advertisement

SEJARAH KACANG SOYA

Sejak akhir-akhir ni soya sangat viral di facebook. Ramai yang mengatakan kacang soya adalah penyebab utama kanser. Soya adalah sumber protein yang baik, oleh sebab tu la soya tidak sesuai di ambil pengidap kanser sebab, makanan utama sel adalah protein. Selain soya, daging merah, telur, kacang tanah dan ikan juga kaya dengan sumber protein. Individu yang menyebarkan keburukkan soya ni, tak suka soya atau dia ada niat tertentu. 

Kalau pengidap kanser dilarang mengambil soya takut sel kanser tumbuh atau aktif kembali, sebenarnya mereka juga sepatutnya mengelakkan makan protein lain. Boleh baca selanjutnya tentang kelebihan kacang soya



Sejarah Kacang Soya
  1. Brazil merupakan negara pengeluar utama kacang soya dunia, diikuti Amerika Syarikat, Argentina dan China. Bagaimanapun Amerika Syarikat merupakan pengeksport utama kacang soya dunia.
  2. Kacang soya mula ditanam di China (3500 sebelum Masehi ). Kemudian benihnya mula dibawa masuk ke benua lain pada abad 20.
  3. Kacang soya mula ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 1765 oleh Samuel Bowen, pelayar Syarikat Hindia Timur yang membawa benih dari China.
  4. Soya pertama ditanam di Georgia, Amerika Syarikat.
  5. Tempe dipercayai mula diperkenalkan di Indonesia pada 1815 di Serat Chenthini.
  6. Tauhu mula dibuat pada Dinasti Han 2000 tahun lalu di China. Kemudian tauhu mula diperkenalkan ke Korea dan Jepun.
  7. Syarikat kicap pertama dunia ialah Kikkoman yang ditubuhkan pada abad 17. Mogi dan Takanashi mula membuat kicap di Noda, Jepun, dan di situ jugalah kicap jenama Kikkoman bertapak dan jenama ini mula diperkenalkan ke dunia luar sehingga sekarang ini.
  8. Blairo Maggi merupakan taikun Brazil kerana beliau adalah pemilik ladang kacang soya terbesar Brazil. Blairo juga merupakan gabenor untuk negeri Mata Grasso, Brazil.
  9. Di Inggeris, individu pertama yang membuat kicap ialah John Locke pada tahun 1679.
  10. Pada tahun 1688, Dampier berbangsa Inggeris menamakan kicap dalam bahasa Inggeris sebagai  ‘soy’. Kemudian pada tahun 1899, Blasedale yang berbangsa Amerika Syarikat menamakan kicap dengan nama ‘soybean sauce’  dan ditukar pada tahun 1905 oleh Oshima seorang individu berbangsa Jepun, kepada soy sauce. Ejaan ‘soy sauce’ akhirnya disatukan sebagai ‘soysauce’  oleh Van Gundy pada tahun 1936.
Di Malaysia pada hari ini kacang soya terkenal sebagai bahan asas pembuatan kicap, tempe , minuman soya dan juga puding taufufah.

Sejarah kacang soya ni saya dapat daripada majalah Saji keluaran Oktober ini. 

Sungguh pun Amerika Syarikat adalah pengeksport utama kacang soya, kita tidak boleh menafikan tentang kelebihan soya yang sebenar. Soya bukan lah termasuk dalam kategori makanan sunnah, tapi soya mempunyai kebaikkan yg sangat bermanfaat untuk kesihatan.  


No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...