advertisement

Pengembaraan yang paling menjimatkan



Ni nak kongsi satu tip pengembaraan yang paling menjimatkan.

Nak pergi sana sini bukan semua mampu kan..

Tak pa, kita buat cara ni..

Walaupun kepuasan tu kurang..

Tapi ok lah boleh juga merasa...


Hurm...

Wanita Firaun

 Credit


MENYELAK lembaran kisah wanita yang dijanjikan syurga, tidak terlepas kita meneliti tokoh seperti Saidatina Khadijah Khuwailid, isteri Baginda Nabi Muhammad SAW. Tidak kurang itu juga, Maryam binti Imran, ibu kepada Nabi Isa yang disebutkan dalam al-Quran. 

Barangkali kita belum mendalami kisah seorang wanita yang mempertahankan jiwanya demi keimanan sebenar kepada Allah SWT. Wanita yang dimaksudkan ialah Asiah binti Muzahim iaitu isteri kepada Firaun.

Kisah Asiah dibincangkan dalam rancangan Ibrah pada minggu lalu oleh Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman. Keimanan Asiah teruji ketika berhadapan dengan suami yang jauh mengingkari perintah dan arahan Allah SWT. 

Dalam Surah al-Qashash ayat 3, Allah SWT menjelaskan kisah Firaun dan Nabi Musa. Firman Allah: "Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian daripada kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang yang beriman." 

Kaki sakit tapi hati puas

Tajuk entri kau tak boleh blah. Haha.. Ni entri nak membebel ja. Kalau rasa bosan boleh ignore je ok. 

Satu hari weekend yang bosan jika melepak saja dirumah yang sekangkang kera tu. Rumah yang tak pasti mana ruang tamu mana dapur sebab bercampur. hehe.. Tapi yang best nak kemas tak perlu masa yang lama. 

Alhamdulillah, daku tak payah merempit dah.. Bolehlah merasa pakai skirt sekali sekala kalau nak kemana-mana (kalau merempit susah sikit). Momot dah sepenuhnya daku bawa.. Thanks for my lovely parent, I love both of you so much (kalaulah mak n abah baca ni). 

Aktiviti tak dirancang, tiba-tiba whatsapp kawan baik I yang dok kat Kulim. Soalan ditanya selepas memberi salam " dah habis sekolah ka? busy tak petang ni?" . Jawapan yang indah diterima " Dah. Tak ada apa-apa aktiviti petang ni.. Why?". 

Impian

Siapa hidup dia langsung tak ada impian. Tak pun takut nak berimpian. Kononnya tak nak la mengharap, takut impian tak kesampaian. 

Alaaaa... Come on laa, tak perlu bayar pun kalau nak berimpian. Orang bijak selalu cakap "jangan takut nak berimpian, kerana setiap perkara bermula dengan angan-angan dan impian".. (kata-kata orang bijak sangat, I suka suki ja..Hehe). 

Weh, cemburu kot baca kisah-kisah travelog orang lain. Perasaan ni meronta-ronta nak pergi sangat-sangat kat tempat depa cerita tu sampai tak tahu nak gambar camna kat u ols..Kalau lah duit bukan masalah, dah pergi rasanya.. I tak pernah miss doa semoga dapat sampai kat sana. 

Diet ka berjimat?

Sebelum munculnya entry kemarin, seminggu juga kan I senyap sepi dari keluarkan entry. Sebenarnya I demam plus dengan gastrik. Pakej lah sekali sakit tekak. Selsema ja macam tak jadi sebab I dok pulun makan vitamin C. Naik kembung juga perut teguk air banyak-banyak. Punyalah tak nak demam. Hihi..

Hujung minggu lepas, I balik kampung, kononnya nak bermanja-manja dengan mak. Tengok mak pun macam kurang sihat, last, manja sorang-sorang.. Huhu.. 

Dari selasa sampai hari ni I lunch dalam office ja. Isnin tu I pi tumpang lunch rumah office mate I.. Mak dia masak sedap. Tapi I makan tak bertambah pun sebab tak da selera. 

Bila dihitung, dikira, difikirkan balik I boleh berjimat plus dengan pakej diet sekali kalau tak keluar lunch. I sebenarnya bukannya nak diet sangat U ols. Tekak ni masih perit lagi. Kat office ni sekurang-kurangnya ada aircond. Udara ok sikit. 

Start ahad lagi jerebu semakin hari semakin tebal. Usah cakap sini lah, I tau U ols yang dekat selatan tu dah lama rasa camni kan. Kalau tak keluar lunch, maka kuranglah sikit pendedahan dengan jerebu. Dahla I datang dan balik kerja direct air.. Huhu.


Gini haaa direct air.. HA.HA.HA.HA...


Tadi singgah blog Sis Izzeyda, dia ada update IPU di Pulau Pinang ni. Pinjam gambar ye sis


Dalam jerebu yang semakin menebal ni pun, masih ada orang sewel dok bakar sampah lagi. Ish tak faham laa I. Si perokok dok pulun complain. Huhu..


NK: Kita dikejutkan dengan kehilangan MH370, lepas tu MH17 pulak ditembak jatuh. Banjir besar berlaku hujung tahun lepas, tahun ni jerebu pulak.. Semoga kita ambil iktibar.

Semua orang risau akan keadaan jerebu, tapi tak ada siapa fikir adakah matahari akan muncul seperti sediakala esok. Jangan bila jerebu dah reda, kita sedar matahari muncul dari arah lain.. huhu... 

Rezeki Direview

Blog setahun jagung I ni di review oleh blogger senior lah u ols. Bukan senang nak dapat peluang camni. Satu entry penuh diorang buat review. Alhamdulillah.. Lepas ni I tak boleh malas-malas berkongsi lah nampaknya.. hehe..

Thank you so much untuk Sis Yana Yani, yang susah-susah je nak review blog I. Walaupun Sis YY banyak kongsi tentang hal-hal keluarga beliau I tetap tertarik nak singgah sana. Gaya penulisan Sis YY sangat menarik dan enjoy je membaca. 

Sis YY buat review sebab I salah seorang top komentar bulan lepas. Walaupun laptop dia rosak, Sis YY masih gigih review semua top komentar di blog dia. Selain I ada beberapa blog lain juga di review kerana mereka juga adalah pengomen tegar disana. Antara yang I kenal Sista Jari Manis. Hehe



Nak tahu lagi apa Sis YY bebelkan klik link

Segala nasihat Sis, I terima dengan terbuka, Insyaallah akan diperbaiki sikit-sikit. Bak kata pepatah blogger lain "rupa tak penting yang penting isi".. Haha.. Mohon tunjuk ajar mana yang baik ye ^_^



Selain Sis YY, Blogger Wak Lalat pun ada review I tau. Tapi, Wak buat konsep interview. Perasan popular plak bila diinterview.. hehe.. biasanya pergi interview kerja ja.. :D



Semua jawapan diberikan adalah sejujur-jujurnya. Soalan Wak pun boleh tahan. Wak pun sama, buat macam ni kat Top Komentar di blog dia. Kalau U ols nak tahu apa yang Wak tanyakan, silalah ke entry tersebut kat sini.

Selain I, ada ramai lagi kena interview contohnya Kak Yan, Jari Manis dan ada lagi lah.. U ols kena terjah kalau nak tahu. 

Wak, 

Bila agaknya Wak nak jadi top komentar kat sini pulak.. Hehe..


Thank you Sis YY dan Wak Lalat yang sudi review blog I yang tak menarik ni. 

Hurm, I rasa dah lama I stop review blog. Last hari tu sapa ntah.. Bukan senang nak buat review ni.. Maybe bulan ni kena review satu kot.. Sapa nak kena review? meh bisik2 sini. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...