advertisement

Ber 'HOHO' Penang : Beach Route

Tarikan baru di Pulau Pinang yang sedang hangat diperkatakan ramai iaitu bas dua tingkat Hop On Hop Off Bus (HOHO). Suatu yang sangat menarik untuk dicuba, tambahan pula Pulau Pinang memang banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. 

Dari utara, selatan timur dan barat Pulau Mutiara tu ada ja sejarah dan tempat menarik nak dilawati. 

Satu hari mungkin tak cukup nak mengelilingi seluruh pulau ke tempat-tempat menarik, dengan menaiki HOHO, kita sekurang-kurangnya dapat melalui kawasan-kawasan menarik di Pulau dan boleh singgah ke beberapa tempat yang kita suka. 

Ahad lepas, tanggal 29 November, tanpa perancangan lengkap tiba-tiba dua sekawan ni decide nak ber'HOHO' seharian. Bermulalah ekspedisi kami dari pagi sampai malam di Pulau Mutiara tu. 

Sejujurnya kami berdua tak tahu jalan sangat kat Pulau ni. Jadi mengharapkan pada wave waze. Tapi waze ni pun gelong-gelong ayam juga, tersalah jalan sampai dua kali. Kami terlambat dalam sejam macam tu. 

Rancang nak ke Chowrasta, tapi salah jalan terus ke Komtar. huhu. Waze cakap "you are reach the destination".. tapi kami kat salah satu masjid berhampiran USM.. Adakah USM dekat sangat-sangat ngan Chowrasta??? HAHA...

Akhirnya ambik keputusan naik dekat STOP 8 (KOMTAR) saja lah. Kalau kami naik dekat STOP 9 ( CHOWRASTA ), kami boleh terus naik Bas laluan pantai (Beach Route Bus), tapi sebab malas dah nak pusing dengan kereta tahu-tahu sajalah Penang ni kan selalu jem. Mana waktu tu dah 11 pagi. Dari elok-elok rancang nak naik jam 10, terus terlewat. 

Sahabat Maya_Iryantyahamad


Cantik kan setem tu? Isi dalam sampul yang I terima lagi cantik..Hari ni hari terakhir dalam bulan November. Kejap sungguh masa berlalu dah nak masuk bulan terakhir tahun ini. Cepat ke lambat ke masa, yang pasti masa yang berlalu tak akan kembali lagi...

Kiriman yang diterima minggu lepas dengan setem yang cantik tu oleh Kak Yan a.k.a Iryantyahamad



Tak seberapa katanya.. Apa yang tak seberapa, hadiah yang diberi nilai sebenarnya sangat besar buat I.. Terima kasih banyak-banyak Kak Yan atas kiriman pengerat silaturahim kita disini.. Insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa..

Kak Yan ni macam blogger motivasi, sharing yang dibuat memang menyentuh hati kita yang membaca. Kalau nak berkenalan lebih dengan Kak Yan, mohon singgah sendiri di blog beliau.. 



~we as blogger, we support each other~

Paratha Pizza

Teringin nak makan pizza, tapi macam malas nak keluar beli. Nak call pun malas juga sebab kredit tak ada..Hahaa... 

Usha2 peti ais, tengok bahan-bahan pun ada, maka terhasillah paratha pizza ni. 

*Maaf gambar kembang pulak.. :D

Kiriman ketiga_November ini...

Alhamdulillah rezeki..

Terima kiriman ketiga dari sahabat yang tak pernah bersua..

Selamat mendarat di tangan I baru ja tadi..

Masih panas kata orang




Cantik stamp

Pila dunia tu..


Boleh agak siapa pemberi? 

Orangnya tinggal di selatan nuuunn..


Redeem WOOP

Sudah 7 bulan I join WOOP. Dah 4 kali tebus 'reward. Ianya sangat berbaloi U ols.. Kita tak perlu spend duit pun, cuma perlukan sedikit usaha kongsikan misi yang ada, then dapat point. 


WOOP ialah .......

We connect women of opinion with interesting products and brands.

At WOOP we believe women like you can help companies make better products
and do better marketing. We want you to try new and interesting products
, learn new facts and tips about getting the most out of these products and to talk openly
and honestly about them with your friends. Simple, easy, honest and we also make it fun.

Mula tercebak sebab kak Farrah MF tag nama I pada satu status tentang ini. Tak susah pun nak gain point ni, just perlu complete the  mission yang mereka beri. Sangat menarik sebenarnya. Campaign akan berubah-ubah. So, mana yang sejiwa dengan kita join lah campaign tu then complete the mission yang diberi.

Reward yang diberi pun barang-barang yang diguna setiap hari je. Kita boleh jimat sedikit belanja kan.. Contohnya soflan, dettol, vaseline dan kupon-kupon. 

Nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini ini, WOOP..

Barang-barang yang dah I tebus.

Penebusan Horlick Coklat yang ke tiga. Hehehe.. 
Ini semua untuk anak-anak buah tersayang je. Nak tebus yang lain macam tak pakai sangat, so tebus ini boleh minum-minum. Yang lego tu tak boleh minum tau.. haha.. Rezeki anak buah, horlick sebelum ni untuk mereka ja.. 


I tengah tunggu sabun Joy pulak sampai.. hehe.. 

NK: mood busy lagi.. Tak sempat BW ngan meramas mesra di komen.. Maaf ye..

Mummy Vogue

 *Selingan:- Dengan ini, I tuan rumah ingin memohon maaf jika sepi tanpa kata, tak balas komen-komen.. Tuan rumah tengah serabut kepala hotak dengan tugasan-tugasan. Waktu malam yang sepatutnya berehat, terpaksa bekerja keras memerah idea dan tenaga jari untuk menaip. Jadi Tuan rumah tak sempat nak beramas mesra dengan tetamu.. Maaf..

Terima kasih untuk tetamu yang tak jemu bertandang walaupun tak ada air kat kuih.. hehe..




Jumaat lepas I dapat lagi ole-ole.. Suka sungguh masa nampak sampul terpampang indah nama I.. Hehe.. Dalam hati terdetik " sah kawan blogger bagi ni". 

Nampak tu U ols, setem berlambak.. :)

Terpampang indah nama I tu.. :D..memenuhi ruang sungguh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...