advertisement

MIGRAIN BOLEH DICEGAH DAN DIRAWAT


Sebelum ini saya pernah menulis tentang bahayanya migrain dan punca berlakunya migrain,boleh baca di sini. Jadi, ini adalah kesinambungan artikel sebelum ni tentang langkah mencegah dan rawatan yang sesuai untuk pengidap migrain lakukan. Apa yang membuatkan saya tertarik akan menulis lebih lanjut tentang ini adalah kerana saya sendiri tidak terlepas daripada menderita migrain. Ia sering kali berlaku jika saya berada dalam keadaan "lampu merah" sehingga menganggu kerja seharian. Diakhir cerita nanti, saya akan kongsikan rawatan pencegah mudah yang saya ambil bagi mengurangkan kekerapan migrain berlaku.

Agak sukar untuk memulihkan migrain. Namun dengan mengenal pasti dan mengelakkan pencetus migrain dalam keadaan tertentu, pesakit boleh mengurangkan penderitaan akibat migrain. Jom kenali 

9 langkah cegah migrain:

1.Simpan diari sakit kepala.

Ia boleh membantu anda dan doktor memantau keberkesan rawatan. Pesakit dapat mengkaji rekod tentang perkara yang dilakukan, makanan yang dimakan dan perkara-perkara yang berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum bermulanya migrain. Ia juga boleh mengajar tentang punca pencetus migrain anda.

2.Kawal pendedahan terhadap ransangan

Cahaya terang atau berkelip kadang-kadang boleh menyebabkan migrain. Pakai cermin mata gelap pada hari-hari cerah. Cermin mata haruslah mengandungi kanta kualiti yang baik dengan panel sisi. Rehatkan mata secara berkala apabila menonton televisyen(TV) atau menggunakan komputer. Laraskan kecerahan dan tahap kontras pada skrin TV dan komputer. Ransangan bukan visual seperti aroma yang kuat juga perlu dielakkan.

 3.Beri perhatian kepada pemilihan makanan.

Ambil tahu tentang makanan, bahan makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala serta elakkan daripada mengambilnya. Makanan atau minuman dengan kafein dan alkohol adalah pencetus biasa. Oleh itu, hadkan pengambilannya sepanjang hari.

Amalkan diet yang seimbang, makan lebih buahan, sayuran, bijiran penuh dan protein yang berkualiti. Makan banyak sayuran hijau gelap seperti brokoli dan bayam serta telur, yogurt, dan susu rendah lemak. Makanan seperti ini mengandungi vitamin B yang membantu mencegah migrain.
Makanan yang kaya dengan magnesium membantu melegakan saluran darah dan memastikan fungsi sel dengan betul. Ia termasuklah kacang(terutamanya badam), cashews, bijian, germa,gandum, kacang soya dan pelbagai sayuran.

Ikan berminyak juga boleh mencegah migrain. Makanlah ikan berminyak 3 kali seminggu untuk meningkatkan pengambilan Omega-3 dan asid lemak. Jangan melangkau waktu makan, terutamanya sarapan. Rasa lapar boleh menyebabkan migrain. Makan sedikit dan kerap untuk mengelakan perubahan ketara gula dalam darah. Dan akhir sekali, minum air yang banyak.

4.Hormon memainkan peranan besar dalam migrain.

Ramai wanita cenderung untuk mengalami sakit kepala semasa datang bulan(haid). Pada masa itu, wanita perlu berhati-hati dengan diet dan rutin senaman. Pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan dan kesakitan migrain yang dialami.

5.Tidur ada waktu yang tetap

Selain memastikan anda mendapat tidur yang cukup, sebaik-baiknya rancanglah jadual tidur dan bangun secara tetap. Gangguan kepada rutin bakal mencetuskan migrain.

6.Ambil ubat-ubatan sebagai pencegah

Adalah amat penting untuk mendapatkan nutrien yang cukup. Mengambil herba dan mineral tertentu dapat membantu menangkis migrain. Kekurangan magnesium telah terbukti menyumbang kepada tercetusnya migrain.

7.Keadaan cuaca

Perubahan cuaca mempengaruhi migrain anda. Kelembapan dan suhu panas boleh meransang sakit kepala. Jadi adalah penting untuk menyedari keadaan persekitaran. Jika cuaca menjadi tidak selesa, anda mungkin perlu berehat daripada melakukan aktiviti luar.

8.Elakkan tekanan

Walaupun kita tidak boleh sentiasa mengawal tekanan, namun kita boleh mengawal bagaimana cara kita bertindak balas kepadanya.

9.Senaman

Senaman dapat meningkatkan metabolisme dan peredaran darah berjalan lancar. Berjalan kaki adalah senaman paling mudah dilakukan.

Mampukah anda mengikuti langkah pencegahan daripada tercetusnya migrain. Selain mengelakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan migrain, selalunya doktor akan memberi ubat-ubatan seperti aspirin, dan ibuprofen yang boleh mengurangkan migrain.  Harapan untuk pulih untuk pengidap migrain biasanya tidak akan sembuh sepenuhnya.

Jika anda fahami tentang point no 3 dan 6 di atas, pengambilan vitamin B, magnesium dan omega-3 secara tidak langsungnya dapat mencegah kekerapan migrain berlaku. Tahukah anda dengan memastikan terjaganya makanan harian, penyakit sukar untuk menyerang.

Mari saya kongsikan kepada anda suplemen yang selalu saya amalkan bagi mengelak sakit kepala atau migrain berlaku.

1.Vitamin B Complex

Vitamin B sangat penting bagi membantu mengawal tekanan serta penyaluran tenaga bagi proses metabolisme. Tambahan pula, vitamin B juga baik dalam kesihatan jantung, dan sintesis DNA. Untuk pengetahuan anda, tekanan hidup, pengambilan alkohol dan perskripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B dalam tubuh.

2.Ostematrix


Kandungan utama di dalam ostematrix adalah kalsium, magnesium dan vitamin D. Point no3 dan 6 langkah pencegah jelas menerangkan tentang kekurang magnesium turut menyumbang kepada tercetusnya migrain. Ostematrix jelas mengandungi kandungan magnesium yang sangat penting untuk keperluan tubuh. Malah fungsinya lebih daripada itu. Sila baca entry saya sebelumnya tentang ini

Satu lagi suplemen yang saya amalkan bagi mengelakkan simptom-simptom pra haid  seperti sakit kepala dan belakang adalah Alfalfa  Complex. Herba Alfalfa ini sendirinya terkandung magnesium, kalsium serta lain-lain vitamin. Kajian telah dilakukan bahawa mengamalkan pengambilan suplemen harian boleh membantu mengurangkan kekerapan berlakunya migrain.

Anda berhak memilih suplemen daripada keluaran apa sekali pun,  pastikan 3 perkara ini sebelum mengamalkannya. Yang pertama, pastikan ia semula jadi(bebas dadah/bahan kimia, hanya berasaskan tumbuhan, buahan, sayuran), halal(sumber yang jelas), serta selamat untuk diamalkan dalam jangka panjang. Hal ini kerana, sesetengah suplemen akan memberi kesan negatif pada tubuh jika diambil dalam tempoh yang lama.

Perbezaan Shaklee berbanding suplemen lain adalah ia sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Tiada kesan negatif yang berlaku kepada pengamalnya sehingga kini, jika ia diambil dalam kuantiti yang di sarankan. 


berminat? hubungi saya segera

Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

3 comments:

  1. ramai kata ni sakit budak bijak,,hahahahaha sy kena menda ni dri darjah 6 lg..hmmm rabun kuat dan resdung.. ada kaitan dgr kta

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu resdung mmg selalu akan sebabkan sakit kepala.. bab rabun saya kurang pasti, mungkin ada kaitan. sakit kepala yg teruk baru dikatakan migrain. dah lama kena tu.. cuba rawat resdung dulu..

      Delete
  2. Assalammualaikum... syida,

    entry nie sungguh informative.. bagus.

    mselim3

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...