advertisement

KUASA PELINCIR TERBAIK UNTUK PELANCARAN




ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT)

PANGGILAN TEMUDUGA



Rasa nak menjerit pun ada sekarang ni.. geram sebab lama dok mengantar resume ke sana sini tapi tak dak langsung panggilan untuk interview.. Kalau ada pun lain position di minta lain yang di offer nya.. Huhu..

Tiba-tiba semalam sebelum nak tidur tengok la handphone satu lagi (jarang guna,sebab tak leh online, haha) ada mesej dari tadika panggil interview untuk guru tadika..

Waa bestnya rasa, tidur pun senyum sampai telinga. Dah lama apply position ni, ntah pasaipa plak tak tau macam syiok ja jadi cikgu (cikgu tadika ja pun).  Ye lah, nak jadi cikgu sekolah tak lepas (tak berapa cerdik). Haha

Mesti nak tanya kan, ai kerja tak sekarang. Kan2..

Ai kerja sekarang, kerani kat syarikat engineering. Ai tiba-tiba rasa gedik nak tukar kerjaya. Haha.. Dulu penah ada pengalaman mengajar sat kat kampung, rasa best tau dapat ajar budak-budak. Rasa puas hati bile tengok kanak-kanak ribena ni boleh baca dan tulis. Ai paling suka kalau ngajar mate (ai memang sukaaaaaaaaaaaaaaa ngan mate).


keratan e-mail
Mesti nak tanya lagi kan, ai tak sayang ka kerja sekarang?

Sayang tu sayang jugak, dah setahun setengah ai kerja situ, tup2 cari kerja lain (sebenarnya gaji sikit, tak lepas nak hidup, haha). Ntah la, bila dah lama kerja rasa bosan plak, hari-hari wat benda yang sama ja. Sini syarikat kecik, tak dak punya department2 tu. So chance nak naik pangkat ke apa memang tak dak lah.. Tak ada perkembangan langsung kan? Tak kan selamanya nak buat kerja tuuuuuuu ja.

Interview tu esok, doakan ai ok ;)

Wasalam...

RESEPI : KEK BISKUT KEJU (CHEESEKUT)



Dah lama ai teringin nak makan cheesekut ni. Nak beli yang siap dah tu tak jumpa plak dekat-dekat rumah sewa ai ni. Bagi memenuhi hajat ai (perasan ja memenuhi hajat, dia yg nak makan la) housemate merangkap office mate merangkap best friend ai tolong buatkan. Hihi.. Apa-apa jala kan, yang pasti bila dia buat ai pun dapat tumpang sekaki. Haha.. Thanks la my lovely friend. Huhu

Ai Cuma tolong sikit-sikit ja. Lebih sibuk nak ambik gambar ja sebenarnya. Lepas tu, yang mana lebih-lebih tu ai tau nak masuk mulut ja. Huaaaahahaha..
Ok, mungkin ada yang teringin kan, u ols boleh buat sendiri ja, senang sangat tau nak buat cheesekut ni. Tak payah pun nak bake atau boil atau kukus ka. Kacau dan celup-celup ja, pastu susun-susun. Jom tengok camna nak buat cheesekut ni.

Memandangkan my friend ni makan Meal Shake Shaklee tu jadinya kita orang tambahkan resepi ni dengan meal shake. Untuk u ols yang makan Meal Shake, ESP, Cinch Shake atau Collagen powder boleh lah tambah sekali untuk memperbagaikan resepi nak makan suplemen tersebut.

Bahan-bahannya adalah.....

1.Cream cheese – we all guna Tatura punya brand, 250 gram (berat tu ikut la kesesuaian ye, kalau nak buat banyak, lebihkan atau sebaliknya)
2.Biskut cream crackers Hup Seng (brand apa pun tak kisah sangat asalkan cream cracker la baru sedap)
3.Susu full cream (kalau low fat nanti macam tak sedap ja), we all guna Good Day yang kecik tu ja, sebab sikit ja pun nak guna. Sesuai la dengan cheese tu.
4.Lemon (tak nak letak pun tak pa). Perahkan sedikit ja.
5.4 sudu makan Meal Shake. Kalau ada letak lah.
6.Nestum. kalau tak nak letak pun boleh, yang ni ikut suka lah.
7.Nuttela. yang ini pun sama, tak nak letak pun tak apa, ikut suka hati lah.
8.Satu sudu makan susu pekat manis. Apa-apa brand pun boleh.

Ni lah bahan-bahan yg we all guna. Resepi penuh dari my friend la, Ai mana reti buat. huhu



Cara-cara membuatnya



1. Blendkan cheese dengan sedikit susu segar (3-4 sudu makan), susu pekat manis dan meal shake. Blendkan bagi sebati ja. Kalau tak nak blend boleh juga putar/pukul dengan sudu sahaja. Nak senang blend la. Kemudian letak perahan lemon sedikit.
Nilah hasil selepas di blend


2.Lepas tu, letak sedikit air panas dalam mangkuk, atas mangkuk tu letakkan bekas yang berisi susu segar. Ini sebab nak panaskan sedikit susu. 



Nampak kan mangkuk yg kat bawah tu, yg tu ada isi air panas. Yang loyang kat atas tu letak susu segar. Sikit ja, tak payah banyak sangat

3.Rendamkan biskut ke dalam susu tadi. Pastikan tidak direndam lama. Tips, balikkan biskut sekejap sahaja kemudian susun didalam bekas.




 
4.Apabila dah siap selapis biskut, layerkan pulak dengan cheese. 

5.Ulang step 3 dan keempat. Boleh jugak layer cheese di selang dengan Nuttela dan Nestum. Kalau tak nak letak nuttela dan nestum, layerkan sahaja cheese dan biskut. 

6.Buatlah sampai habis cheese. Last sekali pastikan lapisan cheese ye. Bahagian atas sekali bolehlah dihias.


Yang ni lapis yg di tabur nestum, nyummmmm


7.Lepas tu, simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan bila sejuk. Nanti senang nak potong.




Cadangan : jika tak nak letak Nuttela/Nestum boleh lebihkan sedikit susu pekat manis. Ini supaya kek nanti tak la tawar. Nuttela dan nestum ni ada rasa.
Lagi satu untuk hiasan atas sekali u ols boleh letak buah-buahan seperti strawberi, kiwi, buahan campuran dalam tin. Yang we all letak ni biskut oreo ja. Hihi. Hiasan boleh ikut u ols lah apa pun.

Ok siap cheesekut we all.. Ok we all nak makan dulu. Jemput ye.. nyum..nyum..
Alhamdulillah...



 

BLOGKU BERWAJAH BARU






Dalam seminggu ni, ai sempat la nak kunjung ke blog blogger lain. Bila tengok blog diaorang cantik-cantik belaka, ai pun teringin plak nak mencantikkan blog ai yang agak kayu ni. Haha..

sekali ai pun buat la banner, nah kedabak besar kat atas tu.. haha.. harap u ols yang datang singgah sini, bolehlah bagi komen tentang blog ai ni. Ai ni tulis ja rajin, nak menggodek blog selalu memang tak sempat.

Thanks in advance kepada yang sudi datang singgah dan memberi komen serta pendapat anda..



 

SUAMI CURANG HANYA KERANA ISTERI HILANG KESERIANNYA..

Tadi saya terbaca tentang artikel yang disiarkan pada Sinar Harian yang bertajuk Pengakuan suami curang. Walaupun ai masih belum menjadi isteri kepada mana-mana lelaki, tetapi sebagai seorang wanita ai amat terkesan dengan pengakuan/surat si suami tersebut.

Ooh, jika isteri sudah hilang serinya, si suami buat keputusan untuk mencari "kepuasan" lain di luar sana, nampak sangat hanya duniawi yang dicari. Apakah susah sangat nak luahkan kepada isteri tentang masalah yang kecik cuma ( bagi ai la, kecik ja pun, boleh cakap elok2 kan.).

Pendapat seorang Ustaz
Saya print screen tentang pendapat ustaz ni sebabnya saya bersetuju dengan pendapat beliau. Bagi ai alasan suami untuk curang dengan melakukan perkara terkutuk begitu sangat tak boleh di terima. Apakah hanya dunia yang mereka lihat?Seorang wanita tidak akan sentiasa muda, cantik begitu juga lelaki. Baru anak pertama dah mula cari lain. Huh, lelaki ni memang tak patut hidup (Over punya marah ni, huhu)

Kecantikan hanyalah subjektif sahaja. Jika suami benar-benar menyayangi isteri mereka, sepatutnya luahkan apa yang terpendam dan berbincanglah elok-elok. Kan?

Betul lah ramai yang cakap, no body perfect (tiada manusia yang sempurna). Tapi, alasan si suami betul2 buat seorang perempuan macam saya ni meluat. haha..

Jika ikut hati ai ni, memang tiada maaf bagi mu. Kalau setakat curang biasa2 tu ok lagi kot.. Tapi sampai dah terlanjur, kau fikir layak ke nak dimaafkan?.

Inikah pemimpin yang kita harapkan dalam rumah tangga?


Nota perut:- Si isteri, kalau suami mampu bagi duit belanja lebih untuk kecantikan u ols, jaga lah.. Bukan apa, bonus wat suami.. Siapa yang tak suka cantik, kan..

Nota Kaki:- Suami hanya pandang kecantikkan luaran macam ni, kick ja jauh2...haha


Nota hati :-Sekadar luahan hati ai saja. Sebarang komen berbentuk negatif amat tidak dialukan. Ai hanya memberi pendapat peribadi tiada kena mengena antara hidup atau mati.. Hihi..




MAKANAN TAMBAHAN KETIKA HAMIL



Ibu yg hamil perlu mengambil lebih sumber nutrien berbanding mereka yang tidak hamil. Ini bagi memastikan perkembangan anak di dalam kandungan dan juga kesihatan ibu baik-baik sahaja. 
 
Pengambilan makanan tambahan ketika hamil sememangnya sangat digalakkan kerana ianya dapat memberikan kekuatan dan membantu ibu hamil mendapat kesihatan yang baik serta mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketikan bayi dilahirkan.

Tambahan pula, sekiranya ibu-ibu yang mengalami ‘morning sickness’ atau yang kerap muntah2 ketika awal kehamilan, mereka sangat memerlukan makanan tambahan. 

Malangnya, kebanyakkan mereka tidak mendapatkan bekalan nutrisi yg mencukupi kerana mereka kurang keyakinan atau tidak mengetahui bahawa pentingnya nutrisi yang cukup ketika hamil kerana mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi mereka.


ANTARA NUTRISI PENTING KETIKA HAMIL


FOLIC ASID

Ianya sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam kandungan terutamanya ketika awal kehamilan. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi atau bayi meninggal selepas dilahirkan.

Oleh itu, ramai pakar perubatan yang mencadangkan agar folic asid diambil sebaik saja selepas berkahwin kerana ada kalanya kehamilan berlaku tanpa dirancang.
Dos yang dicadangkan bagi wanita yang bersedia untuk hamil ialah 400 mcg sehari. Sementara wanita hamil memerlukan 1000 mcg sehari. 

IRON ( ZAT BESI)

Ianya penting untuk pembentukan sel darah merah. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh anggota badan. Ianya mengurangkan risiko kelahiran pra-matang. Iron yang tidak cukup juga menyebabkan hemoglobin (HB) rendah. HB rendah akan menyebabkan oksigen tak cukup disalur ke seluruh badan. Akibatnya, kulit menjadi pucat, lesu, malah boleh pitam. Jika keadaan lebih teruk apabila terjadinya anemia. Hal ini akan menyebabkan kesan kepada kandungan dan wanita itu sendiri.

Dos yang biasa dicadangkan ialah 27 mg bagi wanita hamil, manakala wanita yang tidak hamil memerlukan hanya 18 mg.

Bagi memastikan penyerapan iron yang lebih efektif haruslah mengelakkan pengambilan iron bersama dengan makanan berasaskan tenusu atau kalsium. Hal ini kerana kalsium akan menghalang penyerapan iron.

KALSIUM

Kalsium diperlukan untuk pembentukkan tulang dan gigi. Tanpa bekalan kalsium yang cukup, wanita yang hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anaknya dalam rahim.
Ibu hamil memerlukan 1000mg kalsium setiap hari.

OMEGA-3

Omega-3 diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Sumber omega-3 yang baik adalah daripada ikan laut dalam seperti ikan salmon. Akan tetapi, ikan laut dalam dikhuatiri menyebabkan keracunan merkuri.

Dos yang dicadangkan oleh wanita hamil ialah 200-300 mg sehari.

Selain nutrien diatas, nutrien lain juga penting seperti vitamin C, A dan lain-lain. Apa yang diterangkan di atas adalah nutrien yang paling penting untuk diambil lebih daripada biasa oleh ibu-ibu hamil.

Sebaik-baiknya sebelum mengamalkan pengambilan sebarang suplemen ketika hamil, berbincanglah dengan doktor yang merawat. Pengambilan yang lebih mungkin memberi kesan negatif kepada tubuh. Doktor akan memberikan dos yang sesuai mengikut tubuh anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkan suplemen anda, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Suplemen Shaklee dirumus khas sesuai untuk keperluan seharian anda. 


ANTARA SET YANG DICADANGKAN MENGIKUT BAJET ANDA:

SET A : VITAMIN B DAN VITA-LEA- RM 142.50
                 - set asas
                 - Folic Asid, iron dan multivitamin lain
                 - stabilkan HB

SET B : VITAMIN B, VITA-LEA dan ESP  -  RM 292.50
                 - untuk tenaga, ESP kaya protin
               
SET C : VITAMIN B, VITA-LEA, ESP, OSTEMATRIX, VITAMIN C DAN OMEGA GUARD - 
                  RM 578.25
              - untuk kesihatan optimum.
              - lengkap untuk keprluan ibu dan anak
              - omega guard ada omega-3

Setiap suplemen tahan sehingga 3-6 bulan. Anda boleh memilih mengikut bajet anda. Hubungi saya untuk konsultasi lanjut dan perbincangan. 

BACA INI UNTUK LANJUTAN:-
OMEGA GUARD      

ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI :-
SET PANTANG


  Jika anda berminat dan ingin order sendiri, boleh klik . Jika anda inginkan maklumat lanjut boleh hubungi saya. Nak saya orderkan pun boleh tanpa sebarang charge. 
Inginkan diskaun sehingga 20% boleh daftar ahli disini. Keahlian adalah seumur hidup.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3dd420c40e25463497c9fbaabf8b4621



Pembayaran melalui kad kredit/kad debit sahaja. 


Dapatkan konsultasi cara makan melalui saya. Ini penting tau, dapatkan cara makan yang betul.
Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...