advertisement

DIY : STERENG CAR COVER

Projek menghias kereta lama. Nampak tak berseri kereta abah I ni. Datang mood rajin, ditambah dengan barang-barang pun ada, maka dengan ini I pun mula lah projek menghabiskan masa hujung minggu. 

I buat ni antara waktu rehat selepas penat mengadap buku-buku yang tebal nak 'mampus'. (Hahaha). Ala, ini tak ambil masa yang lama pun. Nak rehatkan otak dari mengadap buku-buku jangan pergi tidur, kononnya nak tidur setengah jam nanti sampai berjam-jam pulak. 

Apa yang I buat? Jom skodeng..


   1. Cover untuk stereng kereta.


I gunakan kain yang sedia ada di rumah. Ni selimut lama I, dengan cuaca kita sekarang ni, selimut tak berfungsi pun. Lagi pun I ada comfoter dah. Ni beli pun sebab suka dengan coraknya. Cantik kan? 

Ngauuummm... Harimau mengaum.. Hehe.. Untuk nak hasilkan ini, tak perlu ada mesin jahit pun boleh. I tak gemar sangat nak kongsikan yang guna mesin jahit. Sebab bukan semua orang ada kan?

For your information, I buat ni tak guna mesin jahit pun. I jahit guna tangan ok? Termasuk dengan getah. Susah tak? Tak susah pun U  ols.. Guna getah yang lembut ja, tak payah guna getah yang keras, nanti susah nak regangkan getah sambil nak jahit. 


Ini rupa kainnya. Sikit je I guna untuk projek kecil-kecilan ni. Yang selebihnya masih boleh guna untuk selimut. Haha.. Kainnya jenis yang berbulu-bulu dan memeri. Kain yang memeri baru ok nak buat cover stereng ni.

1. Potong kain ikut saiz stereng. Yang ni kena ikut stereng kereta masing-masing. Untuk saiz stereng kereta abah I, 

Lebar = 3.5".
Ukur lilit/panjang = 45" 

Tapi ingat, masa nak potong jangan lupa lebihkan basi dalam setengah inci setiap arah.


Dah macam ulat bulu plak. Geli plak tengok masa ni.. Hahaha

2. Jahit getah pada kiri dan kanan. Panjang getah ialah 3/4 daripada ukur lilit. Masa menjahit jangan lupa regangkan sampai hujung. Kalau guna mesin senang lah bahagian ni. Kalau guna tangan, tak susah pun.. Pastikan getah lembut. 



3. Kalau tak nak renda-renda (ropol) kat hujung, jahitkan getah betul-betul hujung kain. I nak dia ropol-ropol sikit, so I jahitkan getah ke dalam sedikit. Dan kecilkan sedikit lebar kain. Pandai-pandai lah ejas ok ;)


4. Setelah siap jahit getah, sambungkan kain. So, hasilnya macam dalam gambar tu. Pastu siap. Senang sangat U ols.. Tak sampai sejam pun. Kalau guna mesin lagi cepat I rasa. I buat ni kat rumah sewa, so tak ada mesin. Sebab tu jahit guna tangan. 

Disebabkan kain berbulu-bulu, tak nampak jahitan yang tak cantik tu. hehe..

Tak perlukan kos yang tinggi untuk hasilkan sesuatu yang cantik.. ;).. betul tak Kak Farrah?


P/s: Hurm...rasa macam nak buat cover untuk kusyen lah.. Kain pun macam cukup ja. Nanti bila lapang, boleh lah buat. ;).. Will continue......







25 comments:

  1. I ingat you buat pakai ekor harimau mana tadi..hehehe.

    ReplyDelete
  2. Macam nak tempah je. Cantik... ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple ja akak..buat lah sendiri..lebih bermakna..:)

      Delete
  3. Replies
    1. bajet nak beli yg siap xdop, so rajinkan diri buat sendiri ngan sumber sedia ada

      Delete
  4. wah..dah start datang kreativiti tu
    keep it up syida...cantik nampaknya tu
    pastu boleh lebarkan sayap bisnes plak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. doa2 kan rezeki kat sini ke..

      Delete
  5. Selimut lama jadi cover stering? Ada air basi melekat tak? Effect peta... he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. of cos clean n clear.. Selimut pun bahagian perut ke dada ja, xsampai air liur basi.. hahahahaha

      Delete
  6. Replies
    1. kain yg boleh meregang sikit.. macam seluar fit tu

      Delete
  7. Habislah kalu harimau nampak... ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia heran sebab kulit dia blh letak kat stereng.. hahaha

      Delete
  8. Replies
    1. enjin kereta ja tak mengaum macam cover stereng..hehe

      Delete
  9. amboiiii....kretip tol buar cover utk stereng kete....rajinnnnnn....anak sapa laa nihhh hehehhe

    ReplyDelete
  10. mula tgk yg dh siap jahit bergulung mcm ekor rimau....hehehehhe

    ReplyDelete
  11. eh eh eh...kereta ayah akan mengaum lebih kuatlah lepas ni

    ReplyDelete
  12. boleh guna cara ni utk jahit getah ikat rambut tak?

    ReplyDelete
  13. suida..tlg jahitkan satu utk i boleh?

    ReplyDelete
  14. aummmmmmmm......baru orang takut sikit....ada rimau dalam kereta heeee

    ReplyDelete
  15. byk diy ni klu pasang google ads , masyuk tau ... sayang selimut tu ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. camna sis?
      Selimut masih boleh guna, sikit je curi.hehe..nak wat cover kusyen macam sayang plak

      Delete
  16. done follow....
    boleh tahan ganas gak stereng tu erkk...

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...