LEMAK PANJANGKAN USIA
LEMAK
selalu dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Namun tanpa penggunaan lemak,
masakan yang dihasilkan juga pastinya kurang sedap. Malah lemak sering kali
menjadi trauma buat individu yang dalam proses menguruskan badan.(macam saya,
hihi).
Akan
tetapi, apa kan daya tak semua lemak bersifat jahat dan mengingkirkan semua
lemak adalah tindakan yang kurang bijak. Proses biologi di dlm tubuh masih
memerlukan lemak bagi memastikan berjalan lancar.
JENIS-JENIS
LEMAK
Lemak
terbahagi kepada 3 iaitu lemak tepu, lemak tidak tepu dan lemak trans.
1.
Lemak
tidak tepu
Iaitu
terbahagi kepada lemak poli mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu. Lemak jenis ini adalah lemak ‘baik’ yang mana
berperanan meningkatkan kolestrol baik(HDL) serta menurunkan kolestrol
jahat(LDL), malah dapat meningkatkan kesihatan jantung. Bukan tu sahaja, lemak
poli tidak tepu penting bagi mengawal paras kolestrol secara keseluruhan.
Sumber lemak tidak tepu ialah kekacang, bijian, sayuraan, soya, dan brans
beras. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan beberapa jenis asid lemak yg
diperlukan untuk kesihatan. Ikan laut dalam seperti salmon, tuna, sardin
makerel membekalkan asid lemak perlu omega-3 yg penting utk memerangi LDL,
melawan keradangan dan melindungi sistem otak dan saraf.
2.
Lemak
tepu
Minyak
dan lemak tepu selalunya dihindari oleh kita sebab ia bersifat ‘jahat’. Ia
boleh menyebabkan peningkatan kolestrol jahat(LDL) yg boleh menyebabkan sakit
jantung. Pengambilan yg berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol dlm darah
dan boleh menyebabkan strok dan sakit jantung. Kandungan lemak ini haruslah
tidak melebihi 7 %. Ia terdiri daripada minyak kelapa, minyak isirung sawit dan
lemak haiwan.
3.
Lemak
trans
Inilah
lemak yang paling ‘mengancam nyawa’. Walaupun kita ambil dalam kuantiti yg
sedikit tapi secara berterusan ia tetap memberi kesan. Ia bukan sahaja
meningatkan kolestrol jahat malah mengurangkan kolestrol baik. Antara implikasi
yang akan berlaku jika kandungan lemak trans berlebihan adalah meningkatkan
risiko penyakit jantung, strok serta
menjadi penyebab kanser dan diabetes. Sebolehnya elakkan pengambilan makanan yg
diproses. Hampir semua makanan tersebut mengandungi lemak trans seperti mee
segera.
TIP
MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK
- Makan ikan terutamanya ikan salmon(sekurangnya 2 kali seminggu)
- Guna kuali leper kerana ia memerlukan kurang minyak berbanding kuali lengkung.
- Had makanan bergoreng
- Pilih kaedah memasak seperti kukus, rebus, celur dan bakar.
- Guna tuala kertas untuk melapik pinggan
- Gantikan santan kepada susu
- Buang lemak pada daging dan ayam terutamanya kulit ayam
- Hadkan pengambilan marjerin,mentega, makanan yg mengandungi banyak lemak dan snek.
Jadi, macam mana? Anda dapat fahamkan
bahawa lemak ni tak semua jahat. Kita masih memerlukan lemak Cuma harus dihadkan
pengambilannya dengan tidak melebihi 30-35 % daripada kalori harian.
Ok lah sini dulu ye.. nanti sambung
lagi..