advertisement

Sindrom pengguna facebook

Budak sekolah dengan kegedikan cinta monyet mereka..Huhu

Budak Uni/Kolej bajet busy study, walhal sibuk menghabiskan duit dan bercinta cintun.. Haha...

Lepas grade, sindrom cari pasangan.. Tak kisahlah yang dah kerja ke belum.. Sibuklah hai nak cari pasangan.. Tulang rusuk bergetar lah apa.. Kah..kah...

Kalau dah kahwin, penuh wall FB ngan gambar manja2 ngan pasangan, tag pasangan tentang post2 hal rumah tangga, luahan perasaan secara terbuka "ah rindu suami kita..padahal baru pagi tadi berpisah sebab masing2 kerja... HA.HA.HA...

Sindrom pregnant lak, dok updatelah lapar tu, ngidam tu, ngidam ni, mual-mual lah.. Hehehe...

Dah ada baby, sindrom mak-mak pulak U ols.. Penuh timeline U ols ngan gambar baby.. Mesti arr ada sharing2 pasal baby.. tunjuklah gambar ngah breastfeed, stok susu berbotol-botol.. Hihihi

Bak kata pepatah omputeh "sharing is caring".. :D..

Eh! ada lagi U ols, sindrom ni dia tak kira musim.. sindrom selfie...Klik sana klik sinun.. penuh muka dia.. Bajet lawa? KAH.KAH.KAH.KAH.....

Oppss!

Apa-apa pun kita buat berpada-pada sudah.. Ada orang ni macam tak gamak nak "unfriend" atau "unfollow".. 

Kalau rindu suami, whatsapp ke mesej ke atau call sudah lah.. Tak yah lah nak buat surat cinta kat FB.. 

Kalau nak selfie pun sikit-sikit dah la.. Naik muak nengok gambar kau weh.. Lawa tu lawa, tapiiiiiiiiiiiiiiiiii nak muntah juga nengoknya... HAHAHAHA...

Hati-hati share gambar anak comel-comel ni selalu.. risau ada yang "berkenan"..

Ok lah U ols renung-renungkan dan selamat memikior.. Kalau salah ambo mintak maaf deh.. 
(Eh ambo dah jadi orang mana lak ni??? Eh bukan I is kedahan ka? Ops lupa daratan kejap..)


Yang ikhlas, 
Kak Senah





"'Unfriend' di facebook bukan beerti memutuskan silaturahmi, cuma tidak sesuai diikat sebagai 'friend' di alam facebook kerana sebahagian 'features' pada facebook menjadikan tidak sesuai.
'Block' di fanpage juga bukan bermaksud 'putus silaturahmi' namun hanya kerana kalam mereka tidak sesuai (menurut penilaian pemilik & admin) untuk dipapar di fanpage.

Ia bukan sebab untuk bertengkar dan bergaduh atau bermusuhan. Ia hanya facebook & penilaian masing-masing."

Pengembaraan yang paling menjimatkan



Ni nak kongsi satu tip pengembaraan yang paling menjimatkan.

Nak pergi sana sini bukan semua mampu kan..

Tak pa, kita buat cara ni..

Walaupun kepuasan tu kurang..

Tapi ok lah boleh juga merasa...


Hurm...

Wanita Firaun

 Credit


MENYELAK lembaran kisah wanita yang dijanjikan syurga, tidak terlepas kita meneliti tokoh seperti Saidatina Khadijah Khuwailid, isteri Baginda Nabi Muhammad SAW. Tidak kurang itu juga, Maryam binti Imran, ibu kepada Nabi Isa yang disebutkan dalam al-Quran. 

Barangkali kita belum mendalami kisah seorang wanita yang mempertahankan jiwanya demi keimanan sebenar kepada Allah SWT. Wanita yang dimaksudkan ialah Asiah binti Muzahim iaitu isteri kepada Firaun.

Kisah Asiah dibincangkan dalam rancangan Ibrah pada minggu lalu oleh Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman. Keimanan Asiah teruji ketika berhadapan dengan suami yang jauh mengingkari perintah dan arahan Allah SWT. 

Dalam Surah al-Qashash ayat 3, Allah SWT menjelaskan kisah Firaun dan Nabi Musa. Firman Allah: "Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian daripada kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang yang beriman." 

Kaki sakit tapi hati puas

Tajuk entri kau tak boleh blah. Haha.. Ni entri nak membebel ja. Kalau rasa bosan boleh ignore je ok. 

Satu hari weekend yang bosan jika melepak saja dirumah yang sekangkang kera tu. Rumah yang tak pasti mana ruang tamu mana dapur sebab bercampur. hehe.. Tapi yang best nak kemas tak perlu masa yang lama. 

Alhamdulillah, daku tak payah merempit dah.. Bolehlah merasa pakai skirt sekali sekala kalau nak kemana-mana (kalau merempit susah sikit). Momot dah sepenuhnya daku bawa.. Thanks for my lovely parent, I love both of you so much (kalaulah mak n abah baca ni). 

Aktiviti tak dirancang, tiba-tiba whatsapp kawan baik I yang dok kat Kulim. Soalan ditanya selepas memberi salam " dah habis sekolah ka? busy tak petang ni?" . Jawapan yang indah diterima " Dah. Tak ada apa-apa aktiviti petang ni.. Why?". 

Impian

Siapa hidup dia langsung tak ada impian. Tak pun takut nak berimpian. Kononnya tak nak la mengharap, takut impian tak kesampaian. 

Alaaaa... Come on laa, tak perlu bayar pun kalau nak berimpian. Orang bijak selalu cakap "jangan takut nak berimpian, kerana setiap perkara bermula dengan angan-angan dan impian".. (kata-kata orang bijak sangat, I suka suki ja..Hehe). 

Weh, cemburu kot baca kisah-kisah travelog orang lain. Perasaan ni meronta-ronta nak pergi sangat-sangat kat tempat depa cerita tu sampai tak tahu nak gambar camna kat u ols..Kalau lah duit bukan masalah, dah pergi rasanya.. I tak pernah miss doa semoga dapat sampai kat sana. 

Diet ka berjimat?

Sebelum munculnya entry kemarin, seminggu juga kan I senyap sepi dari keluarkan entry. Sebenarnya I demam plus dengan gastrik. Pakej lah sekali sakit tekak. Selsema ja macam tak jadi sebab I dok pulun makan vitamin C. Naik kembung juga perut teguk air banyak-banyak. Punyalah tak nak demam. Hihi..

Hujung minggu lepas, I balik kampung, kononnya nak bermanja-manja dengan mak. Tengok mak pun macam kurang sihat, last, manja sorang-sorang.. Huhu.. 

Dari selasa sampai hari ni I lunch dalam office ja. Isnin tu I pi tumpang lunch rumah office mate I.. Mak dia masak sedap. Tapi I makan tak bertambah pun sebab tak da selera. 

Bila dihitung, dikira, difikirkan balik I boleh berjimat plus dengan pakej diet sekali kalau tak keluar lunch. I sebenarnya bukannya nak diet sangat U ols. Tekak ni masih perit lagi. Kat office ni sekurang-kurangnya ada aircond. Udara ok sikit. 

Start ahad lagi jerebu semakin hari semakin tebal. Usah cakap sini lah, I tau U ols yang dekat selatan tu dah lama rasa camni kan. Kalau tak keluar lunch, maka kuranglah sikit pendedahan dengan jerebu. Dahla I datang dan balik kerja direct air.. Huhu.


Gini haaa direct air.. HA.HA.HA.HA...


Tadi singgah blog Sis Izzeyda, dia ada update IPU di Pulau Pinang ni. Pinjam gambar ye sis


Dalam jerebu yang semakin menebal ni pun, masih ada orang sewel dok bakar sampah lagi. Ish tak faham laa I. Si perokok dok pulun complain. Huhu..


NK: Kita dikejutkan dengan kehilangan MH370, lepas tu MH17 pulak ditembak jatuh. Banjir besar berlaku hujung tahun lepas, tahun ni jerebu pulak.. Semoga kita ambil iktibar.

Semua orang risau akan keadaan jerebu, tapi tak ada siapa fikir adakah matahari akan muncul seperti sediakala esok. Jangan bila jerebu dah reda, kita sedar matahari muncul dari arah lain.. huhu... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...