advertisement

Paratha Pizza

Teringin nak makan pizza, tapi macam malas nak keluar beli. Nak call pun malas juga sebab kredit tak ada..Hahaa... 

Usha2 peti ais, tengok bahan-bahan pun ada, maka terhasillah paratha pizza ni. 

*Maaf gambar kembang pulak.. :D

Kiriman ketiga_November ini...

Alhamdulillah rezeki..

Terima kiriman ketiga dari sahabat yang tak pernah bersua..

Selamat mendarat di tangan I baru ja tadi..

Masih panas kata orang




Cantik stamp

Pila dunia tu..


Boleh agak siapa pemberi? 

Orangnya tinggal di selatan nuuunn..


Redeem WOOP

Sudah 7 bulan I join WOOP. Dah 4 kali tebus 'reward. Ianya sangat berbaloi U ols.. Kita tak perlu spend duit pun, cuma perlukan sedikit usaha kongsikan misi yang ada, then dapat point. 


WOOP ialah .......

We connect women of opinion with interesting products and brands.

At WOOP we believe women like you can help companies make better products
and do better marketing. We want you to try new and interesting products
, learn new facts and tips about getting the most out of these products and to talk openly
and honestly about them with your friends. Simple, easy, honest and we also make it fun.

Mula tercebak sebab kak Farrah MF tag nama I pada satu status tentang ini. Tak susah pun nak gain point ni, just perlu complete the  mission yang mereka beri. Sangat menarik sebenarnya. Campaign akan berubah-ubah. So, mana yang sejiwa dengan kita join lah campaign tu then complete the mission yang diberi.

Reward yang diberi pun barang-barang yang diguna setiap hari je. Kita boleh jimat sedikit belanja kan.. Contohnya soflan, dettol, vaseline dan kupon-kupon. 

Nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini ini, WOOP..

Barang-barang yang dah I tebus.

Penebusan Horlick Coklat yang ke tiga. Hehehe.. 
Ini semua untuk anak-anak buah tersayang je. Nak tebus yang lain macam tak pakai sangat, so tebus ini boleh minum-minum. Yang lego tu tak boleh minum tau.. haha.. Rezeki anak buah, horlick sebelum ni untuk mereka ja.. 


I tengah tunggu sabun Joy pulak sampai.. hehe.. 

NK: mood busy lagi.. Tak sempat BW ngan meramas mesra di komen.. Maaf ye..

Mummy Vogue

 *Selingan:- Dengan ini, I tuan rumah ingin memohon maaf jika sepi tanpa kata, tak balas komen-komen.. Tuan rumah tengah serabut kepala hotak dengan tugasan-tugasan. Waktu malam yang sepatutnya berehat, terpaksa bekerja keras memerah idea dan tenaga jari untuk menaip. Jadi Tuan rumah tak sempat nak beramas mesra dengan tetamu.. Maaf..

Terima kasih untuk tetamu yang tak jemu bertandang walaupun tak ada air kat kuih.. hehe..




Jumaat lepas I dapat lagi ole-ole.. Suka sungguh masa nampak sampul terpampang indah nama I.. Hehe.. Dalam hati terdetik " sah kawan blogger bagi ni". 

Nampak tu U ols, setem berlambak.. :)

Terpampang indah nama I tu.. :D..memenuhi ruang sungguh.

HURMMMM SIAPA BAGI NI??

Jom nyanyi seloka ni sikit.. 

:D


Dari Melaka ke Pulau Pinang, 

Singgah di Johor beli barangan, (2x)

Saya mengucap selamatlah datang, 

Apa yang kurang dikeji jangan.. (2x)


Melenggang hai melenggang hai tari lenggang, 

Kalau baik hati, nanti orang pun sayang..

Lirik penuh tak tahuuu..hUhu



Boleh teka siapa bagi? Agak-agak siapa? Blogger ni I baru je kenal dalam sebulan dua ni..yang pasti dia orang Pulau Pinang. 

NK: happy weekend U ols.. Minggu depanlah I bagitau siapa pemberi ni ye.. ;)

Jiran berdrama swasta dan tangisan bayi



Pabila jiran selalu berdrama swasta dikala malam menjelma memang merengsakan. Sedang asyik bermimpi indah kononnya sedang menghayati waktu percutian ke Pulau Maldives, tetapi diganggu dek suara sumbang pelakon.

Asal malam je ada lah babak lakonan mereka. Apa yang mereka tengkarkan jelas kot kedengaran. Macam berlaku depan mata pun ada juga. Rasa macam nak ja jerit, wooiiii tak tahu tengok jam ka? esok orang nak kerja kot. hang kalau tak kerja pun pikiaq orang sama.. Tak pun hang pindah pi dalam hutan.

Rumah orang lain tak pa u ols.. I tak kenal pun ngan jiran belakang ni.. Flat kat sini pintu depan mengadap pintu depan. Kalau dapur mengadap dapur rumah belakang. Biasanya bising-bising rumah belakang yang dok dengar.

Drama swasta tu dah tak dengar kebelakangan ni, tapiiiiii bunyi lain pulak.. Suara bayi menangis.. Mungkin jiran lagi satu kot ada baby baru. Bila malam yang sunyi suara baby tu kuat kalau nangis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...