advertisement

Raya lah betul-betul

Dah nak penghujung Ramadan U ols, camna puasa tahun ni? ok ke K.O.. 

Syawal disambut dengan meriahnya, bermakna Ramadan semakin dilupakan. Apa erti Syawal buat kita? Bagaimana pula erti Ramadan? 

Syawal adalah bulan menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa dan berlumba-lumba melakukan ibadah sepanjang Ramadan. Tapi persoalannya.....

1. Menangkah kita kalau puasa hanya niat menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja?
2. Menangkah kita kalau puasa tapi tidak solat?
3. Menangkah kita kalau tidur itu lebih banyak dari beribadah?
4. Menangkah kita kalau Syawal lebih diutamakan berbanding Ramadan itu? Persiapan syawal dibuat dari Syaaban, Rejab sehinggalah Ramadan.
5. Menangkah kita kalau Ramadan kita langsung tidak memberi perubahan?

Menangkah kita?!!

Bak kata pepatah SS "tepuk dada tanya sakit ke tidak" (hehe)

Ok lah bab tu, kita sendiri mau ingat lah ye.. Tak kan nak heboh satu dunia kita baca Quran, kita sembahyang.. ye dak? Hal tu biarlah antara kita dengan Sang Pencipta aja yang tahu. Untuk memelihara dari sifat riak.

Nanti raya, rayalah betul-betul k. Camna betulnya tu?

Selain kunjung mengunjungi yang selalu menjadi tradisi kita, erti kemaafan pun yang patut kita pandang serius. Alang nak bermaafan, buatlah betul2. Jangan masa salam tu je manis mulut, manis muka.. Dah keluar rumah, masuk kereta mula mengumpat tuan rumah jamu juadah tak sedap lah, duit raya kedekut lah.. Macam2 lagi lah..

Hah, bab duit raya pulak satu hal.. Ajar anak kita tu erti hormat dan salam pada saudara mara atau tuan rumah bukan ajar anak minta-minta. Minta-minta duit raya pada orang lain dah umpama mengemis di Aidilfitri plak. Dah tu siap perli-perli tuan rumah kalau tuan rumah lupa atau bagi sedikit. 

Ajar anak-anak simpan dulu sampul, bukalah bila dah keluar rumah atau masuk kereta ke. Ni depan2 kau dah buka, seolah mengharapkan nilai yang besar. Buat muka plak bila dapat sikit. Ni cerita benar lagi betul berlaku kat I, bukan orang lain U ols, sedara sendiri jugak. Memang lah ada gelak tawa, ntah gelak betul2 atau dibuat2 (Waallahua'lam). 

Ada tu spesis mak ayah, siap cakap lagi, anak kami ada 4, 2 ni je yang ikut, mai la duit raya untuk anak lagi 2 orang, kira bagi kat aku ajelah, nanti aku sampaikan kat anak-anak.. EEEE rasa macam nak lempang je muka mak bapak serupa itu. INGAT! mak ayah tu model terdekat anak-anak. Jangan salahkan anak-anak dulu, lihat ibu bapa mereka tu dulu.. 

Lagi bab duit raya yang I tak gemar dengan budak2 zaman sekarang ni, datang rumah kita bagi salam bukan main U ols, masuknye idak.. Berdiri depan pintu (siap beratur), katanya "kami datang tak nak makan, nak duit raya je".. Bunyi macam kelakar pun ada kan, tapi sikap ni tak baik tau, kalau dibiar, seolah anak2 datang mengemis bukan beraya.. Renung-renungkan lah..Kau nak meraya atau mengemis?

I kan kalau macam ni, tak layan je, biar diorang.. Ingat kita apa, pengedar duit ke apa.. hurm sedih tau tengok budak2 camtu.. Tak nak makan pun tak pa, masuk ajelah sekejap.. Faham, mungkin dah kenyang.. Masuk beraya dulu.. At lez kita dapat kenal jugak budak2 ni, tanya sikit anak siapa kan.. Kita kan hidup bermasyarakat.. Tak gitu? 

Panjang pulak bab duit raya U ols.. hehe.. Point lain la plak ye.. 

Jangan membazir!! Rayalah seadanya, jangan suka membazir.. Asal raya ja semua nak baru. Kereta pun nak tukar2 baru.. Kalau belum ada kereta tu ok lah kan plan nak beli time raya sebab banyak diskaun (hehe).. Ni tak jenis suka tukar baru je time raya.. Pas raya semput nak membayar hutang plak. 

Next, adab berkunjung time raya, kalau tak suka juadah tu, janganlah dikutuk plak (walaupun tuan rumah tak dengar). Suka makan, tak suka biarkan. Hah, lagi satu, tak payah ditanya lah kuih ni beli ke buat sendiri ke, makan ajelah kalau nak makan, banyak tanya plak.. Haha..

Tak payah nak belek2 sangat hiasan dalam rumah orang tu, makan cepat salam bersalaman dengan seikhlas hati, dah balik.. Tuan rumah pun nak keluar beraya, tak payah nak lama2 sangat ye.. 

Jangan membazir makanan tau, makan sikit2 dulu, rasa nak lagi baru tambah.. Jangan letak banyak2 pastu tak habis. Sian tuan rumah tau, buat penat2 last masuk bakul sampah aje, siapa nak makan sisa kita tu. Lagi satu, janganlah dilicinkan balang kuih tu untuk kita ja, orang lain pun nak makan. Mana tahu, tuan rumah tak buat bekalan yang banyak (kan barang semua mahal sekarang).. Banyak pulak jangannya kat sini eh.. bukan apa pesan-pesanan..

Banyak benda kalau nak disenaraikan, kita fikir sendiri ajelah ye, kang cerita bab rumah terbuka besar-besaran, cerita bab aurat, cerita bab pergaulan, bila nak habis daaaa... 
Raya-raya juga ye U ols, keselamatan kena ja k. hati2 dijalan raya.. Jangan jadikan raya ni yang terakhir buat kita.. (La haulawala)

Raya ni, memang I offline lah ye selama seminggu.. Selamat hari raya maaf zahir batin semua.. Hati2 dijalan ok..























20 comments:

  1. banyak betul pesanan cik Syida sempena raya ni..so far tak pernah la jumpa bebudak datang rumah dan cakap 'kami datang nak duit raya'..kalau ada, memang aku perambat balik..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya budak2 kawasan kak sal ye.. sini camtuhlah.. kadang wat tak tahu ja..

      Delete
    2. bebudak Ampang ni mak bapak kaya kot, tak heran..

      Delete
    3. Alaaa akak baca pesanan raya betul2 ni lepas raya ;)

      Delete
  2. Urut2 dada Wan Maimunah... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok urut dada org watpa.. dada sendiri dah kempis ek.. haha lariikkk

      Delete
  3. Tilam raya baru... Jangan lupa.. He He He...

    ReplyDelete
  4. Ygn penting buat yg terbaik dlm apa juga hal, Tak kiralah bab berpuasa atau beraya dan memdidik anak dan diri sendiri. Semua ada landasan dan peraturan kita kena selalu ingatkan diri kita ni... kakakni kalau baca macam ini suka - buat peringatan kan:)

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
  5. alamak!!! memang lah tak MENANG sbb semingga sebelum raya dah tinggal puasa..mcm mana nih Suida...ke di kecualikan :-)

    ReplyDelete
  6. Wah!!!! byk betul pesanan Suida...good!!!! semua situasi yg suida ckp tu sis JM pernah hadapi...baru2 ni di opis ada masukkan duit dalam sampul..nak beri kepada anak2 kawan satu opis, so datang sorang kawan kat tempat nampak sampul tu..boleh lak ckp ni duit raya utk anak aku ke..isshh GELOJOH!!! ntah org zaman skrg mcm dah kurang beradab

    ReplyDelete
  7. hmm.. elok muhasabah balik lepas bulan ramadhan ni..


    salam aidilfitri...
    maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  8. Salam syawal untuk sekua blogger2 hebat...

    ReplyDelete
  9. bab bebudak buka sapul duit raya depan tuan rumah tu , memang nak kena ajar adap . elak tuan rumah kecil hati dan malu . maklumlah , mrk bagi rm ikut kemampuan mereka ...

    ReplyDelete
  10. haaa amek kau QA da bebel sakan.. heheh..
    raya kalo ikut fam CT kan.. hehe raya first je. lepas tu xde jalan sngt unless kalo kat bangi.. org mmg dtg rumah x putus.. atuk dlu ketua kg so mcm habit dah..

    ReplyDelete
  11. wah terbaik entry ni syida. setuju dengan semua yang disenaraikan di atas
    YY sendiri pun puas mengajar anak-anak supaya jangan minta duit raya
    jangan buka sampul, kalau buat juga...jaga kau dalam kereta nanti

    banyak parents bersungguh mengajar anak supaya jadi pandai
    tapi bab manner, allah...tepuk dahi
    bukan nak kata anak awak baik...dak. tapi benda tu penting dalam kehidupan
    tak guna anak cerdik pandai kalau tak ada manner

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...