advertisement

KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN SUPLEMEN?

Catatan pertama saya.. baru nak belajar buat blog.. agak nervous di sini(nak tulis pn nervous, suruh bercakap lagi la kan,hehe)..

Saya nak kongsikan la apa yg dimaksudkan dengan suplemen

Suplemen ialah makanan tambahan bagi melengkapi keperluan nutrien dan vitamin yg diperlukan tubuh manusia. Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses proteinkarbohidrat, dan lemak dalam badan kita.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen yang lain. Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Macam mana nak dapatkan Vitamin?

Susah ke nak dapatkan vitamin ni? eh, xla cuba anda tengok kat dapur rumah anda, ada x sayur-sayuran, buah-buahan. .Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.
Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K

Akan tetapi, kita masih tetap kekurangan vitamin. Kenapa? Hal ni kerana, zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Sebagai contoh, vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.
Itu adalah salah satu sebab mengapa badan kita memerlukan suplemen. Lagi 6 sebab kenapa badan kita memerlukan suplemen.
1. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi dari apa yg boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak cukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yg ditanam di atas tanah yg tidak subur mengandungi bahan galian yg kurang berbanding buahan dan sayuran dari tanah yg subur.
3. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat2tan, alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yg tinggi kafein, lemak, gula dan garam dpt mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
4. Pengambilan makanan seharian tidak seimbang serta tdk mengikut piramid makanan yg dicadangkan.
5. Gaya hidup masakini dengan kegidupan yg sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yg tinggi kandungan MSG.
6. Kegagalan mengambil makanan yg seimbang.

Apa akan jadi kalau tidak cukup vitamin?
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal .Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.

kat bawah ni saya kongsikan jenis vitamin dan fungsinya..
Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

so, lengkapkan bekalan vitamin ke dlm tubuh anda..
berminat nak dapatkan vitamin semulajadi, selamat dan berkesan, boleh hubungi syida 01121421925 atau email syida_11@ymail.com

1 comment:

  1. gaya hidup menyebabkan org zmn ni lbh memilih yg cepat , mudah n segera tanpa fikir kesan jangka panjang ...

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...