Hari ni terasa nak kongsikan fasal Lecithin. Nama pun leci-thin. Thin
membawa maksud kurus, sebab tu la ramai yang nak kurus tak kan sekali skip
menambahkan lecithin dalam set kurus masing-masing. Tepat dengan namanya, ianya
memang sangat bagus dalam pengemulsi
lemak. Apa yang dimaksudkan dengan pengemulsi lemak? Dalam kata yang mudah,
lecithin bertindak sebagai pemecah lemak.
Apa yang saya nak kongsikan kat sini, lecithin
bukan sekadar untuk kurus ianya lebih dari itu. Sebelum saya cerita lebih lanjut,
jom tengok apa kandungan sebenar lecithin ni.
KANDUNGAN
LECITHIN
-Asid Linoleik(essential fatty acid). Ianya
amat diperlukan oleh badan, tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan. Oleh
demikian, ianya perlulah diambil dalam diet harian kita.
-Kolin. Satu komponen neurotransmitter.
-Asetikolina. Ianya diperlukan untuk proses
penghantaran mesej di dalam otak & saraf.
-Inositol. Ialah komponen utama
membran(selaput sel) dalam tisu di seluruh badan.
Lanjutan untuk coretan saya, mari saya
kongsikan kegunaan lecithin yang paling utama:
-Untuk proses
metabolisma, kolestrol, triglycerides dan lemak darah(blood lipid)
-Membantu
mengawal paras triglycerides
-Memecahkan
dan mencairkan lemak terutamanya kolestrol(salah satu lemak jahat)
-Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di
pembuluh-pembuluh darah.
-Menurunkan
kadar kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik(HDL)
Selain itu, lecithin juga berfungsi sebagai:-
@Lecithin penting untuk fungsi otak. Dalam lecithin terkandungnya Acethylcholine yang mana
penting untuk fungsi otak dalam menetapkan cara kita berfikir, ingatan,
konsentrasi, berdiri, berjalan, makan, bercakap dan lain2. Acethylcholine
merupakan sejenis neurotransmitter yg terlibat dalam penerimaan, penyimpanan
dan penghantaran maklumat yg betul ke otak. Acethylcholine dihasilkan daripada
cholin, manakala cholin diperolehi daripada lecithin. Lecithin meningkatkan
bekalan cholin termasuk lah acethylcholine. 30% otak terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati adalah lecithin.
@Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang
mempunyai masalah angin ahmar(stroke).
Hal ini kerana, ia membantu memecahkan lemak
tersendat di pembuluh darah yg menjadi punca darah tinggi, sengal sendi
serta sejuk kaki.
@Ianya bagus untuk penghadaman. Lecithin
diperlukn untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil Bile. Bile amat penting
untuk proses penghadaman.
@Lecithin amat baik dalam memecahkan lemak termasuk lah kolestrol jahat yg mana jika
kandungan lemak tinggi dalam saluran darah pada jantung, akan menyebabkan
berlakunya masalah jantung. Jadi, secara
tidak langsung, lecithin bagus dalam
memelihara kesihatan jantung.
Jadi, secara kesimpulannya lecithin sangat baik dalam memecahkan lemak menjadi molekul kecil dan terapung dalam saluran darah.
Jadi, secara kesimpulannya lecithin sangat baik dalam memecahkan lemak menjadi molekul kecil dan terapung dalam saluran darah.
Konsultasi secara percuma
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
No comments:
Post a Comment
Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe