advertisement

Nikmatnya kehidupan sebelum kahwin bagi perempuan

Semua orang yang normal memang salah satu goal hidup mereka mestilah perkahwinan. Siap mengimpikan pasangan mereka tu sempurna bagai bidadari lagi.. Haha... 

Golongan yang kahwin muda sibuk lah cerita kenikmatan kahwin muda..Rasa kelakar pun ada. Mereka ni silap, mereka ingat semua orang suka apa yang mereka suka. Sometimes, kita tengok kehidupan orang lain macam bosan dan menyedihkan, padahal mereka lebih bahagia daripada kita. 

Life is simple and everyone have their own life. 

        Seronok apa hidup bujang, siapa kata bujang tu tak best. Kalau bujang ja kira tak bahagia lah.. U ols masa sebelum kahwin tu derita sangat ka? 

Kalau lelaki memang best lah kan kahwin, nak-nak jenis kahwin "orang gaji".. Ops.. Dulu masa kau bujang boleh je kan nak kemas, basuh baju sendiri..

Lepas kahwin, kau pergi kerja balik kerja ja tahu.. Kat rumah kau goyang kaki je eh.. Ya tahu bukan semua orang (mesti ada yang nak cakap ni) tapi ramai kan macam tu? 

Untuk perempuan, sila lah bersedia nak bekerja sepanjang hari.. Dah tak da masa nak bangun lambat, dah tak da la nak makan maggie kalau malas masak..

Bersedialah masak untuk suami "tercinta" kau walaupun kau penat nak mampos masa tu, pastu kena masak makanan yang suami kau suka tapi kau menyampah gila ngan makanan tu.. 

Bersedialah nak jadi alarm, kejut suami kau hari-hari.. Pastu dodoikan dia tidur (yang ni over, HAHA). Takda dah masa landing lepas subuh sebelum pergi kerja.. 

Tak da dah masa nak tengok cerita favorite kau kul 7 malam sebab kau mungkin kat dapur tengah siap makan malam..Masa kau kat dapur tu, suami "tercinta" kau dok tengok TV sorang-sorang, tunggu je kau siap masak..HAHA.. 

Dah jangan harap kau nak buat late movie, atau movie maraton ngan bestie kau sebab suami kau mesti tak bagi.. (ye lah kena dodoikan dia tidur, HAHA)..

Nak pergi melancong atau kemana-mana ikut suka hati kau, tak payah nak minta izin suami bagai (kadang parents kau pun tak tahu kan).. Kalau dah bersuami, berdosa plak pergi mana-mana tak minta izin.. hehe.. 

Well, I tak cakap alam perkahwinan tu langsung tak best.. Best apa kahwin kan, kalau tak best tak da la orang kahwin.. HAHA... 

Kepada mereka yang dah kahwin tu janganlah nak bagi "tazkirah" sangat kat kawan-kawan yang belum sampai jodoh ni.. Kau kena ingat, perkahwinan tu banyak yang tak kekal.. Huhuu.. (bukan nak doakan tak baik, cuma ingatan.. roda kan bulat, kita tak selalu di atas)

Kepada si bujang lagi ni, tak payah nak kutuk sangat mereka yang dah kahwin, one day, kau pun merasa.. Hihii..Selagi bujang, so kita enjoyyy... HAHA












25 comments:

  1. ada pro dan kontranya bujang dan kahwin nih.. apapun bergantung pada diri atau pasangan masing2..

    ReplyDelete
  2. sis JM bahagia hidup spt sekarang..yg penting ada org yg sayang...dah mencukupi

    ReplyDelete
  3. rasa malas nak jadi 'org gaji' dan menguruskan rumah tangga..time seronok bersama..time susah sorang2 huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. lelaki kebanyakan tahu mengarah ja.. susah nak jumpa suami yg betul2 ringan tulang tolong isteri..

      Delete
    2. Suami ringan tulang dah hampir pupus

      Delete
    3. susah dah nak jumpa suami yang betul2 berkualiti.. yang ntah apa2 berlambak2..

      Delete
  4. Ada yang bahagia ada yang tidak tak kira bujang atau dah kahwin.. Tiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan. Tak semua yang kita nak akan dapat, bersyukur dengan apa yang ada dan nikmati hidup dengan lebih bermakna. Biarlah orang nak kata apa sebab mereka hanya pandai berkata-kata, kita yang lalui jadi kita tahu macam mana nak handle hidup kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kak aizamia3.. hahah.. macam ata2 dari pengalaman bunyinya.. hehe

      Delete
  5. rezeki masing2.. yg dah kahwin ada kelebihan, yg bujang pun ada kelebihan..

    ReplyDelete
  6. best kawin pun ada .. best single pun ada.. tiap2 benda berlaku tu mesti ada baik buruknya..ehehe

    ReplyDelete
  7. apa2 pun mummy enjoy sgt ngan kehidupan sekarang sbb mummy ada hero2 yang selalu buli mummy..ehhhh ! :P

    ReplyDelete
  8. Single tak semestinya tak bahagia kan... Jadi... Releks lahhh bersama kit kat... He he he...

    ReplyDelete
  9. betoi weh.. bahagia tak pening pikir ahahah.. tapi xnak la kata xnak kawen ke apa..
    when the time comes.. kawen je la.. meanwhile enjoy =)

    ReplyDelete
  10. alam perkahwinan banyak cabaran dan dugaan mental n emosi hihihi... kena banyak sabar mengharungi kehidupan

    ReplyDelete
  11. akak suka entry ni..orang yang kahwin awal suka pandang rendah pada orang yang belum kahwin (tak semua) macamlah tu salah kita.suka buat kita down..I single tapi hepi,tak kacau kau..so nape nak sibuk kan?

    ReplyDelete
  12. belum kahwin ni enjoy je,nak jalan mana-mana..tak nak tidur sepanjang malam layan bola..suka hati aku.janji bila Mak Ayah mintak tolong, jangan berat tulang. Itu tk bagus.Hahaha

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...