Selepas dapat testimoni dari customer, baru berani up entry kat sini.. (hehe).. Bukan apa, nanti beria kita share, last orang tak suka pun hasil kerja kita. Al maklumlah budak baru lepas belajar, mestilah hasilnya pun tak berapa baik kan.
Dari banyak-banyak baju yang I jahit (bolehlah dalam 10 helai camtu), yang ni paling susah. Yang susah tu bukan apa, baju contoh yang I dapat tu baju yang kecik sikit dari tuannya(tuan badan dah besar). Dah tu first time nak buat dress budak. Baju budak ngan orang dewasa, I rasa susah budak lagi tau (pada I lah)..
Nak ukur tu puas U ols.. Pusing sana, pusing sini.. tambah sana, tambah sini.. Lepas tu tak puas hati lagi, buat lagi sekali.. Lepas tu edit lagi.. Fuhh! berpeluh nak ukur pun..(baju contoh lupa nak snap gambar)..
Ini lah rupanya dress tu.
Kasi tayang sikit, kembang2 tu
Gambar yang dihantar kat whatsapp I pada hari raya tu. Tuan badan baru 6 tahun.
Selain dress, dia ada tempah baju kurung. Baju kurung biasa.
Baju kurung ni tak susah sangat nak jahit sebab baju contoh tu kira ok dah saiz dengan tuan badan, so tak payah sibuk-sibuk nak tambah saiz..
Tuan badan tu anak sedara sepupu I (anak akak sepupu).. Walaupun kami tinggal dalam negeri yang sama (pulau pinang), tapi dia kat Pulau, I kat seberang ni. Dek kekangan kerja, mana nak sempat jumpa, sebab tu pos aja kain ngan baju contoh..
Alhamdulillah menjadi jugak baju ni.. gelisah jiwa tau nak menjahit baju orang.. Tapi kira nasib baik menjadi.. Risaunya mengalahkan orang nak masuk meminang (jeling Sis JM, haha)..
Untuk Akak (kalau baca entry ni),
Thanks sebab percaya jari jemari ni nak jahit baju anak dara akak yang comel tu.. Since orang dok meniaga lagi, akak rajin support.. Thank you so muchh.. Kalau sudi, lain kali tempah lagi.. Hehe..
Untuk U ols, Thanks sebab sudi baca.. Selamat hari raya (selagi dalam bulan syawal, selagi tu nak ucap raya..Hehe)