advertisement

Baucer RM50 Punya Pasal

Ni yang malas ni.. Aduh rasa nak gelak, nak nangis, nak menjerit geli hati pun ada tau. Ini bukan pasal syok dapat baucer RM50 tu (ada la syok sikit..hehe).. 

Alkisahnya(macam cerita dulu2 pulak), ingat tak entry pakaian muslimah I dulu tu.. Rasanya ada 2-3 orang yang tahu pasal ni, entry tu kan dari Zalora. So i dapat lah baucer RM50. 

Pas dapat baucer tu, sibuk lah masuk website dia nak beli barang. Pilih2 baik punya, pastu tak jadi beli lagi masa tu.. Dan minggu lepas, saja lah gedik2 masuk sebab berlegar-legar iklan dia kat email. Menci plak rasa iklan dimana-mana ni.. Hahaha.. Bukan apa, menganggu konsentrasi nak bekerja je tau. Hehe..

Rasa cam nak beli sandal, sebab asyik pakai wedges ngan selipar je, i nak pakai sandals pulak lah.. Bila merempit pun best sikit dari pakai wedges. Kehkehkeh..

Meh nak tunjuk apa hasil tangkapan selama 15 minit melawat website Zalora Khamis lepas. Dah la curik2 waktu kerja je tu (tak baik kan, jangan tiru aksi ini..hehe)


Kisah Orang Menang-SN

Al kisah sabtu lepas, keluar jalan2 tanpa tujuan. Sesi singgah menginggah ke mana sahaja tempat yang lalu..

Lepas puas pusing2, tengok jam, masih awal lagi kalau nak balik rumah pun tak ada apa sangat nak dibuat. Cuaca pun cerah elok ja, so next destination, singgah kedai buku lah. 

I kalau masuk kedai buku, ditambah plak memang tak ada tujuan sangat cuti kali ni, boleh habiskan berjam-jam dalam tu. Dari setiap rak ke rak I ziarah. hehe..

Dalam dok pusing sana, pusing sini, eh, terjumpa ngan mak cik I dengan anak-anak dia tengah memilih buku2. Anak dia 6 orang semua diangkutnya sekali. 

So, I pun apa lagi, tolong adik2 sepupu I pilih buku latihan, buku rujukan yang boleh membantu dalam pembelajaran depa nanti. Seronok sepupu I yang kecik2 ni haa dok memilih buku warna, buku cerita dan pensel warna.

Si kakak ni dapat Baucer buku 1 Malaysia tu.. Masih berbaki 4 keping kupon (RM200), tarikh akhir 30 Jun nanti, so dia pun decide nak habiskan semua nilai kupon tu untuk beli buku adik2 dia. 

THANK YOU FARRAH MF






Thank you soooo muchhhh Kak Farrah untuk sticky notes with cover yang comel sangat.

And paling best tu warna merah. i like it.. Rasa sayang nak guna sticky notes tu.. Hahaha...

Ada kad sekali tu. Made with love katanya. Thank you Kak Farrah.. 

Zoom sikit
"Life is better when you're laughing"
(so meaning)

Sticky notes




Untuk yang mungkin tak kenal lagi Kak Farrah , U ols boleh singgah2 ke 'Tower' dia.

Kak Farrah bukan saja ramah, malah any sharing kat blog dia memang sangat awesome.

Nak belajar craft?
Nak belajar kod2 gitar?
Nak resepi masakan?

Macam2 hado kat blog dia.
Sekali datang mesti nak datang lagi..
Nak belajar buat sticky notes comel tu boleh ada tutorialnya.
Mudah dan simple aja..

Kak Farrah adalah one of my favorite blogger and isi2 blog dia pun sangat berguna. I always enjoy reading all the sharing from U Kak Farrah.
Thank You again Kak Farrah MF













Akaun Vs Bank

5 tahun dahulu..

Benar keputusan aku ambil untuk menerima tawaran ini. Aku tidak boleh menolak lagi. Kali ini tempat belajar adalah yang paling dekat yang ada dengan rumah serta masih dalam negeri Kedah. 

Jelas tertulis pada surat tawaran " Anda diterima mengikuti Diploma Perakaunan selama 6 semester di U......" .Berita ini disampaikan kepada mak dan abah. Sekali lagi aku lihat mak dengan abah gembira. 

6 bulan lalu, aku telah diterima belajar di UPM, tapi aku terpaksa tolak atas sebab yang sangat penting. Selepas penolakkan itu, aku tak berhenti berdoa, semoga ada tawaran lain.

Dari mulut ke mulut, hebah berita aku berjaya melanjutkan pelajaran. Mak ngan Abah tidak berhenti bercerita. Gembira sungguh mereka berdua. Seminggu sebelum mula pengajian, diadakan majlis kesyukuran secara kecil-kecilan dirumah. 

Biarpun wang belanja kurang mencukupi, mereka tetap ingin mengadakan majlis kesyukuran tanda kegembiraan dan menjemput jiran tetangga dan saudara mara datang dan mendoakan aku berjaya. Sungguh terharu..

Abah, sungguhku tak mengertimu..

Seronoknya tengok mereka buat sambutan hari jadi untuk ayah mereka. Meriah, dengan kek, hadiah dan makan malam bersama keluarga. Cemburu plak rasa.

Eh, apa nak cemburu, aku pun ada ayah. Aku panggil dia 'abah'. Biarpun umur abah sudah 50 siri. Abah masih kelihatan ganteng kata orang.. 

Banyak-banyak manusia yang aku kenal, abahlah manusia yang susah aku nak paham. Mana tak nya, sudah lebih 20 tahun aku mengenali abah. Tapi, aku masih kurang jelas dengan kehendaknya.

Abah aku tidak romantik, tidak pandai menunjukkan kasih sayang seperti ayah orang lain. Bukan jenis yang nak belai-belai manja anak-anak atau mak aku sendiri.

UPDATE: SEMAKAN AKHIR SEBELUM MELANGKAH KE PINTU USM (e-PJJ USM SESI 2015/2016)

Bersambung lagi.. Jangan bosan ye kepada pembaca yang tak terlibat. Alang2 ada yg bertanya sebelum ni. Jadi I pun rasa nak update. 

Mungkin ni last update, pasni kita tunggu daftar dulu lah, baru sharing sini lagi k. 

Buku panduan dah boleh di download. Untuk memudahkan kerja, print la buku panduan tu ye. I just print borang dan beberapa rujukan yang akan digunakan nanti. Mana nak dapat buku panduan, boleh refer kat website tu k. Atau boleh klik link >>Buku Panduan 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...