Saat saya menulis entry ini saya baru sahaja selesai membaca artikel-artikel dalam Majalah Al-Islam edisi September 2014 dalam ruangan Laporan Khas. Sayu sahaja hati ini membaca dan memahami fakta-fakta yang penulis sampaikan. Rasa bertuahnya jikalau saya dilahirkan di kalangan banga-bangsa hebat seperti rakyat Palestin.
Banyak disebutkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah akan bumi Palestin ini. banyak keajaiban yang dunia dapat lihat hari ni di bumi Palestin. Ketika entry ini ditulis sudah sebulan lebih bumi Gaza diserang oleh Israhell Laknatullah(xsesuai nk istiharkan Israel tu).
BERKATNYA BUMI PALESTIN
1. Bumi Hijrah Nabi Ibrahim dan Luth
2. Allah mewariskan tanah kepada Musa A.S. dan kaumnya yg ditindas oleh Firaun dan sekutunya sebuah bumi (Semenanjung Senai)
3. Banyak penempatan yg aman makmur antara Palestin dan Yaman ketika pemetintahan Sulaiman A.S
4. Palestin sebagai tanah suci- kerana didalamnya ada Masjidil Aqsa
5. Perkataan Barakna dalam Al-Quran merujuk kepada Tiga makna:-
a)Tanah air Palestin(kami berkati)
b)penduduk Palestin(kami berkati)
c)Keberkatan yg menjangkau kawasan sekitarnya
6. Palestin sebagai bumi mujahidin
7. Tempat Tumpuan Umat Islam ketika berlaku ujian berat dan Fitnah
8. Peperangan Mukmin dan Musyrik dan Dajjal dibunuh
9. Tanda Akhir Kiamat
BERKATNYA BUMI PALESTIN
1. Bumi Hijrah Nabi Ibrahim dan Luth
2. Allah mewariskan tanah kepada Musa A.S. dan kaumnya yg ditindas oleh Firaun dan sekutunya sebuah bumi (Semenanjung Senai)
3. Banyak penempatan yg aman makmur antara Palestin dan Yaman ketika pemetintahan Sulaiman A.S
4. Palestin sebagai tanah suci- kerana didalamnya ada Masjidil Aqsa
5. Perkataan Barakna dalam Al-Quran merujuk kepada Tiga makna:-
a)Tanah air Palestin(kami berkati)
b)penduduk Palestin(kami berkati)
c)Keberkatan yg menjangkau kawasan sekitarnya
6. Palestin sebagai bumi mujahidin
7. Tempat Tumpuan Umat Islam ketika berlaku ujian berat dan Fitnah
8. Peperangan Mukmin dan Musyrik dan Dajjal dibunuh
9. Tanda Akhir Kiamat
BILA KELAHIRAN ITU LEBIH TINGGI DARIPADA KEMATIAN
Israhell terus mensasarkan kaum wanita dan kanak-kanak. Bagi mereka apa yang lebih membimbangkan adalah kelahiran-kelahiran baru, ibu-ibu yang subur terus melahirkan generasi yang baru kerana di situ akan lahirnya pemimpin yang hebat, para shuhada dan akan terus menjadi kekuatan kaum Palestin.
Statistik terbaru melaporkan dalam tempoh sebulan perang yg dilancarkan bermula Ramadan lalu, seramai 4500 bayi telah dilahirkan. Statistik telah dikeluarkan oleh pejabat Awam di Kementerian Dalam Negeri, Gaza pada tahun 2012 melaporkan, data yg menunjukkan angka kelahiran dengan kematian di Gaza adalah 15 nisbah 1.
Berkat bumi Palestin lagi ialah memiliki tanah yang subur, ikan-ikan yang banyak biarpun bekalan sumber air sukar didapati serta Zionis menyekat nelayan daripada keluar mencari ikan. Ternyata keadaan perang di Palestin tidak sama sekali dengan keadaan perang di tempat-tempat lain. Mereka tidak meminta-minta malah melebihkan saudara mereka.
Satu lagi kelebihan di Bumi Palestin yang dikongsi penulis ialah, kehebatan tentera Al-Qassam. Al-Qassam sangat digeruni oleh pihak musuh. Setiap anggotanya mempunyai begitu kuat keimanannya. Di sebalik topeng-topeng tersebut ialah pemuda-pemuda perindu Shuhada. Sesungguhnya mereka mempunyai semangat yg kental serta tidak takut mati, mengharapkan syahid serta syurga Allah.
Syarat-syarat menyertai Al-Qassam:-
@ Gigih berpegang dgn ajaran Islam
@ Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah
@ Menjaga solat lima waktu secara berjemaah
@ Berdisiplin dan mentaati pemimpin
@ Mencintai dan bersedia untuk syahid.
5 PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN- RAHSIA KEKUATAN PALESTIN
1. meninggalkan keseronokan dunia kembali kepada Allah. Telah tiba saatnya bangun mengerjakan solat subuh berjemaah
2. Solat tepat pada waktunya, mengamalkan Al-Quran serta mencontohi Rasulullah
3. Wahai pemuda, sedarlah dan hayatilah makna tanggungjawab, sentiasa memohon pertolongan Allah semoga diberi rezeki yang berkat. Janganlah lalai dengan alunan muzik serta gantikan dengan zikir
4. Wahai Puteriku, Berjanjilah kpda Allah akan mengenakan jibab secara jujur dan betul. Jadilah Ibunda Kalian, Kahdijah dan Aishah sebagai teladan
5. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian, bertawakal lah kepada Allah..
Sebagai kesimpulannya, pesanan Syeikh Ahmad Yasin ditujukan kepada seluruh umat Islam tak kiralah dimana pun berada. Dekatkan lah diri kepada Allah, lupakan duniawi yg sementara ini. sesungguhnya kiamat itu sudah dekat. Bersediakah kita?
kelahiran bayi-bayi di Palestin |
Tentera Al-Qassam sujud syukur |
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui
TABUNG AMAN PALESTIN:-
Tabung Aman Palestin Media Prima - MAYBANK 5642 7651 0331
Akaun Amanah Kemanusiaan - CIMB 8600 302489
MAPIM misi bantuan kecemasan GAZA - MAYBANK 5582 2062 1374
MERCY Malaysia - CIMB 1424 000 6561053
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA - BANK ISLAM 1202 90100 6564 3 ; CIMB 1259 0000 804 058
ABIM - BANK ISLAM 14023 01 0011219
AMAN PALESTIN -
BANK ISLAM 1202 90100 4788 0
MAYBANK 5622 6301 0787
BANK RAKYAT 2208 0619 5922
YAYASAN AMAL MALAYSIA, TABUNG PALESTIN AMAL MALAYSIA -
BANK ISLAM 1305 301 00 6474
AQSA SYARIF BERHAD -
MAYBANK ISLAMIC 551575 004299
BANK ISLAM 1209 20100 34904
PERTUBUHAN VIVA PALESTINA MALAYSIA-
RHB BANK 214 277 000 53582
Sumber diperolehi daripada,
Majalah Al-Islam Edisi September 2014
Google
No comments:
Post a Comment
Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe