Cepat kan masa berlalu, tup2 dah 26 ramadhan.. Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.. Semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir buat kita.. Jangan disia-siakan baki Ramadhan yang ada ini..
Mesti sekarang, semua sibuk buat persiapan raya.. Ye lah kan tinggal beberapa hari lagi.. I dah relak sekarang.. Dah tak fikir dah pasal baju raya ke, kasut ke apa lah bab raya ni.. Tunggu raya je, kita siap2 g raya.. hehe..
Dah besar2 ni tak fikir sangat lah baju raya ni semua.. Tak dak pun baju raya I tahun ni. I pakai je apa yang ada.. Sibuk jahit baju orang ja, baju sendiri memang tak buat pun. I pakai je baju yang belajar buat itu hari, lengkap dah kot, baju kurung ada, dress pun ada. Shawl ngan kasut pakai je yang lama2.. Elok lagi..Bukan pakai sangat pun..
Sabtu lepas kan cuti, I keluarlah jalan2, semangat U ols, pagi2 dah keluar, kononnya tak nak bersesak, nak parking pun senang. Pusing-pusing I dalam mall tu, bukan beli apa sangat pun.. Dok tengok gelagat orang ja.. Hehe..
Last masa nak balik, nampak tilam (ada offer tu yang nampak).. Orang sibuk ngan baju raya, kuih raya bagai.. I lak sibuk nak beli tilam.. Tilam raya katakan.. Haha..
Abang yang jual tu siap perli u ols, "tilam raya ye dik".. Senyum sampai telingalah.. Nasib tak offer katil, kalau tak katil sekali I beli.. Hehe..
Dalam bajet-bajet tu raya tahun ni dapat jugak tunaikan impian mak I nak cat rumah, tukar tikar ngan langsir baru. Semuanya beli yang paling murah je, bajet katakan.. Cat rumah dah buat sebelum puasa lagi (mana nak larat cat masa puasa).
Mak I request tahun lepas lagi nak tukar cat ngan tikar.. Dek kerana bajet tak dop, tak jadi lah nak tunaikan permintaan mak tu. Langsir plak tak plan pun, tup akak I ada bajet, dia belikan dan dia yang jahit sendiri.. Alhamdulillah.. Nampak mak happy.. Warna cat, tikar ngan langsir dia yang pilih..
Walaupun GST dah start masa shopping2 tu, Alhamdulillah bajet cukup.. Mungkin Allah mudahkan sebab niat nak happy kan mak.. Semuanya memang under bajet kami anak2 yang gaji minima ni ja.
Untuk anak2 diluar tu, berhabis sikit untuk mak ayah tak pa U ols, asal diorang happy.. Dulu diorang boleh perabih duit beli kan kita macam2, tak kan nak belikan untuk mak ayah pun berkira.. Tak payah mahal, yang lelong pun diorang tetap suka sebab anak2 belikan.. Tumpang bujang nilah nak belikan macam2.. Nanti kalau dah kahwin takut bajet tak cukup. Tapi, selagi kita niat untuk gembirakan mak ayah kita, Allah akan mudahkan.. Insyaallah...
Warna alam tau rumah I, syiling warna biru(syiling dari plastik yang warna biru), dinding warna hijau, tikar plak warna coklat U ols.. (gambar tak dak plak).. Hehe..
Tahun ni sibuk menjahit je, tak sempat pun nak buat kuih raya. Kuih tunjuk je kot, sejenis dua.. Kalau tahun2 sebelum ni, kami adik beradik adalah buat, habis lekeh pun orang cakap, 5 jenis jugak kami buat.. Tahun ni buat kek je kot, senang.. malam raya pun sempat buat sebiji dua..
ops, panjang plak entry ni, dah la gambar pun xdak kan.. nanti jemu plak u ols baca cerita I yang apa2 ni.. So camna persiapan raya U ols tahun ni?