advertisement

RESEPI SMOOTHIES YANG SEDAP DI PAGI HARI

Smoothies Banana Meal Shake

Breakfast pagi ni sangat simple dan cepat untuk orang yang malas dan semuanya nak senang ja. haha.. Macam nak mengata diri sendiri pun ada kan. Hari ni badan terasa tak berapa sihat pulak. Semalam pun tidur awal, lepas Isyak terus terbungkam. Sedar-sedar dah pagi. Lena betul saya semalam. Hihi.. Ops, lupa nak bagitahu, lepas dinner (dinner kul 7 setengah malam) telan 2 biji ostematrix. tu yang tidur lena ja. Kalsium memang membantu tidur yang lena tau. Sebab tu la ramai yang amalkan minum susu panas sebelum tidur, membantu tidur yang lena. 

Cegah sakit belakang dan senggugut ketika haid

Dah dua bulan dan 2 kali sebelum ni datang bulan tak rasa sakit belakang sangat. Tapi bulan ni, aduhai... sakit belakang sampai nak duduk dan berdiri tegak pun tak boleh..Dah la kena kerja.. Hanya tuhan saja yang tahu masa tu. 

Apa lagi daya ku yang ada.. gagahi juga sampai ke petang. Drive balik pun susah sangat sebab nak duduk tegak tak boleh, sakitnya..

10 Sebab Utama Kenapa Perlu Ambil Vitamin E




SEKILAS:  Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.Tambahan pula, vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin AVita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E. Setiap kapsul sofgel menyediakan 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium

Hidup singkat, make it Berkat dan mati terhormat

Jangan hidup dalam "comfort zone" atau mediocre. Jangan rasa "selesalah sangat" dan settled for what you have.
Cari jalan untuk hidup 100x lebih hebat untuk memberi sumbangan 100x lebih dahsyat kepada ramai orang di luar sana.
Hidup singkat, make it Berkat dan mati terhormat.

Petikan diambil daripada facebook Dr Azizan Osman
 ________________________________________________________ 


Kenapa plak dah pagi-pagi buat entry siap ambik petikan kata-kata pakar motivasi hebat Dr Azizan Osman (DAO)? 

Sebenarnya, setiap pagi bila dah selesai semua urusan mengadap yang Maha Esa, saya akan scroll laju-laju Fb saya. Selalunya saya mesti jumpa post daripada DAO. Dia sangat positif. Untuk membuatkan hari-hari saya positif, saya akan membaca, mendengar dan bercakap sesuatu yang positif. 

Hidup yang positif akan lebih bahagia berbanding mereka yang asyik negatif ni. Tak percaya? Cuba anda amalkan. Bangun ja pagi-pagi, walau letih atau malas macam mana pun, cubalah tersenyum. jangan lupa baca doa bangun tidur (hihi).

Sebelum cuci muka, gosok gigi tu, senyum dan katakan "gembiranya hari ini" depan cermin, aura positif tu akan terus di serap dalam tubuh. Lontarkan sehingga keluar suara, bukan dalam hati. 

Sangat terkesan ok dengan kata-kata DAO tu. Jangan hidup dalam 'comfort zone'. Ye, ramai yang kononnya rasa selesa dengan hidup mereka sekarang. Kononnya la kan, pastu merungut itu ini. Usaha lebeih sikit tak nak.

"Hidup 100x lebih hebat dan memberi sumbangan 100x lebih dahsyat." 

Sungguh, duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit. Camna tu? Apa benda yang kita buat tak perlukan duit? Nak makan, minum, tidur, semuaa la kena pakai duit. Yelah, nak tidur, mesti naka da pelapik(tilam, katil, bantal). Tak kan nak tidur membungkam ja atas tanah kan. Pakaian? nak beli pakai apa kalau tak ada duit. Nak ambik kulit kayu, daun? kait-kait jadi baju. Macam tu? Hidup zaman mana ni?

 ______________________________________________________________
"Ada orang melayu cakap, buat apa nak kaya sangat. Itu melayu yang layu. Kekayaan jika digunakan dengan betul boleh digunakan untuk bantu ramai ummat seluruh dunia selain dari di Malaysia. Lihat billionaire dunia berapa ramai yang bukan Islam tetapi philantrophist dan sentiasa menyumbang kepada mereka yang memerlukan, kita? Buat apa nak kaya sangat? Tapi kita asyik complain dengan hidup dan kewangan kita...." oleh DAO
_______________________________________________________________

Hidup ni sangatlah singkat. Buat lah sesuatu yang bermanfaat untuk agama, dan bangsa kita. Semoga hidup kita diberkati. Orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain adalah lebih baik daripada 1000 orang yang tak buat apa-apa.

Think positive, speak positive and act positive. 

Wasalam..


 
 

CANTIK ATAU UNDANG SAKIT SI PEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI?



Sebagai perempuan, saya juga tidak terlepas daripada meminati kasut tinggi kerana corak dan rekaannya yang menarik. Akan tetapi, kesan buruk yang mungkin berlaku kepada pemakai kasut bertumit tinggi perlu dipandang serius.

Jika anda sayangkan diri anda, sebaliknya berhenti memakai kasut bertumit tinggi terutamanya 3 inci keatas. Jika perlu, cukup sekadar 1- 1.5 inci sahaja.

Kesan yang paling ketara adalah bahagian tulang. Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, masalah lain seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang.

RAHSIA TERSELINDUNG SEBALIK TEH HIJAU YANG KURANG MENDAPAT PERHATIAN.



 
Secawan "green tea" setiap pagi membantu tingkatkan metabolisme sehingga petang


Saya memang peminat teh. Setiap hari wajib minum teh ais atau teh susu, ops tapi mesti kurang manis.  Manis ni tak bagus tau, manis adalah pembunuh senyap (eh, yeke).


Akan tetapi, teh yang saya minum setiap hari tu tak berapa baik. Lepas kawan saya suggest minum teh hijau(green tea), saya nak tukar kepada teh hijau plak lepas ni. Kenapa teh hijau lebih bagus berbanding teh yang lain. Mari saya kongsikan kebaikkan teh hijau.


Hebatnya teh hijau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...