advertisement

JUBAH PRINCESS CUT AKU

Ni kira sambungan dari entry baju pertama tu la. Hurm, baju tak siap lagi, dalam proses. Actually, dh siap gunting n jahit tepi.

Warna baju yang saya pilih ialah 'dark grey'. Mula2 nak beli warna mustard atau gold. Tapi kain mahal sangat. Risau nanti kalai tak berapa menjadi baju tu, kang sayang kain mak nak.Tapi kain yang saya beli ni kira ok lah. Saya gredkan ia gred B(sendiri2 letak). Saya beli masa Deepavali hari tu, dapatlah diskaun 20%, beli kat Kamdar(memang berbaloi). Eh, lupa nak cakap kan kain apa, hihi.. kain satin. Tak dak la shining sangat, kain pun tebal jugak.

Download Transformer 2014

Baru-baru ni dok ber'chit-chat' dengan kawan baru, actually kenai tu dah lama, rasanya dah dekat 4 tahun, tapi baru2 ni nak mula ber'chit-chat', semuanya sebab Shaklee.

Dalam dok chit-chat tu, terceritalah pasal download2 movie ni. Tiba-tiba hati ni rasa teringat kat Transformer yg baru keluar masa puasa ritu. Tak sempat p tengok, ye la mana ngan bulan puasa plak tu. Rasa macam tak best ja tengok bulan2 puasa ni. Ramadhan datang sekejap je, rasa sayang. Saya memang suka sangat dengan cerita transformer ni, yg sebelum2 ni memang layan lah. 2-3 kali tengok sebab nak paham cerita betul2. Otak lambat nak tangkap story sebenar cerita action ni ( tu pun ada hati nak layan kan..hihi).

GARLIC COMPLEX

Ramai yang tak suka makan bawang putih kan, sebab baunya yg kuat serta menyebabkan bau badan. 

Sungguh pun begitu, sejak 3000 sebelum masihi lagi bawang putih digunakan sebagai antioksidan, untuk merawat masalah kulit serta penafasan dan anti-mikrob.

MANFAAT VITAMIN C YANG PERLU DIKETAHUI

Ramai akan memilih oren sebagai diet seharian untuk membekalkan vitamin C kepada tubuh. Hal ini kerana oren kaya dengan vitamin C. Kajian demi kajian dilakukan memang membuktikan bahawa vitamin C antara bahan paling utama meningkatkan kecantikan dan kesihatan.

Saya mula tertarik dengan Shaklee adalah selepas mengamalkan set resdung ( Vitamin B, C dan Alfalfa). Selepas mengamalkan vitamin C shaklee, saya dapat rasakan banyak perubahan. Memiliki kulit yang bermasalah seperti jerawat, kering dan kadang-kadang berminyak. Kulit muka saya sangat teruk, selepas jerawat kecut ianya meninggalkan parut. Vitamin C membantu mengembalikan kulit yang cantik, bebas parut dan jerawat.

Antara Manfaat Vitamin C :-

1. Imunisasi/daya tahan badan dan baik pulih luka.
Vitamin C baik dalam melindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Bukan itu sahaja, ia membantu meningkatkan keupayaan badan merawat luka dan memlihara tubuh daripada bakteria, virus dan jangkitan.
Vitamin C diperlukan untuk membina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Tubuh menggunakan vitamin C bagi menggantikan tisu yg rosak sekali gus menyembuhkan luka dengan cepat. Vitamin C juga mempercepatkan tisu terbentuk untuk penyembuhan yg cepat.

2. Antioksida
Vitamin C adalah antioksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan daripada radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan tidak baik seperti penyebab penyakit jantung dan strok.

3. Mengurangkan simptom demam
Vitamin C bertindak sebagai antihistamin yg berkesandgn mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperyi sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Ia mengurangkan paras histamin dan mempercepatkan baik demam serta mengurangkan alergi yg menyebabkan demam.

4. Saluran darah
Ianya memastikan salur darah mengembang dengan baik. secara tidak langsung ianya dapat menjauhkan daripada penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

5. Penyembuhan luka
Tubuh menggunakan vitamin C utk menggantikan tisu yg rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan cepat. Ianya jugak meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk utk proses penyembuhan yg cepat.

6. Memperbaiki tekstur kulit
Vitamin C adalah komponen asas untuk penghasilan kolagen. Kolagen boleh dihasilkan oleh tubuh, akan tetapi vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. jadi kita perlu mengambil diet vitamin C dalam pemaknan kita.
Kolagen menyebabkan kulit gebu dan warna tona pada kulit. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan tanda penuaan.
Kolagen juga menghasilkan saluran darah yg baik dan vitamin C membantu sistem aliran darah.

7. Meningkatkan pertumbuhan rambut
Pengambilan vitamin C yg tidak cukup mungkin menjadi punca utama pada masalah rambut. Kekurangan vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Kulit kepala jugak menjadi kering serta menyebabkan kelemumur. Ia adalah tanda tidak sihat rambut.

8. Pelindungan dari matahari
Ianya melindungi kulit dari radikal bebas yg terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan selaran matahari disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


So, u ols tengok la, banyak tau kebaikan vitamin C ni??




Vitamin C Sustained Released


Di formulasi dalam pelepasan masa(sustained released). Ianya supaya bekalan vitamin dapat diserap dengan lebih baik dalam proses pelepasan sedikit demi sedikit setiap sejam sekali. Vitamin C bersifat larut air, jadi ianya harus diambil bersama air yg mencukupi. kandungan vitamin c yg tidak terguna, akan musnah bersama air kencing. Jadi, u ols tak payah risau tentang masalah buah pinggang ke atau vitamin yg terguna bertukar menjadi toksin.

Vitamin feveret saya. Sehari sebiji je. Spend dlm RM0.40/serving(mahal ke?)

Vitamin C Chewable
Yang chew ni pun saya suka sebab ianya boleh di kulum. Macam makan gula-gula ja. Kandungan sama sahaja dengan Sustained release(S.R) punya. Cuma kuantiti per tab yang lain. Kalau S.R 500mg per tab, manakala Chewable 100mg/tab.
Chewable di formula sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa yang sukar menelan pil. Pengambilan vitamin C Chewable lebih mudah diserap oleh badan kerana ianya larut cepat bersama air liur.



Jadi, anda boleh pilih pilihan vitamin C anda. Untuk dewasa ada, kanak-kanak pun ada. Bukan nak sihat sorang-sorang kan, anak-anak pun kena bagi jugak. Apa yg penting, ianya bebas bahan kimia, 100% semulajadi.






Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905



Pemilihan makanan yang dapat meningkatkan metabolisme





Apa itu metabolisme?

Baju Pertamaku Part 2-Cara Potong Bentuk Leher

Ni saja nak sambung kisah leher baju kecik yang buat minggu lepas. Huhu.. Punya la puas nak betulkan balik. Saya betulkan sendiri ja, dengan bantuan kakak saya tanpa minta bantuan tok guru yang mengajar.

Saya memang gigih sikit, tak sabar nak tunggu cikgunye.. tak nyempat-nyempat.. Jauh nak ke kelas, memandangkan kelas hanya hujung minggu, jadi lambat. kebetulan pulak minggu ni sya tak ke kelas sebab nak ke majlis pertunangan best friend saya.

Selepas dah dibetulkan, makanya baju saya siap jugak. Nampak macam senget sikit, tapi tak pa la, apa kan daya, first time kan. Sebabkan tak menjadi leher saya, makanya saya gugel dan terjumpa lah blog ni, then saya pun belajarlah cara yg mudah nak potong bentuk leher..

Mari saya kongsikan cara-caranya:-



Ambil sekeping kertas A4 dan lipat kepada dua bahagian dan bolehlah melukis pola leher bulan. Garisan biru di bahagian bawah di dalam gambar di atas adalah bahagian lipatan kertas.

Ukuran:

A-B = belakang leher = 2.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
C-D = hadapan leher = 1.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
B-C = Saiz leher dibahagi 6. Contoh: keliling leher yang dikehendaki adalah 48. Jadi B-C = 48/6 = 8cm
D-E = B-C = 8cm

Untuk gambar-gambar yang lain u ols boleh la lawat terus ke blog tuan tanah ye..

Sumber
Kongsi Macam-macam

Bukan apa, nak ambik lebih-lebih pun, bukan saya yang buat kan..

Ok la u ols, harap ni dapat la membantu korang yg baru nak belajar macam saya.

Wasalam..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...