Hari ini I kena kerja, ni kira sesi rehat kejap lah.. biasa hari sabtu memang tak sibuk, so bebel kejap boleh? Hihi..
Setiap perempuan mesti inginkan seorang suami yang baik, penyayang, rajin, romantik plus kaya(haha) nak jaga U ols kan? ngaku je lah yang memang U ols memang inginkan pasangan U ols macam tu kan..
I ? Of course lah nak yang baik, rajin yang penting sayang kita dunia akhirat, kalau dapat yang alim sikit lagi bagus.. haha.. Tapi, kalau kita dapat sebaliknya macam mana?
Seronok sebenarnya datang kenduri kawan-kawan. Akhirnya mereka telah dipinang orang, ada orang sanggup nak jaga kan.. Nampak depa happy ja.
Bila kahwin biasalah mana nak lepak ngan kawan-kawan dah. Nak balas mesej pun macam payah sangat. Sibuk ngan suami katakan. Nak-nak pulak yang dah beranak pinak.
Tup-tup lepas 3 tahun tak jumpa, terjumpa pula kat pasar malam dengan gendong anak lagi. Masa tu mula nak keep in touch balik ngan kita yang semakin dilupakan selepas kahwin. Haha..