Dah
lama ai teringin nak makan cheesekut ni. Nak beli yang siap dah tu tak jumpa
plak dekat-dekat rumah sewa ai ni. Bagi memenuhi hajat ai (perasan ja memenuhi
hajat, dia yg nak makan la) housemate merangkap office mate merangkap best
friend ai tolong buatkan. Hihi.. Apa-apa jala kan, yang pasti bila dia buat ai
pun dapat tumpang sekaki. Haha.. Thanks la my lovely friend. Huhu
Ai
Cuma tolong sikit-sikit ja. Lebih sibuk nak ambik gambar ja sebenarnya. Lepas
tu, yang mana lebih-lebih tu ai tau nak masuk mulut ja. Huaaaahahaha..
Ok,
mungkin ada yang teringin kan, u ols boleh buat sendiri ja, senang sangat tau
nak buat cheesekut ni. Tak payah pun nak bake atau boil atau kukus ka. Kacau
dan celup-celup ja, pastu susun-susun. Jom tengok camna nak buat cheesekut ni.
Memandangkan
my friend ni makan Meal Shake Shaklee tu jadinya kita orang tambahkan resepi ni
dengan meal shake. Untuk u ols yang makan Meal Shake, ESP, Cinch Shake atau
Collagen powder boleh lah tambah sekali untuk memperbagaikan resepi nak makan
suplemen tersebut.
Bahan-bahannya
adalah.....
1.Cream
cheese – we all guna Tatura punya brand, 250 gram (berat tu ikut la kesesuaian
ye, kalau nak buat banyak, lebihkan atau sebaliknya)
2.Biskut
cream crackers Hup Seng (brand apa pun tak kisah sangat asalkan cream cracker
la baru sedap)
3.Susu
full cream (kalau low fat nanti macam tak sedap ja), we all guna Good Day yang
kecik tu ja, sebab sikit ja pun nak guna. Sesuai la dengan cheese tu.
4.Lemon
(tak nak letak pun tak pa). Perahkan sedikit ja.
5.4
sudu makan Meal Shake. Kalau ada letak lah.
6.Nestum.
kalau tak nak letak pun boleh, yang ni ikut suka lah.
7.Nuttela.
yang ini pun sama, tak nak letak pun tak apa, ikut suka hati lah.
8.Satu
sudu makan susu pekat manis. Apa-apa brand pun boleh.
|
Ni lah bahan-bahan yg we all guna. Resepi penuh dari my friend la, Ai mana reti buat. huhu |
Cara-cara
membuatnya
1. Blendkan
cheese dengan sedikit susu segar (3-4 sudu makan), susu pekat manis dan meal
shake. Blendkan bagi sebati ja. Kalau tak nak blend boleh juga putar/pukul
dengan sudu sahaja. Nak senang blend la. Kemudian letak perahan lemon sedikit.
|
Nilah hasil selepas di blend |
2.Lepas tu, letak sedikit air panas
dalam mangkuk, atas mangkuk tu letakkan bekas yang berisi susu segar. Ini sebab
nak panaskan sedikit susu.
|
Nampak kan mangkuk yg kat bawah tu, yg tu ada isi air panas. Yang loyang kat atas tu letak susu segar. Sikit ja, tak payah banyak sangat |
3.Rendamkan biskut ke dalam susu
tadi. Pastikan tidak direndam lama. Tips, balikkan biskut sekejap sahaja
kemudian susun didalam bekas.
4.Apabila dah siap selapis biskut,
layerkan pulak dengan cheese.
5.Ulang step 3 dan keempat. Boleh
jugak layer cheese di selang dengan Nuttela dan Nestum. Kalau tak nak letak
nuttela dan nestum, layerkan sahaja cheese dan biskut.
6.Buatlah
sampai habis cheese. Last sekali pastikan lapisan cheese ye. Bahagian atas
sekali bolehlah dihias.
|
Yang ni lapis yg di tabur nestum, nyummmmm |
7.Lepas
tu, simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan bila sejuk. Nanti senang nak potong.
Cadangan
: jika tak nak letak Nuttela/Nestum boleh lebihkan sedikit susu pekat manis.
Ini supaya kek nanti tak la tawar. Nuttela dan nestum ni ada rasa.
Lagi
satu untuk hiasan atas sekali u ols boleh letak buah-buahan seperti strawberi, kiwi, buahan campuran dalam tin. Yang we all letak ni biskut oreo ja. Hihi.
Hiasan boleh ikut u ols lah apa pun.
Ok
siap cheesekut we all.. Ok we all nak makan dulu. Jemput ye.. nyum..nyum..
Alhamdulillah...