advertisement

FENOMENA PISANG GORENG CHEESE

Ingat lagi masa durian crepe tengah famous, berebut kawan-kawan ai makan. Padahal ai rasa biasa ja, tak ada la sampai boleh buat muka bahagia dan cakap waaahhh sedappppnyeee..

Ai ni jenis yang susah nak teruja dengan sesuatu perkara kecuali benda tu memang betul-betul best dan membahagiakan. Bahagia plak ai ni kan.. maksudnya benda yang betul-betul buat kita senyum sampai belakang kepala (over tak?). 

Sekarang fenomena pisang goreng cheese.. Lagi resepi baru, pisang goreng coklat cheese, pisang goreng blueberry cheese (ada ka blueberry?). Ehh, tak pernah plak jumpa perisa lain selain coklat cheese.. hihi..Saja tambah..

MINI REUNION MEMBER DORM 7 ENGGANG

Saja buat satu entry kat sini sebab nak abadikan kenangan kecil hidup ai. Hehe.. 6 tahun lebih rasanya tak jumpa dengan mereka-mereka ini. Jumpa dalam FB ja (kira jumpa ke tu?)

Rindu gila nak menggila bersama (tapi kami tak gila tau). Haha..

Jarak nak ke rumah kenduri sebenarnya sejam lebih je, sebab kan sesat sampai 3 jam lebih baru sampai. Masing2 sampai dengan muka lapar nak mampus dah. haha.. 

Kami janji nak jumpa kat satu check point sebelum sama-sama konvoi ke rumah kenduri. Tapi satu kereta sesat, yang lain kena tunggu la. Hihi..

JANGAN BERSEDIH SAHABAT






Salam Takziah Sahabat..

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Antara best produk yang mesti cuba bukan saja cuba suka-suka tapi kenalah cuba untuk suka (apa lah belit-belit daa)..

Lama rasanya saya tak minum ESP ni. Rindu plak nak buat smoothies dan milk shake dengan ESP ni. Sedaappppp.. Kalau ada Meal Shakes lagi sedaaappp.. Tak payah beli kat kedai, buat sendiri lagi best. 

Fakta tentang protein:-

ALFALFA COMPLEX JUGA MULTIVITAMIN

Tumbuhan Alfalfa adalah salah satu tumbuhan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkan tidak terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.





BERTUDUNG ADALAH "OLD SCHOOL" OK

Lupakan isu Kpop tu la kejap. Malas nak layan.. Semoga mereka bertaubat dan kita terus muhasabah diri..


"u ni macam mak cik-mak cik la pakai tutup kepala". 

"Apa pasal tak lepas rambut keluar, U punya rambut tak cantik ka".

Pertanyaan daripada rakan-rakan bukan Islam. Mak senyum je nak.. Mak (ala mak cik gitu) cakap kat dia, pasal rambut ai cantik la ai tak tayang kat orang, nanti ada plak yang cemburu. Haha..

"Haiya, yaka.. kasi tunjuk sikit, betul ka cantik"..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...