advertisement

Kurung Moden Dewasa

Baju letak zip kat belakang. Si pemakai bersaiz S kedua-duanya.. Baju raya 2015. Terima Kasih Daun Keladi. :)


Baju housemate I



Ni adik I.. ;)

NK: saja-saja share sini.. Thanks sudi singgah.. ;)

NK: Model tak berbayar, kenalah cover muka..nanti diminta payment matilah I.. hahaha


DRESS DAN BAJU KURUNG BUDAK

Selepas dapat testimoni dari customer, baru berani up entry kat sini.. (hehe).. Bukan apa, nanti beria kita share, last orang tak suka pun hasil kerja kita. Al maklumlah budak baru lepas belajar, mestilah hasilnya pun tak berapa baik kan. 

Dari banyak-banyak baju yang I jahit (bolehlah dalam 10 helai camtu), yang ni paling susah. Yang susah tu bukan apa, baju contoh yang I dapat tu baju yang kecik sikit dari tuannya(tuan badan dah besar). Dah tu first time nak buat dress budak. Baju budak ngan orang dewasa, I rasa susah budak lagi tau (pada I lah).. 

Nak ukur tu puas U ols.. Pusing sana, pusing sini.. tambah sana, tambah sini.. Lepas tu tak puas hati lagi, buat lagi sekali.. Lepas tu edit lagi.. Fuhh! berpeluh nak ukur pun..(baju contoh lupa nak snap gambar)..


Ini lah rupanya dress tu. 


 Kasi tayang sikit, kembang2 tu

Gambar yang dihantar kat whatsapp I pada hari raya tu. Tuan badan baru 6 tahun.

Selain dress, dia ada tempah baju kurung. Baju kurung biasa.

Baju kurung ni tak susah sangat nak jahit sebab baju contoh tu kira ok dah saiz dengan tuan badan, so tak payah sibuk-sibuk nak tambah saiz.. 

Tuan badan tu anak sedara sepupu I (anak akak sepupu).. Walaupun kami tinggal dalam negeri yang sama (pulau pinang), tapi dia kat Pulau, I kat seberang ni. Dek kekangan kerja, mana nak sempat jumpa, sebab tu pos aja kain ngan baju contoh.. 

Alhamdulillah menjadi jugak baju ni.. gelisah jiwa tau nak menjahit baju orang.. Tapi kira nasib baik menjadi.. Risaunya mengalahkan orang nak masuk meminang (jeling Sis JM, haha).. 


Untuk Akak (kalau baca entry ni), 

Thanks sebab percaya jari jemari ni nak jahit baju anak dara akak yang comel tu.. Since orang dok meniaga lagi, akak rajin support.. Thank you so muchh.. Kalau sudi, lain kali tempah lagi.. Hehe..

Untuk U ols, Thanks sebab sudi baca.. Selamat hari raya (selagi dalam bulan syawal, selagi tu nak ucap raya..Hehe)

Kad Raya Lagi..

Dah seminggu beraya, tak habis lagi nak cerita bab kad raya.. Puas menunggu kad raya jauh-jauh belaka ni. Thanks sudi hantar kat I si blogger hingusan ni. 

3 lagi kiriman kad raya yang diterima di penghujung Ramadan. Masa tu dah siap-siap nak balik, tapi masih sempat posmen hantar. Sebab nak cepat balik kampung, maka kad raya tersebut terlupa nak baca. 

Maaf kepada pengirim sebab tak inform awal dah terima. 



1. Kad dari Sis Jari Manis


Syawal bukan bulan tambah berat

Assalamualaikum.. Seminggu blog ni sepi sebab tuan blog beraya sakan. Salam Lebaran.. 
Baru 6 Syawal, dah berapa kalori masuk dalam badan? tak kira lagi lemak kan.. I pun U ols, pantang tuan rumah hidang, semua nak masuk mulut. 



Credit to google

Kononnya minta isi sikit lah dalam pinggan, biar nampak macam makan sikit. Habis kalau dah 10 rumah beraya, tak ke banyak makan jugak kan. (hehe).. 

4 Hari berturut-turut dok makan ketupat, rendang macam-macam jenis, boleh gain weight balik ni. Ketupat lemang tak boleh jumpa bulan lain, memang susah lah nak jumpa kan.. Masa raya ni lah nak makan puas-puas.

Beraya-raya juga, makan tu kena jaga lah kan.. Klinik tu penuh dengan pengunjung sebab ceri beri la, demam laa.. Sebulan kita puasa, makan so-so ja, alih-alih raya, makan banyak mengejut, terkejut perut pun.. Dari kempis elok, terus kembung dia pun nak meragam lah..

Dah masuk Rejab, ramai dah buat plan nak turun berat, kalau jenis tak rajin bersenam, memang suka sangat pilih suplemen. Ramadan yang paling best nak kawal makan, so bolehlah turun kilo tu yang diusahakan dalam 2-3 bulan.

Bila masuk syawal, baru seminggu dah naik berat seperti 3-4 bulan lepas...Nak turun sekilo dua pun susah, kena 2-3 bulan usahanya, nak naik 3-4 kilo tak payah tunggu lama, seminggu pun dah cukup... (haha).. Kejap je lah merasa kurus pun.. (hehehe)

P/s: Fast update after raya.. Selamat bekerja kembali selepas cuti panjang.. ;)

Layan lagu seround..










Ni nak share vitamin pembakar lemak dengan pelawasan. Ramai peminat jugak set ni. Ye lah nak maintain berat ideal bukan senang kalau tak rajin bersenam dengan jaga makan ni.





For details, contact syida 01121421925



Selamat Hari Raya.. 0-0 ye..



Selamat hari raya semuanya.. 

Ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..

Salah silap harap dimaafi ye..

Kalau tak puas hati juga, mohon PM k..Hehe..

Selamat bergembira menyambut hari kemenangan ni..

Berhati2 dijalan, makan tu ingat2 orang sebelah sama k, kalau berat naik 5 kilo raya jangan salahkan makanan tu sedap pulak ye.. hehe...

Kalau sudi jemput datang rumah, kalau tak cukup juadah, kita berghasidah pun boleh kan.. hahaha...

P/s: Yeah, esok start cuti.. So, jumpa lagi kita disini selepas seminggu.. Tataaaaa...

Raya lah betul-betul

Dah nak penghujung Ramadan U ols, camna puasa tahun ni? ok ke K.O.. 

Syawal disambut dengan meriahnya, bermakna Ramadan semakin dilupakan. Apa erti Syawal buat kita? Bagaimana pula erti Ramadan? 

Syawal adalah bulan menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa dan berlumba-lumba melakukan ibadah sepanjang Ramadan. Tapi persoalannya.....

1. Menangkah kita kalau puasa hanya niat menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja?
2. Menangkah kita kalau puasa tapi tidak solat?
3. Menangkah kita kalau tidur itu lebih banyak dari beribadah?
4. Menangkah kita kalau Syawal lebih diutamakan berbanding Ramadan itu? Persiapan syawal dibuat dari Syaaban, Rejab sehinggalah Ramadan.
5. Menangkah kita kalau Ramadan kita langsung tidak memberi perubahan?

Menangkah kita?!!

Bak kata pepatah SS "tepuk dada tanya sakit ke tidak" (hehe)

Ok lah bab tu, kita sendiri mau ingat lah ye.. Tak kan nak heboh satu dunia kita baca Quran, kita sembahyang.. ye dak? Hal tu biarlah antara kita dengan Sang Pencipta aja yang tahu. Untuk memelihara dari sifat riak.

Nanti raya, rayalah betul-betul k. Camna betulnya tu?

Selain kunjung mengunjungi yang selalu menjadi tradisi kita, erti kemaafan pun yang patut kita pandang serius. Alang nak bermaafan, buatlah betul2. Jangan masa salam tu je manis mulut, manis muka.. Dah keluar rumah, masuk kereta mula mengumpat tuan rumah jamu juadah tak sedap lah, duit raya kedekut lah.. Macam2 lagi lah..

Hah, bab duit raya pulak satu hal.. Ajar anak kita tu erti hormat dan salam pada saudara mara atau tuan rumah bukan ajar anak minta-minta. Minta-minta duit raya pada orang lain dah umpama mengemis di Aidilfitri plak. Dah tu siap perli-perli tuan rumah kalau tuan rumah lupa atau bagi sedikit. 

Ajar anak-anak simpan dulu sampul, bukalah bila dah keluar rumah atau masuk kereta ke. Ni depan2 kau dah buka, seolah mengharapkan nilai yang besar. Buat muka plak bila dapat sikit. Ni cerita benar lagi betul berlaku kat I, bukan orang lain U ols, sedara sendiri jugak. Memang lah ada gelak tawa, ntah gelak betul2 atau dibuat2 (Waallahua'lam). 

Ada tu spesis mak ayah, siap cakap lagi, anak kami ada 4, 2 ni je yang ikut, mai la duit raya untuk anak lagi 2 orang, kira bagi kat aku ajelah, nanti aku sampaikan kat anak-anak.. EEEE rasa macam nak lempang je muka mak bapak serupa itu. INGAT! mak ayah tu model terdekat anak-anak. Jangan salahkan anak-anak dulu, lihat ibu bapa mereka tu dulu.. 

Lagi bab duit raya yang I tak gemar dengan budak2 zaman sekarang ni, datang rumah kita bagi salam bukan main U ols, masuknye idak.. Berdiri depan pintu (siap beratur), katanya "kami datang tak nak makan, nak duit raya je".. Bunyi macam kelakar pun ada kan, tapi sikap ni tak baik tau, kalau dibiar, seolah anak2 datang mengemis bukan beraya.. Renung-renungkan lah..Kau nak meraya atau mengemis?

I kan kalau macam ni, tak layan je, biar diorang.. Ingat kita apa, pengedar duit ke apa.. hurm sedih tau tengok budak2 camtu.. Tak nak makan pun tak pa, masuk ajelah sekejap.. Faham, mungkin dah kenyang.. Masuk beraya dulu.. At lez kita dapat kenal jugak budak2 ni, tanya sikit anak siapa kan.. Kita kan hidup bermasyarakat.. Tak gitu? 

Panjang pulak bab duit raya U ols.. hehe.. Point lain la plak ye.. 

Jangan membazir!! Rayalah seadanya, jangan suka membazir.. Asal raya ja semua nak baru. Kereta pun nak tukar2 baru.. Kalau belum ada kereta tu ok lah kan plan nak beli time raya sebab banyak diskaun (hehe).. Ni tak jenis suka tukar baru je time raya.. Pas raya semput nak membayar hutang plak. 

Next, adab berkunjung time raya, kalau tak suka juadah tu, janganlah dikutuk plak (walaupun tuan rumah tak dengar). Suka makan, tak suka biarkan. Hah, lagi satu, tak payah ditanya lah kuih ni beli ke buat sendiri ke, makan ajelah kalau nak makan, banyak tanya plak.. Haha..

Tak payah nak belek2 sangat hiasan dalam rumah orang tu, makan cepat salam bersalaman dengan seikhlas hati, dah balik.. Tuan rumah pun nak keluar beraya, tak payah nak lama2 sangat ye.. 

Jangan membazir makanan tau, makan sikit2 dulu, rasa nak lagi baru tambah.. Jangan letak banyak2 pastu tak habis. Sian tuan rumah tau, buat penat2 last masuk bakul sampah aje, siapa nak makan sisa kita tu. Lagi satu, janganlah dilicinkan balang kuih tu untuk kita ja, orang lain pun nak makan. Mana tahu, tuan rumah tak buat bekalan yang banyak (kan barang semua mahal sekarang).. Banyak pulak jangannya kat sini eh.. bukan apa pesan-pesanan..

Banyak benda kalau nak disenaraikan, kita fikir sendiri ajelah ye, kang cerita bab rumah terbuka besar-besaran, cerita bab aurat, cerita bab pergaulan, bila nak habis daaaa... 
Raya-raya juga ye U ols, keselamatan kena ja k. hati2 dijalan raya.. Jangan jadikan raya ni yang terakhir buat kita.. (La haulawala)

Raya ni, memang I offline lah ye selama seminggu.. Selamat hari raya maaf zahir batin semua.. Hati2 dijalan ok..























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...