advertisement

Hidup singkat, make it Berkat dan mati terhormat

Jangan hidup dalam "comfort zone" atau mediocre. Jangan rasa "selesalah sangat" dan settled for what you have.
Cari jalan untuk hidup 100x lebih hebat untuk memberi sumbangan 100x lebih dahsyat kepada ramai orang di luar sana.
Hidup singkat, make it Berkat dan mati terhormat.

Petikan diambil daripada facebook Dr Azizan Osman
 ________________________________________________________ 


Kenapa plak dah pagi-pagi buat entry siap ambik petikan kata-kata pakar motivasi hebat Dr Azizan Osman (DAO)? 

Sebenarnya, setiap pagi bila dah selesai semua urusan mengadap yang Maha Esa, saya akan scroll laju-laju Fb saya. Selalunya saya mesti jumpa post daripada DAO. Dia sangat positif. Untuk membuatkan hari-hari saya positif, saya akan membaca, mendengar dan bercakap sesuatu yang positif. 

Hidup yang positif akan lebih bahagia berbanding mereka yang asyik negatif ni. Tak percaya? Cuba anda amalkan. Bangun ja pagi-pagi, walau letih atau malas macam mana pun, cubalah tersenyum. jangan lupa baca doa bangun tidur (hihi).

Sebelum cuci muka, gosok gigi tu, senyum dan katakan "gembiranya hari ini" depan cermin, aura positif tu akan terus di serap dalam tubuh. Lontarkan sehingga keluar suara, bukan dalam hati. 

Sangat terkesan ok dengan kata-kata DAO tu. Jangan hidup dalam 'comfort zone'. Ye, ramai yang kononnya rasa selesa dengan hidup mereka sekarang. Kononnya la kan, pastu merungut itu ini. Usaha lebeih sikit tak nak.

"Hidup 100x lebih hebat dan memberi sumbangan 100x lebih dahsyat." 

Sungguh, duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit. Camna tu? Apa benda yang kita buat tak perlukan duit? Nak makan, minum, tidur, semuaa la kena pakai duit. Yelah, nak tidur, mesti naka da pelapik(tilam, katil, bantal). Tak kan nak tidur membungkam ja atas tanah kan. Pakaian? nak beli pakai apa kalau tak ada duit. Nak ambik kulit kayu, daun? kait-kait jadi baju. Macam tu? Hidup zaman mana ni?

 ______________________________________________________________
"Ada orang melayu cakap, buat apa nak kaya sangat. Itu melayu yang layu. Kekayaan jika digunakan dengan betul boleh digunakan untuk bantu ramai ummat seluruh dunia selain dari di Malaysia. Lihat billionaire dunia berapa ramai yang bukan Islam tetapi philantrophist dan sentiasa menyumbang kepada mereka yang memerlukan, kita? Buat apa nak kaya sangat? Tapi kita asyik complain dengan hidup dan kewangan kita...." oleh DAO
_______________________________________________________________

Hidup ni sangatlah singkat. Buat lah sesuatu yang bermanfaat untuk agama, dan bangsa kita. Semoga hidup kita diberkati. Orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain adalah lebih baik daripada 1000 orang yang tak buat apa-apa.

Think positive, speak positive and act positive. 

Wasalam..


 
 

CANTIK ATAU UNDANG SAKIT SI PEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI?



Sebagai perempuan, saya juga tidak terlepas daripada meminati kasut tinggi kerana corak dan rekaannya yang menarik. Akan tetapi, kesan buruk yang mungkin berlaku kepada pemakai kasut bertumit tinggi perlu dipandang serius.

Jika anda sayangkan diri anda, sebaliknya berhenti memakai kasut bertumit tinggi terutamanya 3 inci keatas. Jika perlu, cukup sekadar 1- 1.5 inci sahaja.

Kesan yang paling ketara adalah bahagian tulang. Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, masalah lain seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang.

RAHSIA TERSELINDUNG SEBALIK TEH HIJAU YANG KURANG MENDAPAT PERHATIAN.



 
Secawan "green tea" setiap pagi membantu tingkatkan metabolisme sehingga petang


Saya memang peminat teh. Setiap hari wajib minum teh ais atau teh susu, ops tapi mesti kurang manis.  Manis ni tak bagus tau, manis adalah pembunuh senyap (eh, yeke).


Akan tetapi, teh yang saya minum setiap hari tu tak berapa baik. Lepas kawan saya suggest minum teh hijau(green tea), saya nak tukar kepada teh hijau plak lepas ni. Kenapa teh hijau lebih bagus berbanding teh yang lain. Mari saya kongsikan kebaikkan teh hijau.


Hebatnya teh hijau

STOP SOALAN YANG MENGGURIS PERASAAN SI BUJANG


Memandangkan bulan ni iaitu disember adalah bulan terakhir untuk kitaran tahun masihi. Pada bulan ni la, dimana cuti sekolah dan ramai juga ibu bapa yang bekerja mengambil cuti untuk beristirehat bersama keluarga dan mengunjungi jemputan majlis raja sehari.

Ai pun tidak terlepas menerima jemputan rakan-rakan yang sudah sampai masa melangkah ke alam berumah tangga. Alhamdulillah ramai kawan-kawan yang telah bertemu jodoh. Tahniah beribu-ribu tahniah buat rakan-rakan semua.

Yang mana sempat atau berkesempatan ai datang ok, Hadiah? tak janji ok. Haha. Dalam bulan ni sahaja, hampir 10 jemputan kawan-kawan (kopak la duit gaji mak nak). Haha..

Macam sebelum ni, mana-mana kenduri yang dihadiri, soalan paling 'femes', "hang bila pulak nak kawen?", "aku dah lepas, hang bila plak?". Atau soalan macam ni " dok tunggu pa lagi, kawen la muda-muda ni". 

Aish, ni yang malas nak datang mana-mana majlis. Rimas dan menyampah dengan soalan-soalan sedemikian. My dear lovely friend, soal jodoh ni biarlah menjadi rahsia Allah. Waktu u ols dah sampai, waktu ai tu tak tahu bila lagi. 

Tanpa kita sedar, soalan serupa itu boleh menyebabkan hati kecil sahabat kita terguris. Mana kita tau kan, masa tu dia baru je putus cinta. Baru ja nak plan kahwin, dah break off plak. Atau mungkin dia tengah ada masalah lain kan.

Kan lebih baik mendoakan semoga sahabat kita bertemu jodoh cepat dan baik. Kalau cakap macam ni rasa lebih baik daripada soalan kat atas tadi tu, "Alhamdulillah, aku dah temu teman sehidup aku, aku doakan hang cepat-cepat temu jodoh dan dapat pasangan yang baik.". Haa, kan sedap bunyinya nanti.

Dari baik-baik sahabat kita datang nak doakan kita, dah jadi sumpah seranah pulak dalam hati nanti. Ye lah, geram dek soalan macam tadi tu. Nanti dah sampai masa dia, mesti dia jemput punya. Sepatutnya hari bahagia kita ni, kita bergembira bersama-sama orang lain, bukannya selfish.

Lepas dah kena macam tu, nanti untuk jemputan lain yang belum sempat hadir, mesti jadi malas nak datang. Dah jadi tak best. Hubungan kita dengan sahabat jadi renggang.

Hal ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Hanya daku rasa ingin meluahkan. 

Salam sayang semua..

Tahniah buat sahabat yang akan melangkah ke alam rumah tangga. Jadi partner yang baik buat pasangan anda ok. ;) 
 

Luahan hati yang di"publish"kan


PILIHAN MUDAH KETIKA LAPAR DENGAN MENGAMBIL MAKANAN SEGERA



Ketika dalam keadaan terlalu lapar dan penat, kebanyakkan akan memilih makanan segera seperti mee segera kerana ianya mudah dan cepat disediakan. Selalunya sesuatu yang mudah dan cepat memang mempunyai risiko bahaya yang tinggi. 

Pasti anda(mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli semua makanan ringan itu. Antara contoh makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan ialah mee segera, kentang goreng, burger, makanan ringan (jajan) dan air bikarbonat.

Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu.

Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.

Kesan mengambil makanan segera


  1. Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
  2. Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
  3. Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
  4. Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
  5. Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

Kita tahu kesannya pada kesihatan, akan tetapi masih ramai yang memilih untuk tetap menikmati makanan segera. Sesetengah makanan segera memang memberi kenikmatan ketika menikmatinya, hanya sedap di mulut, tetapi akan menderita tubuh badan.

Alangkah kesiannya anak-anak yang masih kecil diberi makanan serupa itu. Jika diamati balik, ianya serupa sampah. Sesetengah makanan segera lebih mahal berbanding makanan yang lebih berkhasiat.


Hukum Pemakaian Telekung Lycra Yang Menjadi Tanda Tanya Ramai



Bila terbaca satu artikel tentang pemakaian telekung lycra ni, saya pun jadi tertarik nak tahu lebih lanjut. Konsep menutup aurat ni jelas, bagi muslimah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Menutup aurat ni bukan ketika solat sahaja, malah wajib menutup aurat jika berada bersama bukan mahram. 

Dulu penah ada isu tentang pemakaian telekung berwarna selain putih. Sebenarnya saya ada kongsikan dulu tentang ni, tentang itu boleh baca artikel saya yang sebelum ni hukum pemakaian telekung berwarna.

Akan tetapi, pada ruangan ini bukanlah saya nak bangkitkan tentang telekung berwarna tu. Adakah telekung lycra tidak memenuhi syarat menutup aurat?

_____________________________________________________________

Berhubung isu telekung lycra, hukum solat dan memakainya bergantung kepada tiga keadaan iaitu harus dan sah solat jika telekung itu besar dan tidak melekat pada tubuh. Solat mereka yang memakainya sah dan tidak perlu diragui kerana aurat terpelihara manakala syarat sah solat telah dipenuhi dengan baik.

Makruh hukumnya memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh hingga kelihatan agak seksi. Namun, solat mereka yang memakai telekung itu adalah sah dan tidak perlu diulangi.

Bagaimanapun, haram seorang wanita memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram kerana ia akan menimbulkan fitnah kepada semua pihak. Namun begitu, solat mereka yang memakainya adalah sah dan tidak perlu mengulanginya.

 
Syarat sah solat sempurna walaupun ia agak sendat. Penanda aurat tidak ditutup dengan sempurna dalam solat ialah apabila warna kulit boleh dilihat dengan jelas seakan-akan si pemakai tidak berbaju. 

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemakaian baju ketat dan sendat tetap diharamkan terhadap wanita di luar kawasan rumah walaupun ia dikira menutup aurat dalam solat.

Haram golongan wanita memakai telekung nipis dan jarang hingga menampakkan kulit tubuh atau aurat secara jelas (bukan bayang) seakan-akan tidak berpakaian, apatah lagi apabila berada di hadapan lelaki yang bukan mahram. 

Hukum ini bukan sahaja membabitkan perbuatan memakai, tetapi hukum solat mereka. Wanita yang solat dengan telekung seperti itu adalah tidak sah dan wajib mengulanginya kerana auratnya tidak ditutup dengan sempurna bahkan telah dikategorikan sebagai mendedahkan aurat dengan sengaja ketika solat.

Petikan diambil daripada ruangan BH Online .
_______________________________________________________________

Jadi jelas kan dengan keterangan tersebut. Tutup aurat bukan setakat melabuhkan pakaian tetapi longgar dan tidak jarang. 

Selamat maju jaya ;) 

wasalam..








 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...