|
Ehsan: Pak Goog |
Sistem pesanan ringkas ( SMS) dah semakin diabaikan. Kenapa nak pilih yang berbayar kalau ada yang percuma. Tapi, secara zahirnya ianya mungkin percuma, sebab tak perlu pun nak bayar untuk daftar akaun. Cuma kena bayar untuk internet. Tak ada internet, no whatsapp2..Tak function jugak whatsapp kalau tanpa internet, begitulah tak function juga sms tanpa kredit. (hehe)
Dah jadi tranding sekarang, apa-apa sikit " k, la nanti aku whatsapp".. atau, " apa2 whatsapp aku". Tak main dah mesej-mesej ni..
Selain whatsapp, aplikasi media sosial lain yang agak popular seperti we-chat dan telegram. Bila aktif berwhatsapp, mulalah nak add ke group. Ada group kelas lah, group family lah, group business lah.. Macam-macam lagi lah..Group gossip pun ada.. Sorry lah tak join group camtu (huhu)
Bising je phone dengan bunyi notification conversation dalam group. Tapi sekarang dah boleh set mute. Lega, tak perlu nak set silent mode untuk phone. Risau jika ada panggilan penting kita tak dengar, dek kerana handphone dalam mode silent.
Disebabkan keupayaan phone I yang super limited, I terpaksa limit kan penggunaan. So, I memang malas nak join group yang macam-macam ni. Serius buat semak kepala ja. Bukan I nak baca sangat pun.
Baru je tinggal beberapa jam, dah beratus noti. Larat nak scroll baca story ntah apa-apa. Ada tu Conversation 2 orang ja tapi saja nak discuss dalam group. Menyampahkan betul ! Kadang-kadang tu kongsikan berita yang tak betul sembang-sembang kosong ja.
Kalau nak left nanti dikatakan kita ni sombong. Anti-sosial lah... Dah kita left, di add nya balik.. Untuk yang jenis 'masuk air', kaki merapu tu better left la, supaya tak mengganggu ahli group yang lain. Group dibuat ada sebabnya, bukan nak merapu raban sangat. Berpada-pada sudalah ye.
Senang ada group ni, ada berita penting atau apa-apa perkongsian yang perlu diberitahu kepada ramai, tak payah nak PM sorang-sorang. Biar kurang aktif, asal tak menganggu. Kongsikan berita yang penting dan bermanfaat cukup lah.. jadikan ruang berbincang sesuatu yang baik untuk lebih 2 orang. Kalau nak sembang berdua, just pm berdua cukuplah, tak usah nak kecoh-kecoh dalam group yang ahli lain tak tahu menahu pun.
So, dikesempatan entry ni, I nak say sorry sebab left beberapa group whatsapp yang pada I tak join pun takpa. Kalau join pun setakat silent reader atau tak baca pun. Untuk yang ajak join apa-apa group and I tak nak, jangan merajuk k. I bukan sombong atau apa, ce PM sure I reply punya, Tak daknya nak tinggal 'double tick" terkontang kanting.. (Hehe)..
Biarlah group yang bermanfaat, bukannya sembang kosong.. :)