advertisement

PERTEMUAN DENGAN SHAKLEE



Walaupun blog saya belum ada pengikut, saya yakin suatu hari nanti akan ada la yang berminat nak baca coretan saya yang tak seberapa ni. Saya selalu pegang prinsip ni, sesuatu yang baik haruslah dikongsi bersama. Tak guna pun kita kedekut ilmu/ pengetahuan yang sedikit tu. Lagi kita memberi lagi banyak yang kita akan dapat. Tak gitu?

Saya mengidapi masalah resdung, dah setentunya saya pun ada masalah jerawat. Saya tak tahan hari-hari bersin, muka gatal2, jerawat naik tak kira masa. Bila gatal mesti nak garu kan. Habis muka saya ni lagi teruk sebab asyik kopek je jerawat yang timbul tu. Tu pasal la muka ni lagi teruk. Masa belajar saya tak kesah sangat bab ni. Bila mula bekerja, saya terfikir jugak sampai bila nak macam ni. Saya pun nak cantik jugak macam orang lain. Bukan la mengharap cantik macam Anjelina Jolie, sekadar bagi kulit licin, lembab, serta bebas jerawat. Lubang-lubang semut tu yang paling saya benci, sebab susah nak seratakan balik. Tu ja saya nak.. tak nak ubah apa-apa yang ALLAH dah bagi.

hai AJ pinjam gambar kejap, haha

Tapi saya tak putus asa, saya cari solutionnya. Saya ni susah sikit nak percaya produk yang melambak kat pasaran sekarang, terutamanya yang iklan kat TV bagai nak rak ni. Sebab apa, produk yang bagus tak perlu iklan teruk2 ni sebab ‘Let product talk itself’. Tak gitu?

Suatu hari saya terbaca iklan pasal vitamin shaklee yang boleh rawat resdung daripada facebook. Orang yang iklan tu, kakak kepada bestfriend saya, apa lagi terus pm laju-laju. Selepas tanya itu ini, saya pun beli lah. Tapi, bukan la-la tu(bahasa apa ni) saya buat ‘payment’. 2 minggu kemudian baru saya bayar, dan barang saya pun sampai 2 hari kemudian. Apa yang saya beli masa tu ialah vitamin B complex, Vitamin C chewable, ngan Alfalfa complex saiz kecik punya. Masa dapat tu, excited gila nak makan.
 

Apa lagi punyalah skema, hari-hari makan, tanpa skip. Kena lak minum air banyak, sampai 3 liter sehari sebab nak detok badan. Mau nak termuntah saya, al maklum lah tak pernah minum banyak sampai macam tu. Tapi, sebab nak sembuh dari resdung dan nak muka ni bebas jerawat ku gagahi jugak. Lepas 2 minggu makan, rasa beza sangat kat bahagian muka ni. Gatal2 dah kurang, telinga mata pun sama. Apa lagi yang saya perasan, bersin pagi2 tu dah tak dak. Wowwiiiii cepat jugak ubat ni bertindak ek(monolog sorang2). 

Saya start makan tu 2 minggu lagi nak puasa, time bulan puasa tu saya terpaksa kurangkan dos, ada jugak terskip. Ye la kan, masa makan tu terhad. Pas raya tu baru sambung balik makan elok2. Apa yang best setiap set vitamin shaklee ni tahan lama, so jimat dah kat situ tak payah beli tiap2 bulan. 

Pas raya tu, saya mula share kat kawan-kawan. Alhamdullilah ada yang berminat, siap nak beli lagi. Saya pun tanya lah kat akak yang saya beli tu(sekarang jadi mak dalam shaklee saya), dia pun rekemen(apa la bahasa aku ni) kat saya suruh join ahli, saya kumpul2 order dapatlah dalam rm400 camtu, akak tu kesian kat saya dia pun tolong saya kumpul order bagi cukup rm600 ++, sebab nak daftar free membership. Saya pun dengan jayanya menjadi SID shaklee selepas settle daftar dan beli barang. Saya siap daftar sendiri lagi tau kat branch Penang. Pergi sendiri tau, tak ada sapa paksa saya. Hihi, semangat time tu nak join, bukan sebab nak jual ke apa, tapi sebab nak terus makan vitamin shaklee dan nak sharing kat family dan kawan2. 

Itulah salah satu perbezaan shaklee kalau korang nak tahu, biarkan produk tu yang tunjukkan bukti, tak payah wat iklan yang teruk2. Kadang2 tengok iklan kat TV, paper, majalah over je lebih. Produk tak best pun, tapi iklan tu yang mempengaruhi orang, sebab tu la produk macam tu tak tahan lama dalam pasaran sebab produk tu tak power. 

Sampai sini la dulu ok, nanti saya sambung kat entry lain pasal perbezaan shaklee berbanding vitamin lain.

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...