advertisement

Masa semakin suntuk

Sudah 4 hari melangkah ke tahun 2016.. Banyak benda penting menanti dalam masa terdekat ni. Masuk je tahun baru dah macam-macam benda nak kena buat.. Nafas dah tercungap-cungap, macam baru lepas maraton. hehe..

Jadual dah siap buat, senarai yang mana nak buat dulu dan mana yang kemudian. Tapi I masih gagal nak ikut sebab dateline hampir sangat. Banyak tak settle lagi. Kata nasihat diterima utamakan yang penting, masalahnya semua penting.. HAHA..

1. Lagi 2 minggu nak ke kelas intensif Pjj. Wajib plak tu.. Kena bermastautin di kampus selama 3 minggu.. Aduuhh..
2. Lagi 3 minggu nak kena hantar 2 assignment, dan dalam sebulan dari  sekarang 2 asignment lagi dan lebih kurang sebulan setengah dari sekarang 1 lagi assignment.  Lebih kurang seminggu camtu ja.
3. Dalam minggu intensif tu ada pulak test. Penting tu carry mark..
4. Sebulan lebih lagi ada majlis penting. Wajib hadir dan wajib memerah keringat.
5. Sebelum majlis nak kena siapkan tempahan.. Wajib.. Kalau tak cacatlah majlis.. Haha

Dalam otak ni cuma nak focus assignment dulu, baru lapang sikit. Tapi otak macam tak boleh fikir, asal nak buat assignment mulalah nak migrain.. HAHA.. Ini pun sebab dah tak dapat nak fikir, pusing kejap ke blog.. Hehe.. 

Belajar ni best, tapi bila assignment tu yang tak best sangat.. Nak-nak pulak bila otak blurr.. Assignment bukan biasa-biasa lecturer bagi, nak kena keluarkan effort khudarat dan buah fikiran ni habis-habisan.. 

No 4 dan 5 ada kekangan sikit dalam nak siapkan beberapa hal. Aduhh, saja kan semua nak kena buat dalam masa terdekat. Dah la transportation asyik bermasalah.. Sabar saja lah.. 

Bila keta wat hal duit lagi tu.. Tengok saja hari ni, pagi-pagi yang indah hari mula bekerja tahun 2016 ni I dah tersadai di jalan.. Terpaksa masuk lambat.. Masuk saja kerja bertubi-tubi dihulurnya kerja.. Sabar aje lah kan...


* Maaf kalau kunjungan tak berbalas, komen tak berjawab. I tak sempat nak cover.. Kalau yang dalam senarai bloglist tu Insyallah I mesti singgah sekejap. Blog pun semakin terabai, ada benda nak share tapi tak sempat, bila free sikit lupa pulak.. huhuu...
Jangan serik-serik datang sini k.. :-) 






Ramai kata dia memang baik..

Apa? sudah tahun baru.. selamat tinggal 2015 yang penuh duka (eeewaahhh).. Tahun 2015 bukan tahun baik untuk I (ni kira tolak bab masalah negara k).. Apa-apa pun welcome 2016.

Sepatutnya entri penghargaan ni I siarkan tahun lepas, sebenarnyakan I lupa.. Huhuu..Kiriman selamat diterima rasanya 2 minggu lalu...

Maaf eh si pemberi, I betul-betul lupa. Sibuk sikit, sampai terlupa. Lepas baca entri Kak Farrah, baru teringat I lupa sesuatu.. Ohh maaf yee Kanda..

Sama macam Kak Farrah, terima kiriman masa tengah mood kucar kacir, muka tegang ja sepanjang hari.. Bila terima ja kiriman ni terus berbunga-bunga hati. 

Tak perlu nak berteka teki, baca saja tulisan di sampul dah tahu siapa yang beri, sebab dia sorang je dapat nama penuh.. haha... 

Sindrom Hujung Tahun



Pejam celik dah hujung tahun 2015. Tahun penuh gawat. Biasanya orang seronok nak melangkah tahun baru. Tapi I, rasa sedih sangat, memang tak mau lah masuk tahun baru. Macam tak puas lagi dah nak masuk tahun lain. Hihi..

I ni terpengaruh dek cerita mitos Peter Pan, budak yang tak besar-besar tu.. Haha.. Esok adalah hari terakhir 2015... Maka esok adalah tarikh terakhir tercatatnya 2015. So selamat tinggal tahun 2015.. huhuhuu.. 

Tiap-tiap hujung tahun ja macam ni lah I, sampaikan bulan 1 tahun baru tu masih terasa bulan 12 tahun lepas lagi.. HAHA.. 

KUTU KEPALA

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Sumber: Wikipedia




TIPS NAK PANJANGKAN USIA

*****Repost*****


Mahu tak saya kongsikan tips best di pagi rabu ni. Mesti ramai yang sukakan jika kita di beri kesihatan yang baik serta umur yang panjang. Bersyukur lah jika kita diberikan umur yang panjang, ia adalah kerana Allah memberi kita kesempatan untuk terus mengumpul pahala dan memberi kesempatan untuk kita bertaubat. 

Berbalik kepada topik sebenar. Tips nya mudah ja, ketawa ja pun. Susah tak nak buat? tak susah kan.. kalau tak boleh nak ketawa berbahak-bahak tu, senyum je.. 

Jangan Rindu

****Auto publish****


Ini entri cuma nak bagitahu, I agak sibuk dengan macam-macam aktiviti sekarang ni. Sampai naik ting tong otak ni.. Hihiii.. 

Kadang-kadang confuse mana nak diutamakan dulu. Belajar atau kerja? Kalau bab berjalan-jalan memang pilihan terakhir lah kan. Kenduri satu hal. Menghadiri walimatul urus tu macam penting tambah-tambah saudara mara dan kawan-kawan rapat. 

So U ols jangan rindu ye.. hehe.. 

* Biarlah nak perasan.. :P walaupun tahu tak dak sapa nak rindu dendam pun.. HAHA


Jom layan sikit 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...