advertisement

BOIKOT- Barangan Israel dan Sekutunya



Memboikot barangan Israel dan sekutunya akan merosakkan ekonomi? Jadi korang semua pun tarik diri dari join kempen ni. Sebenarnya, kita boleh pilih altenatif. Kan banyak lagi produk-produk lain. Sebagai contohnya, kalau tak makan McD boleh memudaratkan ke? 
Memang boikot pada barangan ni hanya usaha kecil. Akan tetapi, lebih baik kecil, ada jugak sumbangan daripada tidak. Jika kita bersatu, sekecil-kecil usaha pun akan besar nanti. Kuasa memboikot ni kuat tau kalau kita bersama-sama memboikot. Kalau kita tak mampu menderma wang, tenaga atau senjata kita boleh memboikot barangan/ jenama yang bersangkutan dengan israel.

Kalau nak ikutkan banyak barang berkait rapat ni, mungkin ambil masa untuk kita nak boikot kesemuanya. Mulakan la dahulu sedikit demi sedikit, yang mana kita punya altenatif lain, kita boleh bertukar. 

Ini antara senarai barangan/jenama yang berkaitan..


see, nampakkan kat situ, McD tak hairan lah sebab dah lama, but, no 2 tu Nestle. Mula-mula terkejut jugak saya, tapi tu la hakikat.. Saya memang penggemar barangan Nestle seperti milo, nescafe, maggi dan banyak lagi . Kalau tak boleh semua, buat la satu-satu. Kalau kola memang saya tak minum, saya tak suka air bergas dan last sekali, Loreal. Memang saya tak pakai langsung produk ni. Hihi..

Antara produk lain

Jom kita pakat-pakat boikot. Kuasa membeli kat tangan kita.

Lucu lah org yg kata boikot takkan berjaya bagi impak apa-apa.. ternyata kamu malas membaca. Sila google SodaStream.. bagaimana boikotnya memberi impak penutupan cawangan di sebuah daerah di Britain. Kalau kamu tak mahu boikot sbb rasa tak mampu nak tinggalkan produk tu, takpa, silakan saja pakai.. takda org hunus senjata di kepala kamu. Tapi jgn perkecilkan usaha org lain dgn alasan yg remeh.

Saya akan usaha memboikot barangan tersebut. Boikot tidak semestinya kaum muslim tapi semua orang yg punyai persaan berperikemanusian sila lah join bersama. Ianya tidak merugikan anda pun. 


Salam Ramadhan 12 dari saya.
Wasalam.

KUIH RAYA 2014-SEMPERIT SUSU

Tengah dok godek-gedek mr Google, terjumpa gambar kuih semperit ni, nampak gebu je kan. Tengah puasa ni, semua benda nampak sedap kan. hihi..

Memang plannya tahun ni nak buat kuih raya dengan my sis, dan tahun ni jugak saya agak free. Memandangkan anak buah saya suka sangat makan biskut yang cair di mulut ni, jadinya kakak saya suruh i cari biskut macam ni. Layan kan ajelah budak kecik baru belajar puasa ni.
Jom layan beberapa keping gambar yg buat saya tergoda, pastu nanti saya kongsikan resepi meletop tu kat u ols yg saya ambik dari blog Bie D'licious.






Gambar-gambar ni semua saya pinjam dari blog orang lain, kalau u ols nak resepi asal google la blog tu ye. Saya punya gambar belum ada sebab saya pun belum buat lagi. Hihi.. :)


RESEPINYA:-


BAHAN

4 cwn tepung jagung
1 cwn majerin.. campur butter skit
1 cwn susu pkt mnis..boleh guna brand saji/alif


BAHAN HIASAN
Betik merah


CARANYA
Campurakn seme bahan..uli smpai jd doh.
pastu terap n bakar pd suhu 150..15-20 minit..


Resepi: Ucu Bakeri


Nampak mudah je kan bahan-bahannye pun simple, 3 jenis ja..jimat2..hihi.. So, jom la try, nak terap tu sama cam buat semperit biasa.

Selamat Mencuba

KELEBIHAN VIVIX-mampu merawat/mencegah pelbagai penyakit kronik


Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.




Polifenol dalam vivix  mengandungi resveratrol yang mana ianya adalah sebastian polifenol berasal daripada tumbuhan. Ianya daripada polyganum cuspidatum iaitu herba lama yang digunakan oleh masyarakat cina sebagai anti tumor. Keistimewaannya, cara pengekstrakan Shaklee membolehkan ekstrak diambil pada ketulenan tertinggi, iaitu sehingga 98%. Kajian mendapati ketulenan mempengaruhi keberkesannya. Hal ini terbukti bahawa ketulenan revestrol vivix adalah paling tulen. 

Vivix bukan setakat suplemen resveratrol, ianya gabungan polifenol yang lain. Kajian awal(kepada haiwan) mendapati resveratrol melambatkan penuaan melawan penyakit. Penyakit seperti penyakit jantung, kanser, 
diabetes, dan Alzheimer.

- Penyakit jantung, dan darah tinggi :- kurangkan radang, halang pengoksidaan kolestrol jahat, cegah platelet bergumpal. Gumpalan ini punca utama salur darah tersumbat dan menyebabkan serangan jantung.
- Kanser :- resveratrol mencegah pertumbuhan sel, malah bagi signal pada sel kanser supaya mati(opoptosis)
- Diabetes :- resveratrol mencegah insulin resistance, dimana suatu keadaan tubuh tak sensitif terhadap hormon insulin. Hormon insulin ini turunkan tekanan darah, manakala insulin resistance menjurus kepada diabetes. Kesimpulannya, resveratrol membuat badan sensitif balik kepada insulin.
- Alzheimer :- resveratrol mencegah pembentukan plak pada saraf. 

Resveratrol ni cover 3 sahaja mekanisme penuaan sel, jadi Shaklee lengkapkan dengan tambah lagi satu iaitu allagic acid. Allagic acid ni dapat daripada muscadine grape. Allagic acid ni la yang menghalang pembentukan age protein. Allagic asid ni jugak la yg menghalang sel kanser. 

Anggur muscadine ni la yang dianggap anggur super kerana ianya mengandungi ekstra kromosom berbanding anggur lain. Kandungan yang lain iaitu purple carrot dan european elderberry. Kedua2 kandungan ini mengandungi anthocyanin. Ianya juga sejenis polifenol yang kuat malah lebih kuat daripada vitamin E. Anthocyanin ni polifenol jenis flavonoid yg mana sangat berkesan mencegah strok dan penyakit jantung. 

Secara ringkasnya, vivix adalah antioksidan yang paling baik. Antioksidan adalah bersifat melawan radikal bebas yang boelh menyebabkan penyakit. Kesimpulannya, Vivix istimewa pada kepekatan, ketulenan dan kombinasi kandungannya.



Mungkin juga meminati:-

Dapatkan vivix dengan harga promosi dan untung berganda-ganda jika ambil 2 botol

Jom Order Sekarang..
ORDER (ORDER SENDIRI DENGAN KAD KREDIT/DEBIT)





Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

TIPS MEMILIH SAHABAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Waa rasa sakitnya hati ni, tiba-tiba dapat tahu yang kawan kita percaya(tak dak la 100%) untuk kita kongsi pendapat mahupun masalah rupanya tak guna punya orang. Boleh lak pergi jaja cerita kita pada orang lain. Tak kisah la family ke boy friend ko ke, asal orang lain la.
Tambahan plak, orang ketiga tu turut kenal dengan kita. Biarpun cerita yang disampai tidak lah ditokok tambah sehingga menjadi lebih teruk, tetapi sikit sebanyak membuatkan orang yang mendengar memandang serong kepada kita.
Jika kita berniat untuk berkongsi pada umum lebih baik kita war-war kan pada ruangan media sosial, kat situ untung-untung satu dunia baca, ye tak?

TESTIMONI VIVIX

Sebelum saya nak kongsikan testimoni2 berjaya daripada vivix, jom ketahui lagi apa keistimewa vivix sehingga dipanggil tonik ajaib.

vivix boleh membantu masalah berikut


TESTIMONI-TESTIMONI BERJAYA



Kencing manis ni mudah ja nak serang kita kan, terutamanya yg tak jaga pemaknan. kerap ambil makanan manis dan tinggi karbohidrat dan gula. Memang terbukti Vivix boleh membantu turunkan bacaan.



Menderita kanser. Takut nak lakukan pembedahan dan rawatan susulan(kimoterapi) yang mana memerlukan rawatan yang tinggi. Malah, sel kanser berkemungkinan akan datang semula. Vivix ada, boleh ikhtiar dengan vivix.



Iktiar tahun ni nak berhenti merokok,bukan setakat tahun ni setiap tahun macam tu tak jugak berhenti kan. Vivix boleh berhentikan ketagihan pada rokok. Jom cuba.



Jika anda berminat untuk mencuba sebotol dahulu boleh order disini, tapi anda mestilah buat pembayaran melalui kad debit/kredit sahaja.. Beli Vivix Sekarang (klik pautan utk order)

Tawaran istimewa, beli 2 botol vivix PERCUMA daftar ahli. Jimat RM300.. Untuk Tawaran ini anda boleh hubungi saya untuk proses order.. untuk feedback lebih cepat hubungi no tertera. 

Salam Ramadhan Al mubarak

Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

CARA MENGATASI MASALAH BAU BADAN

Sekali tengok dia ni muka cantik, hensem tapi sekali dekat, Ya Allah bau tengik. Mesti kita tak sanggup nk dekat lama2 kan. Pakai la deodoran atau minyak wangi banyak mana pun kalau berpeluh mesti tempias la bau tak enak tu kan. Maaf la ye kalau kasar bahasa, jangan lak terasa. 

Masalah bau badan ni kebiasaan berpunca daripada masalah pencernaan yang tak sempurna. ia akan menyebabkan toksin terkumpul dalam hati, hati dan ginjal berfungsi dengan baik, toksin akan mudah dikeluarkan melalui perkumuhan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu berkata, bau badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna.

Dalam pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh manakala selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini mudah disingkirkan jika ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

“Bau badan dicipta oleh hormon yang dipanggil pheromones tetapi jika dibiarkan, hormon semula jadi ini akan mengeluarkan bau lebih kuat apabila kelenjar peluh atau apocrine mula dijangkiti bakteria.

“Selalunya masalah ini dialami mereka yang menjangkau usia akil baligh atau peringkat remaja kerana mengalami perubahan hormon dan menjalani gaya hidup sihat,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu di Kuala Lumpur, baru- baru ini.

Dalam kalangan kanak- kanak, bau badan kerap dikaitkan sebagai penanda tahap kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan berbau pada usia 14 hingga 16 tahun, manakala remaja lelaki dari 15 hingga 17 tahun.

Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan pedas dan memakan ubat khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berdepan masalah bau badan.

Bau badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan, ubat-ubatan yang diambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan peranan.

Menurutnya, setiap individu ada bau badan yang terhasil daripada peluh. Peluh adalah sebahagian daripada proses semula jadi dalam tubuh badan manusia.

Selain itu faktor genetik, penyakit kencing manis, tiroid, masalah ginjal dan hati juga antara penyumbang kepada bau badan.

“Dalam tubuh badan manusia ada dua jenis kelenjar yang menghasilkan peluh iaitu kelenjar eccrine dan apocrine. Kelenjar eccrine bertanggung jawab terhadap proses berpeluh, yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh serta bertujuan mengawal suhu badan, selain membuang bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

“Manakala kelenjar apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan keruh serta menimbulkan masalah jika kuantitinya lebih banyak daripada kelenjar eccrine.

“Kelenjar ini berada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak dan tempat sulit. Ia mengandungi sebum bahan berlemak iaitu peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar apocrine,” katanya.

Menurutnya, faktor pemakanan juga antara yang menyumbang ke arah bau badan. Antaranya rempah ratus dan bawang putih, selain banyak minum kopi atau minuman berkafein yang berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, sama ada lelaki atau perempuan.

“Bagi mengelak perkara ini berlarutan, paling penting jaga kebersihan dan makan. Mandi dua kali sehari antara perkara mudah yang biasa dilakukan. Elakkan juga mengambil makanan mengandungi rempah ratus terlalu kuat.

“Selain itu, cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila tiba waktunya. Pemakaian deodoran mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus,” katanya.

Tambahnya, masalah bau badan juga mungkin dianggap ringan bagi sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya, masalah ini mampu menjadi besar jika tidak dibendung segera.

“Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan aspek terpenting yang perlu dititikberatkan. Jangan ambil mudah perkara ini kerana apabila berlarutan, ia mampu menyebabkan hilang keyakinan diri dan malu, selain membataskan kegiatan sosial.

“Paling ditakuti, bau badan juga mampu memberi impak terhadap kehidupan peribadi. Misalnya, sukar mencari jodoh atau bagi pasangan berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan suami isteri,” katanya yang menasihati orang ramai supaya memberi perhatian terhadap kebersihan diri.

- HARIAN METRO
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suplemen Yang Sesuai

1. ALFALFA COMPLEX

Kelebihan alfalfa complex yg paling utama:-
  1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang. 
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint) 
  5. Memberi kelegaan semasa haid. 
  6. Merawat arthitis 
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema 
  8. Merawat asma 
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik  
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang 
  11. Meneutralkan asid dalam badan 
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita 
  13. Membesar dan menegangkan payudara 
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
  15. Memulihkan urat selepas bersalin 
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  17. Meningkatkan stamina seorang suami 
  18. Melegakan sembelit 
  19. Milk Booster bagi ibu menyusu

Selain Alfalfa satu lagi ialah

2.  HERB-LAX

Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Kesimpulannya, kedua-dua vitamin ini bertindak sebagai pancuci usus(detoks), punca bau badan yang paling utama ialah masalah pencernaan. vitamin-vitamin ini dapat membantu mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam organ badan kita. Masalah bau badan jangan dipandang remeh, ianya boleh menjatuhkan maruah kita di depan orang ramai. 

Anda boleh pilih salah satu atau kedua2nya sekali


Macam mana nak order.. Anda boleh klik saya. Proses order anda disini. harga semua ada.
atau jika anda perlukan khidmat lanjutan boleh hubungi saya

Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...