan!

 

check kolestrol yang diambil dalam setiap hidangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...