I buat ni antara waktu rehat selepas penat mengadap buku-buku yang tebal nak 'mampus'. (Hahaha). Ala, ini tak ambil masa yang lama pun. Nak rehatkan otak dari mengadap buku-buku jangan pergi tidur, kononnya nak tidur setengah jam nanti sampai berjam-jam pulak.
Apa yang I buat? Jom skodeng..
1. Cover untuk stereng kereta.
I gunakan kain yang sedia ada di rumah. Ni selimut lama I, dengan cuaca kita sekarang ni, selimut tak berfungsi pun. Lagi pun I ada comfoter dah. Ni beli pun sebab suka dengan coraknya. Cantik kan?
Ngauuummm... Harimau mengaum.. Hehe.. Untuk nak hasilkan ini, tak perlu ada mesin jahit pun boleh. I tak gemar sangat nak kongsikan yang guna mesin jahit. Sebab bukan semua orang ada kan?
For your information, I buat ni tak guna mesin jahit pun. I jahit guna tangan ok? Termasuk dengan getah. Susah tak? Tak susah pun U ols.. Guna getah yang lembut ja, tak payah guna getah yang keras, nanti susah nak regangkan getah sambil nak jahit.
Ini rupa kainnya. Sikit je I guna untuk projek kecil-kecilan ni. Yang selebihnya masih boleh guna untuk selimut. Haha.. Kainnya jenis yang berbulu-bulu dan memeri. Kain yang memeri baru ok nak buat cover stereng ni.
1. Potong kain ikut saiz stereng. Yang ni kena ikut stereng kereta masing-masing. Untuk saiz stereng kereta abah I,
Lebar = 3.5".
Ukur lilit/panjang = 45"
Tapi ingat, masa nak potong jangan lupa lebihkan basi dalam setengah inci setiap arah.
Dah macam ulat bulu plak. Geli plak tengok masa ni.. Hahaha
2. Jahit getah pada kiri dan kanan. Panjang getah ialah 3/4 daripada ukur lilit. Masa menjahit jangan lupa regangkan sampai hujung. Kalau guna mesin senang lah bahagian ni. Kalau guna tangan, tak susah pun.. Pastikan getah lembut.
3. Kalau tak nak renda-renda (ropol) kat hujung, jahitkan getah betul-betul hujung kain. I nak dia ropol-ropol sikit, so I jahitkan getah ke dalam sedikit. Dan kecilkan sedikit lebar kain. Pandai-pandai lah ejas ok ;)
4. Setelah siap jahit getah, sambungkan kain. So, hasilnya macam dalam gambar tu. Pastu siap. Senang sangat U ols.. Tak sampai sejam pun. Kalau guna mesin lagi cepat I rasa. I buat ni kat rumah sewa, so tak ada mesin. Sebab tu jahit guna tangan.
Disebabkan kain berbulu-bulu, tak nampak jahitan yang tak cantik tu. hehe..
Tak perlukan kos yang tinggi untuk hasilkan sesuatu yang cantik.. ;).. betul tak Kak Farrah?
P/s: Hurm...rasa macam nak buat cover untuk kusyen lah.. Kain pun macam cukup ja. Nanti bila lapang, boleh lah buat. ;).. Will continue......