advertisement

INTROVERT VS EKSTROVERT

Hai U ols.. tetiba kan nak intro berhai-hai bagai.. Ok lah, nak lebih baik sikit, bagi salam la noh.. 

Assalamualaikum n salam sejahtera (non-muslim). Pagi tadi, dok ralit (leka) dengar radio Hot, ada depa ni sembang-sembang pasal 'vert' ni..

Apa tu 'vert' yang I maksudkan? 

Vert tu tak tau la maksud apa (haha).. Tapi apa yang nak I kongsikan di tengah-tengah malam (taip entry kul 11 setengah), pasal personaliti kita ni haa.. Meh nak sambung cerita (sila baca lagi ye)

Introvert.

Apa tu? Ni haa nak habaq (bagitau), individu yang bersifat introvert ni lebih gemar menyendiri, suka berfikir sebelum bertindak, seorang yang merancang, kurang bersosial, tenang, tingkah laku yang senang dikawal dan yang jenis tidak suka mengambil risiko. 

Eh.. lepas dengar explanation tu terasa macam diri sendiri plak. Tapi, kita baca lagi apa plak ekstrovert?

Ekstrovert.

Senang cakap, ekstrovert ni bersifat kontra dengan introvert. Makna kata mereka yang bersifat ekstrovert lebih suka bersosial (bergaul), lebih suka bercakap (mahupun di kalayak), sukakan hiburan dan tempat-tempat yang ramai orang. Tambahan pula, mereka-mereka ni lebih berfikiran terbuka kreatif dan inovatif. 

Eh!, macam ada je sifat-sifat kita kat ekstrovert ni.. So, kita ni yang mana?

Kalau ada kedua-kedua ciri tersebut (lebih kurang sama rata), ianya digelar Ambivert. Pada pendapat I, kalau kita kategori ambivert ni adalah lebih baik daripada introvert atau ekstrovert. 

Itulah ilmu yang I dapat hari ni. Memandangkan idea macam lost few days, dan dari biar blog bersawang, short upate to night. Ok lah U ols yang budiman, thanks sudi baca. Kalau nak lebih info tentang ini, silalah google ye. 

Jom kenali personaliti kita melalui warna, kliklah sini >>Personaliti megikut warna kegemaran

Dah 1 haribulan pun, tapi tak pa, masih tak terlambat lagi kan nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yang keeeeeeeeeeeeeeeeeee 58 tahun.. Mari kita sama-sama #sehatisejiwa mengekalkan keamanan yang sangat susah untuk didapati ni.. 

29 comments:

  1. Ambivert to adik beradik Ambivor kan? satu group dgn Karnivor, herbivor kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu adik beradik 'vor', ni adik beradik 'vert'.. haha

      Delete
    2. itu bukan group2 binatang ke? he he he..

      Delete
    3. Sis Jm nak join kot..HAHAHAHAHA

      Delete
    4. cisss!!! ahahaahah...jom aaarhh join sekali

      Delete
  2. kalau mcm tu sis JM Ambivert lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan kita mesti kategori ni.. xterlalu pendiam dan tak terlalu bising.. ;)

      Delete
    2. Samalah saya, tengok dengan sape. Kalau dah mesra kita ekstrovert lah.kalau tak biasa, kenalah simpan sikit poyo tu..Jadilah introvert

      Delete
  3. Personaliti mengikit warna kegermaran?...bila tgk MERAH JAMBU...samalah!!! it's my personality!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikit pon boleh.. ha ha ha...

      Delete
    2. samalah kita, kak JM! very suka kaler pink

      Delete
    3. Uouls leh tubuhkan kelab pink... I... Kari... Ceketed.. Suida... kelab biru... He He He....

      Delete
    4. hehe.. bila bergabung biru pink..

      Delete
    5. Setuju..yg pasti kelab pink CUTE :P

      Delete
  4. waalaikumsalam...salam merdeka syida...

    ReplyDelete
  5. salam merdeka cik suida tuu., mugo2 negara akan tetep aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
  6. iols rasa iols ada dedua ni dalam diri iols.. hahaha kadang2 extrovert kadang2 introvert..
    depends on the situation..

    ReplyDelete
  7. Ada ke non muslim nak baca? Keh Keh Keh
    * soalan mintak pelempang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la.. agak je lah..HAHAHA.. kang cakap x adil plak... HAHAHAHAHA

      Delete
  8. owh sis ada kedua - duanya . maksudnya bersosial ikut keperluan, byk cakap di khalayak ramai ikut keadaan , ada ketika lebih suka menyendiri, ada kalanya merancang ada kalanya serah je pada Allah ... ada kalanya tenang , adakalnya meletop time tu juga , tak suka ambil risiko tapi dlm keadaan tertentu terpaksa terjah juga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meletop jugak Vee ni eh... He He He...

      Delete
    2. kebanyakkan kita mesti balance.. yg unbalance ni payah.. kena control lah.. :)..

      Delete
  9. Dengan rasa bangga diri tahap dewa... SS gelarkan diri SS Ambivert! Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
  10. st cenderung kepada ekstovert...dulu pernah attend 1 kursus....sy dikategorikan sbg ekstovert....kah kah kah...nmpak sgt byk mulut...tp kdg tgk tpt jugak...kdg sy senyap kalau dgn org yg tidak dikenali....tp kalau dh kenal....masyaAllah....hehhehe

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...