advertisement

Showing posts with label NUTRISI SIHAT. Show all posts
Showing posts with label NUTRISI SIHAT. Show all posts

PILIHAN MUDAH KETIKA LAPAR DENGAN MENGAMBIL MAKANAN SEGERA



Ketika dalam keadaan terlalu lapar dan penat, kebanyakkan akan memilih makanan segera seperti mee segera kerana ianya mudah dan cepat disediakan. Selalunya sesuatu yang mudah dan cepat memang mempunyai risiko bahaya yang tinggi. 

Pasti anda(mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli semua makanan ringan itu. Antara contoh makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan ialah mee segera, kentang goreng, burger, makanan ringan (jajan) dan air bikarbonat.

Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu.

Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.

Kesan mengambil makanan segera


  1. Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
  2. Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
  3. Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
  4. Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
  5. Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

Kita tahu kesannya pada kesihatan, akan tetapi masih ramai yang memilih untuk tetap menikmati makanan segera. Sesetengah makanan segera memang memberi kenikmatan ketika menikmatinya, hanya sedap di mulut, tetapi akan menderita tubuh badan.

Alangkah kesiannya anak-anak yang masih kecil diberi makanan serupa itu. Jika diamati balik, ianya serupa sampah. Sesetengah makanan segera lebih mahal berbanding makanan yang lebih berkhasiat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...