Memboikot barangan Israel dan sekutunya akan merosakkan ekonomi? Jadi korang semua pun tarik diri dari join kempen ni. Sebenarnya, kita boleh pilih altenatif. Kan banyak lagi produk-produk lain. Sebagai contohnya, kalau tak makan McD boleh memudaratkan ke?
Memang boikot pada barangan ni hanya usaha kecil. Akan tetapi, lebih baik kecil, ada jugak sumbangan daripada tidak. Jika kita bersatu, sekecil-kecil usaha pun akan besar nanti. Kuasa memboikot ni kuat tau kalau kita bersama-sama memboikot. Kalau kita tak mampu menderma wang, tenaga atau senjata kita boleh memboikot barangan/ jenama yang bersangkutan dengan israel.
Kalau nak ikutkan banyak barang berkait rapat ni, mungkin ambil masa untuk kita nak boikot kesemuanya. Mulakan la dahulu sedikit demi sedikit, yang mana kita punya altenatif lain, kita boleh bertukar.
Ini antara senarai barangan/jenama yang berkaitan..
see, nampakkan kat situ, McD tak hairan lah sebab dah lama, but, no 2 tu Nestle. Mula-mula terkejut jugak saya, tapi tu la hakikat.. Saya memang penggemar barangan Nestle seperti milo, nescafe, maggi dan banyak lagi . Kalau tak boleh semua, buat la satu-satu. Kalau kola memang saya tak minum, saya tak suka air bergas dan last sekali, Loreal. Memang saya tak pakai langsung produk ni. Hihi..
Antara produk lain
Jom kita pakat-pakat boikot. Kuasa membeli kat tangan kita.
Lucu
lah org yg kata boikot takkan berjaya bagi impak apa-apa.. ternyata
kamu malas membaca. Sila google SodaStream.. bagaimana boikotnya memberi
impak penutupan cawangan di sebuah daerah di Britain. Kalau kamu tak
mahu boikot sbb rasa tak mampu nak tinggalkan produk tu, takpa, silakan
saja pakai.. takda org hunus senjata di kepala kamu. Tapi jgn
perkecilkan usaha org lain dgn alasan yg remeh.
Saya akan usaha memboikot barangan tersebut. Boikot tidak semestinya kaum muslim tapi semua orang yg punyai persaan berperikemanusian sila lah join bersama. Ianya tidak merugikan anda pun.
Salam Ramadhan 12 dari saya.
Wasalam.