advertisement

Patutnya tolong bukannya gelakkan dia

Ai kan paling geram ngan kawan-kawan atau siapa sahaja yang berperangai macam ni...

Dah nampak kawan tu jatuh longkang, sah-sah la dia sakit, yang kau pi gelak bagai nak tercabut jantung tu pasal apa. Tahu la geli hati kau, gelak sikit-sikit cukup lah. Berdarah kaki budak tu ai tengok, boleh plak kau biar dia terhegeh-hegeh bangun sendiri. Yang kau tak habis-habis gelakkan dia.

Kelakar sangat la dengan kesakitan orang lain tu. Fuhh,... sabar ye makk (cuba tenangkan diri ai sendiri..haha). Apa hal ai plak yang emo, bukan ai yang jatuh. 

BADAN BERBAU BOLEH HILANG KENYAKINAN



What is body odor? Apa yang menyebabkan badan berbau ni? Bukan berbau harum bak mawar kasturi ni berbau masam yang boleh memeningkan orang yang membau.. (belit tak ayat?)

Muka cantik macam bidadari syurga sekali pun kalau masalah badan berbau ni memang spoil seluruhnya. Macam mana nak atasi masalah badan berbau ni? Kena mandi bunga tiap tiap hari ke. Ehh, bukan ka mandi bunga untuk naikkan seri. Berseri la sangat kan kalau badan still berbau. Cukup kah dengan sapu deadorant dan pakai minyak wangi??

HOUSEMATE TAK BERTEGUR SAPA

10 bulan tinggal sekali, rasanya boleh kira berapa kali ja sembang dengan housemate ai yang sorang ni. Apa masalah dia pun ai tak tahu. Dan apa salah ai kat dia pun tak tahu.

Well, kami menyewa 3 orang, yang sorang lagi tu engineer (miss K), dia paling tua dalam rumah tu, pastu ai tengah-tengah, dan sorang lagi housemate paling muda (Miss A). Yang paling muda ni la tak nak bergaul dengan we all berdua. Apa salah kami, aci tak mau tegur.. Hukhuk..

Apa yang membuatkan ai terkilan tu, masuk rumah tak reti nak bagi salam, sah-sah dia nampak ai terkojol depan tv atau tengah makan. Ruangan makan pun betul-betul depan pintu masuk (apartment macam tu la, sempit ja). Yang lagi pelik tu kan, kalau ai atau Miss K balik, then dia tengah tengok tv, mesti cepat-cepat je dia tutup tv ngan kipas lari masuk bilik (???)..

Photo Card GiveAway







Bersegmen lagi.

Ni blog baru ai follow, join pun sebab nak tambah-tambah rakan blogger. 

Kalau ada rezeki dapat photo card yang cantik2 tu Alhamdulillah laa..

So sesiapa yang berminat nak join juga, klik2 la kat atas tu..



Photo card from Korea.. No no KPOP..Haha..

PROMOSI BERKESAN DARI QU PUTEH

Sangat hebat orang memperkatakan tentang Qu Puteh sekarang ni. Tahniah buat Datuk Vida (Datuk ke Datin?Confius) sebab berjaya meninggalkan kesan kat hati penonton. 

Nak layan AJL (anugerah juara lagu) pun tak ada mood sebab iklan tu menganggu jiwa raga. Kerap sangat pasal Qu Puteh ni sampai naik muak tengok. Sampaikan belakang stage, time Juliana tu pun dok sibuk ke produk tu. Siap ada selingan daripada geng Titan dan Achey. 

"Qu Puteh,Qu Puteh barulah putih". Kadang-kadang lawak pun ada dengan iklan ni. Tergelak juga tengok, tapi bila dah sampai setengah siaran, rasa macam nak termuntah pun ada.

Apakan daya kan, dia taja AJL, kena la hadap juga walaupun naik menyampah. Ai bukan tak mau support produk melayu ke apa, ai pun guna banyak produk-produk melayu, ada juga siap promote ke kawan kalau ada testimoni (promote suka2 tak dapat apa pun).

KENAPA WANITA HAMIL MENGALAMI ALAHAN

Kesian pulak tengok kawan-kawan, sedara mara yang muntah-muntah semasa awal kehamilan. Ada plak ai tengok dah nak masuk 6 bulan pun dok alah lagi. Muka nampak kusam, letih dan tak bermaya. Mana dengan nak bekalkan nutrisi untuk diri, baby dalam perut lagi. Asal makan ja muntah, asal muntah ja mesti dah makan, hihi..

Sampai terfikir sendiri, kalau nanti ai diberi kesempatan merasa saat-saat tu, ai pun akan macam tu ka. Kalau demam 2-3 hari muntah-muntah pun dah rasa macam nyawa dihujung tanduk(overnyeeerrr), ni kan pulak berbulan-bulan. 9 bulan tu nak mengandung. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...