advertisement

KUNCI-KUNCI KEJAYAAN-BAHAGIAN 1

Adakah anda suka berniaga, jika Ya, Apakah kunci anda untuk berjaya. Saya masih baru dan banyak lagi yang saya nak belajar, apa yang pasti saya sangat minat berniaga. Saya belum ada produk sendiri mahupun kedai, apa yang saya ada cumalah minat dan keinginan untuk berjaya.

Berikut adalah 8 kunci kejayaan perniagaan yang MESTI anda ikuti untuk pastikan perniagaan anda Berjaya :-

1. Buat kerana minat yang amat mendalam!
Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!
Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.
Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.
2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!
Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.
Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’
Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.
Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.
3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!
prospek
Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.
Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.
4. Rancang dan atur perniagaan anda.
Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

Sumber
Irfan Khairi


bersambung dalam entry seterusnya bahagian ke2

NUZUL AL-QURAN

17 Ramadhan 1435,
15 Julai 2014,

Salam Nuzul Quran semua..

Apa tu Nuzul Quran?

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sumber daripada
Jakim



Salam Ramadhan Al mubarak..

TUDUNG RUFFLE- CARA MENGAYAKANNYA

Assalamualaikum...

Apa pilihan tudung atau skaf anda raya tahun ni? Saya pilih koleksi tudung ruffle yang simple nak gayakan. 
Jom tengok cara nak mengayakan


Saya tak pandai nak jadi model, jadi saya upah model2 ni tolong gayakan. Hihi( Bajet kau banyak duit)

Gaya ni yang paling saya suka sebab senang ja..

ni gaya ala2 tudung fareeda tu. Tapi tak sama tau..bukan ciplak ye, lebih kurang ja.



cara ni nampak lebih tertutup kan. ayu je tengok, tapi bukan Ayu Raudhah..hihi


Macam ni pun cantik kan.. 



yang macam ni singkat sikit.




4 cara simple dan cepat nak gayakan tudung ni. 


So, korang pilihlah gaya yang sesuai dengan korang. Tudung ni sekarang dah jadi tudung harian saya..

Jom pilih warna korang nak, jom singgah sini plak


follow saya di facebook Syida Hashim
atau
  wsapp/telegram/wechat saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com




BOIKOT- Barangan Israel dan Sekutunya



Memboikot barangan Israel dan sekutunya akan merosakkan ekonomi? Jadi korang semua pun tarik diri dari join kempen ni. Sebenarnya, kita boleh pilih altenatif. Kan banyak lagi produk-produk lain. Sebagai contohnya, kalau tak makan McD boleh memudaratkan ke? 
Memang boikot pada barangan ni hanya usaha kecil. Akan tetapi, lebih baik kecil, ada jugak sumbangan daripada tidak. Jika kita bersatu, sekecil-kecil usaha pun akan besar nanti. Kuasa memboikot ni kuat tau kalau kita bersama-sama memboikot. Kalau kita tak mampu menderma wang, tenaga atau senjata kita boleh memboikot barangan/ jenama yang bersangkutan dengan israel.

Kalau nak ikutkan banyak barang berkait rapat ni, mungkin ambil masa untuk kita nak boikot kesemuanya. Mulakan la dahulu sedikit demi sedikit, yang mana kita punya altenatif lain, kita boleh bertukar. 

Ini antara senarai barangan/jenama yang berkaitan..


see, nampakkan kat situ, McD tak hairan lah sebab dah lama, but, no 2 tu Nestle. Mula-mula terkejut jugak saya, tapi tu la hakikat.. Saya memang penggemar barangan Nestle seperti milo, nescafe, maggi dan banyak lagi . Kalau tak boleh semua, buat la satu-satu. Kalau kola memang saya tak minum, saya tak suka air bergas dan last sekali, Loreal. Memang saya tak pakai langsung produk ni. Hihi..

Antara produk lain

Jom kita pakat-pakat boikot. Kuasa membeli kat tangan kita.

Lucu lah org yg kata boikot takkan berjaya bagi impak apa-apa.. ternyata kamu malas membaca. Sila google SodaStream.. bagaimana boikotnya memberi impak penutupan cawangan di sebuah daerah di Britain. Kalau kamu tak mahu boikot sbb rasa tak mampu nak tinggalkan produk tu, takpa, silakan saja pakai.. takda org hunus senjata di kepala kamu. Tapi jgn perkecilkan usaha org lain dgn alasan yg remeh.

Saya akan usaha memboikot barangan tersebut. Boikot tidak semestinya kaum muslim tapi semua orang yg punyai persaan berperikemanusian sila lah join bersama. Ianya tidak merugikan anda pun. 


Salam Ramadhan 12 dari saya.
Wasalam.

KUIH RAYA 2014-SEMPERIT SUSU

Tengah dok godek-gedek mr Google, terjumpa gambar kuih semperit ni, nampak gebu je kan. Tengah puasa ni, semua benda nampak sedap kan. hihi..

Memang plannya tahun ni nak buat kuih raya dengan my sis, dan tahun ni jugak saya agak free. Memandangkan anak buah saya suka sangat makan biskut yang cair di mulut ni, jadinya kakak saya suruh i cari biskut macam ni. Layan kan ajelah budak kecik baru belajar puasa ni.
Jom layan beberapa keping gambar yg buat saya tergoda, pastu nanti saya kongsikan resepi meletop tu kat u ols yg saya ambik dari blog Bie D'licious.






Gambar-gambar ni semua saya pinjam dari blog orang lain, kalau u ols nak resepi asal google la blog tu ye. Saya punya gambar belum ada sebab saya pun belum buat lagi. Hihi.. :)


RESEPINYA:-


BAHAN

4 cwn tepung jagung
1 cwn majerin.. campur butter skit
1 cwn susu pkt mnis..boleh guna brand saji/alif


BAHAN HIASAN
Betik merah


CARANYA
Campurakn seme bahan..uli smpai jd doh.
pastu terap n bakar pd suhu 150..15-20 minit..


Resepi: Ucu Bakeri


Nampak mudah je kan bahan-bahannye pun simple, 3 jenis ja..jimat2..hihi.. So, jom la try, nak terap tu sama cam buat semperit biasa.

Selamat Mencuba

KELEBIHAN VIVIX-mampu merawat/mencegah pelbagai penyakit kronik


Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.




Polifenol dalam vivix  mengandungi resveratrol yang mana ianya adalah sebastian polifenol berasal daripada tumbuhan. Ianya daripada polyganum cuspidatum iaitu herba lama yang digunakan oleh masyarakat cina sebagai anti tumor. Keistimewaannya, cara pengekstrakan Shaklee membolehkan ekstrak diambil pada ketulenan tertinggi, iaitu sehingga 98%. Kajian mendapati ketulenan mempengaruhi keberkesannya. Hal ini terbukti bahawa ketulenan revestrol vivix adalah paling tulen. 

Vivix bukan setakat suplemen resveratrol, ianya gabungan polifenol yang lain. Kajian awal(kepada haiwan) mendapati resveratrol melambatkan penuaan melawan penyakit. Penyakit seperti penyakit jantung, kanser, 
diabetes, dan Alzheimer.

- Penyakit jantung, dan darah tinggi :- kurangkan radang, halang pengoksidaan kolestrol jahat, cegah platelet bergumpal. Gumpalan ini punca utama salur darah tersumbat dan menyebabkan serangan jantung.
- Kanser :- resveratrol mencegah pertumbuhan sel, malah bagi signal pada sel kanser supaya mati(opoptosis)
- Diabetes :- resveratrol mencegah insulin resistance, dimana suatu keadaan tubuh tak sensitif terhadap hormon insulin. Hormon insulin ini turunkan tekanan darah, manakala insulin resistance menjurus kepada diabetes. Kesimpulannya, resveratrol membuat badan sensitif balik kepada insulin.
- Alzheimer :- resveratrol mencegah pembentukan plak pada saraf. 

Resveratrol ni cover 3 sahaja mekanisme penuaan sel, jadi Shaklee lengkapkan dengan tambah lagi satu iaitu allagic acid. Allagic acid ni dapat daripada muscadine grape. Allagic acid ni la yang menghalang pembentukan age protein. Allagic asid ni jugak la yg menghalang sel kanser. 

Anggur muscadine ni la yang dianggap anggur super kerana ianya mengandungi ekstra kromosom berbanding anggur lain. Kandungan yang lain iaitu purple carrot dan european elderberry. Kedua2 kandungan ini mengandungi anthocyanin. Ianya juga sejenis polifenol yang kuat malah lebih kuat daripada vitamin E. Anthocyanin ni polifenol jenis flavonoid yg mana sangat berkesan mencegah strok dan penyakit jantung. 

Secara ringkasnya, vivix adalah antioksidan yang paling baik. Antioksidan adalah bersifat melawan radikal bebas yang boelh menyebabkan penyakit. Kesimpulannya, Vivix istimewa pada kepekatan, ketulenan dan kombinasi kandungannya.



Mungkin juga meminati:-

Dapatkan vivix dengan harga promosi dan untung berganda-ganda jika ambil 2 botol

Jom Order Sekarang..
ORDER (ORDER SENDIRI DENGAN KAD KREDIT/DEBIT)





Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...