Mengikut kajian oleh IDF tu, jumlah tu bukannya biasa-biasa, malah boleh dikatakan agak luar biasa. Risau plak, jika saya atau anda termasuk dalam golongan tersebut. Jom kita buat check-up kat klinik atau hospital, adakah kadar gula dalam darah kita normal atau dah masuk tahap warning, atau dah terjangkit dengan kencing manis?
Risau juga saya, sebab keluarga sebelah mak memang ada ramai yang mengidapi penyakit ni. Genetik tu mengalir juga dalam darah saya. Kalau saya tak ubah tabiat makan sekarang, tak mustahil suatu hari nanti saya pun sama, termasuk dalam jumlah kajian tu.
Jadi, apa langkah yang boleh kita ambil?