advertisement

TANDA-TANDA BADAN MENGALAMI DEHIDRASI




Berikut adalah 10 tanda mengalami dehidrasi dalam badan. Jadi pastikan minum air setiap hari.
===============================================================
1 Mulut kering dan lidah bengkak 


Cara terbaik untuk mengelak mulut kering dan lidah bengkak ialah minum air ketika haus, berjumpa lah dengan doktor.

2 Air kencing berwarna kuning pekat 


Apabila badan kekurangan air, buah pinggang akan cuba menghentikan atau badan dalam air
menjimatkan pengeluaran air kencing. Akibatnya air kencing bewarna lebih gelap atau kuning pekat.

3 Sukar buang air besar 


Ketika mengalami dehidrasi, usus besar akan menjimatkan air dalam badan dan akhirnya menyebabkan bahan buangan menjadi keras dan kering.

4 Kulit menjadi kurang kenyal


Anda juga boleh mencuba dengan mencubit kulit dibahagian siku. Sekiranya dicubit dan kulit lambat kembali normal atau mengalami sebenarnya kamu maka kenyal, tidak dehidrasi.

5 Jantung berdebar-debar 


normal atau sihat yang badan memerlukan berfungsi. Sekiranya berlaku penurunan aliran akibat dehidrasi, kebiasaannya jantung akan berdebar-debar.

6 Kekejangan otot 


 Kekejangan otot biasanya berlaku selepas selesai melakukan latihan atau sukan. Ia berlaku sekiranya badan mengalami dehidrasi kronik.

7 Pening


 Dehidrasi menyebabkan kepala menjadi pening dan pengsan. Salah satu tanda dehidrasi ialah badan rasa melayang ketika bangun dengan cepat ketika diposisi duduk atau tidur.

8 Mudah penat 


Dehidrasi-mengurangkan jumlah darah dan tekanan darah. Ia juga akan mengurangkan jumlah oksigen ke darah. Tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi saraf akan bekerja dengan lambat dan menjadikan kamu cepat penat.

9 Air mata kering 


Air mata digunakan untuk mata. Air mata menyegarkan dan membersih.Ia berhenti keluar sekiranya jumlah air dalam badan semakin kurang.

10 Panas dalam badan 

Air memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan. Apabila mengalami dehidrasi, tubuh akan berhenti mengeluarkan peluh dan membuat badan kamu berasa panas.

Jika anda mengamalkan suplemen maka anda perlu minum air lebih dari kebiasaan. Hal ini kerana air membantu proses penyerapan dan pencucian dalam badan kita. Kuantiti yang disyorkan ialah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau nak minum lebih pun ok, tapi jangan la lebih-lebih sangat. Mudah saja nak tahu cukup ke tak cukup, tengok air kencing anda, kalau keroh macam air teh tu maka minum lah lagi. 

Awas! minum air kosong/putih tau. 3 liter tu tak termasuk air manis atau bewarna ye. 

GLA Membantu Atasi Jerawat Disebabkan Masalah Hormon

Suka saya nak bincangkan isu jerawat ni, sebab saya sendiri mempunyai masalah jerawat yang teruk. Dah detoks toksik, dah pakai itu ini, jerawat still naik, cumanya berkurang lah sedikit dari sebelum ni. 

Untuk atasi masalah jerawat saya ni, mula-mula saya fokus atasi resdung, saya ambil set resdung. Set ni sangat membantu mengatasi  masalah resdung dan elergi saya pada makanan laut. Akan tetapi, masalah jerawat memang agak makan masa. 

Selepas tu saya cari punca-punca lain berlakunya masalah jerawat ni. Memang, jerawat bukanlah penyakit berbahaya, tetapi sebagai perempuan yang masih bujang ni(hihi) dan bekerja mestilah benda ni akan menyebabkan kita kurang keyakinan. Bukan tu sahaja, jerawat yang naik ni akan menyebabkan kegatalan. Sedikit sebanyak menganggu keselesaan kita.

Panjang plak intro kan.. Maaf ye..

Jadinya saya mencuba GLA Complex pulak untuk atasi masalah hormon yang tak stabil ni. Mana saya tahu? hihi, yang gugirl mesti paham kan, kalau period datang tak on time, pms(termasuk jerawat) tu melibatkan hormon. Jerawat keluar tak tentu masa dan besar2 plak tu. 

Alhamdullilah jerawat makin kurang, nak hilangkan terus kena ambik masa sikit ye. Kena konsisten dan sabar, ok. 


Ya betul dengan harga istimewa.. Jom place order sekarang ( bulan 8 2014) ni tau.

 


GLA ni bukan fokus untuk perempuan sahaja ye. Sesuai juga utk kaun Adam. Rajin-rajin la jengah sini untuk tahu Kelebihan GLA Complex Shaklee.


So macam mana? rasa nak cuba GLA tak? 
Kalau anda pengguna kad kredit mahupun kad debit serta berminat nak order sendiri boleh klik  ORDER 


Nak beli dengan harga promo, beli 6 free 1 botol pada bulan Ogos 2014. jom pm saya personal. 




Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905










GLA-KELEBIHAN GLA COMPLEX SHAKLEE

Pejam celik, pejam celik seminggu dah raya. Dan Seminggu jugak la tertinggal nak mengisi entry. Mood menulis dah kembali. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua.. Salah sila haraf dimaafkan. 

Masuknya bulan Ogos ni, Shaklee bagi promo  GLA Complex. Oleh itu saya nak kongsikan pada anda kelebihan GLA Complex ni?

BAKTERIA DAN JERAWAT

Salam Ramadhan 25,
Bersambung lagi punca yang kedua iaitu antara bakteria dan jerawat. Boleh baca sini untuk punca-punca jerawat . Boleh baca sini juga untuk point pertama. Apa kaitan bakteria dan masalah jerawat?
Untuk pengetahuan anda, bakteria biasa yang hidup pada kulit kita adalah Propionibacterium acnes, Proprionibacterium granulosum dan Staphylococcus epiermis. Makanan yang dimakan oleh bakteria tersebut pula ialah sebum yang terhasil pada kulit kita.
Oleh itu, orang yang mempunyai folikel rambut yang lebih banyak pada kulit mempunyai potensi yang lebih tinggi menghidap masalah jerawat berbanding dengan orang yang mempunyai folikel yang lebih sedikit.
Bakteria yang wujud pada kulit kita akan menarik sel darah putih ke folikel kulit dan menghasilkan enzim yang boleh merosakkan dinding folikel tersebut. Apabila dinding folikel rosak, kandungan folikel yang rosak itu akan masuk ke dalam lapisan dermis kulit.
Proses ini pula akan menyebabkan berlakunya radang atau kemerahan pada kulit yang mana anda akan dapat lihat pertumbuhan bonjolan merah, pustules dan nodules. Bakteria-bakteria ini juga membawa kepada pembentukan asid lemak yang menyebabkan iritasi kepada kawasan kulit yang ditumbuhi jerawat.
 Walaupun jerawat bukan sejenis penyakit yang merebak, tetapi tahap keterukan masalah jerawat yang dihidapi oleh pesakit bukan bergantung kepada berapa banyak bakteri yang terdapat pada kulit muka, belakang dan leher anda. Ini kerana aktiviti setiap bakteria pada kulit kita berbeza disebabkan oleh kesannya ke atas kewujudan oksigen, nutrien dan pH kulit.
Namun, untuk pengetahuan anda, bukan semua bakteria yang hidup pada kulit kita membawa kesan yang buruk. Organisma-organisma ini atau bakteria jerawat bertugas untuk menghapuskan bakteria-bakteria lain yang boleh membawa virus dan melindungi dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.
Bakteria-bakteria yang menyebabkan jerawat ini boleh dirawati dengan menggunakan benzoyl peroksida, tetracycline, antibiotik serta ubatan yang dihasilkan secara semulajadi seperti minyak cengkih, memakan ulam-ulam yang mempunyai anti oksidan dan sebagainya.
Bakteria-bakteria punca jerawat ini sebenarnya boleh dikawal dengan menjalankan rawatan agar persekitaran atau keadaan kulit muka anda tidak menggalakkan bakteria tersebut dari mengalami reaksi negatif kepada kulit. Reaksi-reaksi seperti penghasilan sebum yang berlebihan adalah faktor sebenar yang meningkatkan aktiviti bakteria pada kulit manusia. 
Namun, untuk pengetahuan anda, bukan semua bakteria yang hidup pada kulit kita membawa kesan yang buruk. Organisma-organisma ini atau bakteria jerawat bertugas untuk menghapuskan bakteria-bakteria lain yang boleh membawa virus dan melindungi dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.

Sampai sini sahaja dulu untuk penerangan kali ni. Bersambung lagi ke entry akan datang untuk point ketiga iaitu pemakanan dan jerawat. Stay tuned lagi ye. hihi..


wasalam...









HORMON DAN JERAWAT

Salam Ramadhan 24,

Dalam artikel yang lepas punca-punca jerawat, saya telah menerangkan kepada anda secara ringkas tentang punca-punca yang menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang badan dan leher manusia. 

Punca masalah jerawat memang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai elemen dan salah satu daripadanya ialah hormon yang dihasilkan oleh tubuh penghidap masalah jerawat itu sendiri.
Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit yang boleh membahayakan nyawa, tetapi untuk perkongsian kali ini, saya akan menerangkan kepada anda bagaimana hormon boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat ke atas anda.
Pertumbuhan jerawat pada kulit terutamanya di muka boleh menyebabkan penghidap menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sendiri. Namun salah satu punca penyebab jerawat datangnya dari tubuh penghidap itu sendiri. 
Dan untuk pengetahuan anda, walaupun remaja yang selalu mengalami masalah hormon tidak stabil disebabkan proses tumbesaran, ketidakseimbangan hormon juga berlaku kepada orang dewasa. Secara umumnya, pertumbuhan jerawat berpunca daripada pengeluaran hormon androgen yang menstimulasikan kelenjar Sebaceous dan menyebabkan kelenjar tersebut membesar atau mengembang. 
Penghasilan hormon androgen menghasilkan sebum yang menjadikan kulit kita lembut dan kalis air. Sebum yang terkumpul dan tersumbat di dalam liang roma kulit akan dijangkiti bakteria dan sel kulit mati. Maksudnya, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh hormon androgen, lebih tinggi potensi untuk kulit seseorang itu ditumbuhi jerawat.
Apabila peningkatan pengeluaran hormon androgen berlaku, kelenjar Sebaceous dan lapisan kulit di dalam liang roma turut berubah. Remaja lelaki dan perempuan yang mengalami perubahan hormon juga akan berganti kulit dengan kerap sewaktu akil baligh. Dalam tempoh inilah kita kerap jumpa remaja yang mengalami masalah jerawat sama ada serius atau tidak.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa juga mempunyai peluang untuk menghidap penyakit kulit berjerawat ini. Namun, bagi orang dewasa, masalah ketidakseimbangan hormon ini berlaku secara sementara dan tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama tetapi masih berpotensi untuk terpaksa mendapatkan rawatan ke atas masalah jerawat tersebut.

Antara masalah lain yang turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada orang dewasa ialah:
 1. Pertumbuhan semula jerawat buat pertama kali setelah sekian lama kulit tidak berjerawat boleh disebabkan oleh PMS, Peri Menopause dan juga Menopause.
 2. Kelainan pengeluaran hormon dalam tempoh kehamilan atau sewaktu kitaran menstrual.
 3. PCOS ( Polycyctic Ovarian Syndrome ) dimana pesakit mengalami masalah petumbuhan atau keguguran rambut, kulit di sekeliling ketiak atau lipatan-lipatan kulit pada tubuh menjadi lebih gelap, dan kegemukan pada kawasan perut .

Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan keadaan tekanan emosi dan psikologi yang kronik yang boleh dirawat dengan beberapa kaedah. Bagi orang dewasa, masalah jerawat disebabkan hormon tidak boleh dirawat dengan hanya membeli ubat-ubat jerawat biasa di farmasi. Masalah jerawat tersebut boleh didapati di klinik-klinik pakar kulit. Rawatan-rawatan yang diberikan pula termasuklah kontraseptif oral, ubat mengurangkan radang kulit, ubat anti-androgen atau lain-lain perubatan semulajadi yang disyorkan oleh doktor.
 Pengambilan ubat-ubatan oleh pesakit wanita boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti loya, penambahan berat badan, kelembutan pada payudara serta penghasilan titisan-titisan darah haid sebelum tiba waktu kitaran menstrual yang sebenar. Jika pesakit mengambil ubatan dari sumber semulajadi seperti meminum jus kesihatan, ia tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penghidap masalah jerawat, bergantung kepada penerimaan tubuh pesakit sendiri.

Sumber,
Dr Hasenah


Salah satu punca kepada masalah jerawat adalah masalah hormon. Ok, pada artikel selepas ini saya akan terangkan atau kongsikan kepada anda punca yang lain. Untuk ketahui punca-punca tersebut boleh rujuk artikel saya sebelum ni.

Nanti saya kongsikan pada anda solution saya kepada pemasalahan ini. Stay Tuned!

Wasalam..

PUNCA-PUNCA JERAWAT

Salam Ramadhan 23,

Lagi seminggu(lebih kurang), seluruh umat islam di dunia akan meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa iaitu Hari Raya. Saya percaya semua orang mesti nak kelihatan cantik atau sempurna pada hari lebaran ni. Kita kan nak jumpa sanak saudara, rakan-rakan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan bermaaf-maafan sesama kita.


Stress tak kalau saat ni tiba-tiba wajah mulus kita dipenuhi dengan jerawat. Jerawat yang naik besar-besar dan bernanah plak tu. Mesti 2-3 hari lagi habis lah berparut. Punah impian nak cantik pada lebaran ini. Biar kulit gelap asal bersih. Ok tak perumpaan saya tu.(hihi)


Masalah jerawat ni bukan masalah baru bagi saya. Sejak dari Form 1 lagi, muka saya yang comel ni ditumbuhi jerawat. Bukan biasa-biasa punya tau. Saya kadang-kadang malu dan kurang kenyakinan nak jumpa saudara mara dan rakan-rakan. Tak sah kalau jumpa mereka-mereka ni tak tegur pasal jerawat saya. Sedih tak? 


Sedih memang sedih, tapi nak buat macam mana kenalah tebalkan telinga dengar semua tu. Sejak bekerja ni saya selalu cuba macam-macam produk. Asal ada yang promote, mesti nak cuba. Tapi, tidak la saya main serbu je,walaupun saya nak hilangkan jerawat tak guna ni dengan cepat. Saya siasat dulu, tengok testimoni, sejarah syarikat dan kandungan produk tu. Jika saya yakin baru saya beli, kalau tak yakin makanya tak la saya pakai produk tu.


Eh, panjang pulak saya kan..Jom ke topik asal...


PUNCA-PUNCA JERAWAT

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sumber,

Dah ketahui akan puncanya, nanti kita cari solutionnya ye. Kat entry akan datang saya cerita lak rawatan yang sesuai ye. Stay tune..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...