advertisement

JUMLAH AIR MENGIKUT BERAT BADAN

SUMBER: FACEBOOK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Badan memerlukan lebih 70% air. Jadi minumlah air secukupnya ya. Boleh refer panduan diatas, berapa jumlah air yang diperlukan. 

Kalau u ols mengambil ubat-ubatan dan suplemen, seeloknya dilebihkan sedikit air supaya membantu proses penyerapan dan perkumuhan. 

Air kosong ye tu, bukan air manis. Kalau air manis menambahkan lagi gula dalam badan. 

"kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman".

happy blogging semua and salam jumaat..

Widjet tak function..


Widjet apa yang ai maksudkan??

Tengok kanan, kat bawah sekali.. ada nampak apa-apa yang kurang kat situ?


Ada tajuk ja.. 

"TERIMA KASIH DAUN KELADI"

"KOMENLAH LAGI"

Adussss... dah berkali-kali daku tukar.. siap letak dua lagi.. tak boleh jugak..

Tak dapat lah den nak tengok top komentar kat blog ni..

Nak kira satu2, mau migrain plak nanti. Haha..

Ada tak yang sudi nak tolong.. Huhu..

Nak jugak tahu siapa rajin tinggal komen sini.. hehe.. 

Geram ja nengok blog lain updated top komentar bulan ini, tahun ini.. ai punya tak dak plak.. huhu

Malas dah eh nak gelebek.. Lantak pi lah..

P/s: macam lograt dah keluaq.. hehe..


Waah, kenangan..

Minggu lepas mak call cakap almari buku ai kena serang anai-anai.. Oohh, sedihnya buku-buku dan khazanah alam yang ai simpan musnah, hancur lebur dek anai-anai. Tak pernah-pernah my house kena serang anai-anai. Sekali kena habis buku-buku ai.

Sadis gila tengok buku-buku tu musnah cam tu je. Nak beli bukannya murah and bukannya senang dapat. Ai kan memang jenis yang sayang buku. Dulu kan masa sekolah rendah, ai simpan buku dari tadika lagi. Sekali mak nak buang, boleh nangis ooo.. sedih.. ilmu tu..

Dek kerana rumahku yang tak besar, jadi ruang menyimpan makin lama makin kecik, terpaksalah musnahkan buku-buku tu. Yang tinggal sekarang koleksi buku-buku teks masa form 6 and masa diploma ja (sempat lower 6 ja). 

Maksud Bacaan Dalam Solat

Mengetahui maksud setiap bacaan dalam solat boleh membantu kita untuk lebih kusyuk. 
Comel je tengok komik kartun ni. Boleh buat panduan buat kita. Tengok ramai yang kongsikan kat FB, jadi ai ambik simpan sini. Mudah nak buat rujukan balik nanti. Kalau kat FB lama-lama nanti hilang.



Dapat "complain" dari customer company

Isnin dah hari ni. ehh, macam kejap ja masa berlalu. Ai ada cerita kat entry lepas pasal stress kan ngan kerja. Stress kejap ja, bila balik ja rumah semua dah tinggal kat office. Thanks kat kawan-kawan n kawan2 blogger yang tinggalkan kata2 semangat buat ai.

Ala stress kerja ni biasalah kan. Semua orang merasa. Kecuali kalau kerja dia goyang kaki. eekk!!..  Hehe.. 

Pagi ni datang lambat. Huhuu.. datang direct dari kampung. Subuh-subuh dah keluar. Tak sangka plak leh lambat, selalu ok ja sampai on time. Maybe sebab bawak slow je kot tadi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...