advertisement

Doa Yang Spesifik.

Lama pulak tak bersiaran.. Mood raya masih menebal, mood nak update blog masih kelaut, tambah pulak lepas ni terpaksa offline seketika. Tapi tak pa, hari ni ada sesuatu nak kongsi kat U ols..

Terdengar tazkirah ringkas (lupa nama ustaz), tentang meminta doa kepada Allah. Doa jangan terlalu umum. Sebagai contoh, kita nak dapat keputusan cemerlang. Jangan minta doa " Ya Allah, bagilah aku dapat keputusan cemerlang dalam exam nanti.".. Spesifik kan doa tu, exam bila? kita nak cemerlang macam mana, maksudnya nak berapa A, nak dapat pointer berapa. 

Contoh lain seperti memohon semoga Allah murahkan rezeki. Rezeki itu banyak, iaitu merangkumi harta benda, kesihatan, kasih sayang dan macam-macam lagi. Rezeki apa yang kita nak Allah murahkan dalam masa terdekat ni?

Berdoa sahaja tidak cukup tanpa usaha disampingnya. Selepas itu barulah kita tawakal kepada Allah. Jangan berasa kecewa, marah atau bersangka buruk sekiranya doa kita tidak dimakbulkan. Malah berlapang dada dan sentiasa positif. 

Mood Today: Tired !



Selepas cuti 2 hari, masuk office sempat blogwalking kat beberapa blog. Badan rasa letih sangat. Sebenarnya I kena cerry berry. Fuhh, cuti 2 hari betul-betul dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk settle few works yang tertangguh. 

Mood raya lagi kan, so pantang ada jemputan, mesti datang. Makan dan makan je kerja sambilan yang dibuat.. Haha.. 

Lastly, perut ni tewas jugak, cerry berry hari ni sebab tu rasa lemah je badan. Tu lah kan, 2 hari lepas makan macam esok tu nak mati (takut tak sempat nak makan semua makanan sedap2 tu), last badan merana. Start kerja pun lesu ja, dah la direct dari kampung ke office, subuh-subuh dah keluar (gigih kan).

Bulan ni akan sibuk sikit, rasanya entry pun makin lama makin sikit. Banyak benda nak story, tapi rasa malas nak menaip lagi tinggi. Minggu depan I offline selama seminggu. Kalau lah ada yang merindui (PERASAN!), tataplah entry lama k. hehe

NK: Nak mengadap komputer pun macam tak dak nafsu dah ni.. MC ada pun tak guna, sebab kerja I tak boleh pass kat orang buat masa ni.. Sob..sob..







Wanita Jalan Menunduk

Kredit ti Kakinovel



Fakta atau auta?

I pun suka jalan tunduk.. 
Bukan apa, sebab pening cuaca panas.. Haha..
Lagi satu, sebab nak cover jerawat baru tumbuh.. 
HAHAHAHA..


NK: Hiburan petang rabu.. :-)


Kurung Moden Dewasa

Baju letak zip kat belakang. Si pemakai bersaiz S kedua-duanya.. Baju raya 2015. Terima Kasih Daun Keladi. :)


Baju housemate I



Ni adik I.. ;)

NK: saja-saja share sini.. Thanks sudi singgah.. ;)

NK: Model tak berbayar, kenalah cover muka..nanti diminta payment matilah I.. hahaha


DRESS DAN BAJU KURUNG BUDAK

Selepas dapat testimoni dari customer, baru berani up entry kat sini.. (hehe).. Bukan apa, nanti beria kita share, last orang tak suka pun hasil kerja kita. Al maklumlah budak baru lepas belajar, mestilah hasilnya pun tak berapa baik kan. 

Dari banyak-banyak baju yang I jahit (bolehlah dalam 10 helai camtu), yang ni paling susah. Yang susah tu bukan apa, baju contoh yang I dapat tu baju yang kecik sikit dari tuannya(tuan badan dah besar). Dah tu first time nak buat dress budak. Baju budak ngan orang dewasa, I rasa susah budak lagi tau (pada I lah).. 

Nak ukur tu puas U ols.. Pusing sana, pusing sini.. tambah sana, tambah sini.. Lepas tu tak puas hati lagi, buat lagi sekali.. Lepas tu edit lagi.. Fuhh! berpeluh nak ukur pun..(baju contoh lupa nak snap gambar)..


Ini lah rupanya dress tu. 


 Kasi tayang sikit, kembang2 tu

Gambar yang dihantar kat whatsapp I pada hari raya tu. Tuan badan baru 6 tahun.

Selain dress, dia ada tempah baju kurung. Baju kurung biasa.

Baju kurung ni tak susah sangat nak jahit sebab baju contoh tu kira ok dah saiz dengan tuan badan, so tak payah sibuk-sibuk nak tambah saiz.. 

Tuan badan tu anak sedara sepupu I (anak akak sepupu).. Walaupun kami tinggal dalam negeri yang sama (pulau pinang), tapi dia kat Pulau, I kat seberang ni. Dek kekangan kerja, mana nak sempat jumpa, sebab tu pos aja kain ngan baju contoh.. 

Alhamdulillah menjadi jugak baju ni.. gelisah jiwa tau nak menjahit baju orang.. Tapi kira nasib baik menjadi.. Risaunya mengalahkan orang nak masuk meminang (jeling Sis JM, haha).. 


Untuk Akak (kalau baca entry ni), 

Thanks sebab percaya jari jemari ni nak jahit baju anak dara akak yang comel tu.. Since orang dok meniaga lagi, akak rajin support.. Thank you so muchh.. Kalau sudi, lain kali tempah lagi.. Hehe..

Untuk U ols, Thanks sebab sudi baca.. Selamat hari raya (selagi dalam bulan syawal, selagi tu nak ucap raya..Hehe)

Kad Raya Lagi..

Dah seminggu beraya, tak habis lagi nak cerita bab kad raya.. Puas menunggu kad raya jauh-jauh belaka ni. Thanks sudi hantar kat I si blogger hingusan ni. 

3 lagi kiriman kad raya yang diterima di penghujung Ramadan. Masa tu dah siap-siap nak balik, tapi masih sempat posmen hantar. Sebab nak cepat balik kampung, maka kad raya tersebut terlupa nak baca. 

Maaf kepada pengirim sebab tak inform awal dah terima. 



1. Kad dari Sis Jari Manis


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...