advertisement

Hidupkan kembali tradisi kad raya

Rindu nak terima dan bagi kad raya, tahun ni tradisi ni dihidupkan kembali.. Thank you untuk rakan blogger yang menceriakan tradisi ni kembali.. Best rupanya blogging ni.. Ni buat kita semakin semangat nak blogging..



1.  Kad dari sis Yana Yini



Bersungguh-sungguh sis YY memilih kad yang sesuai untuk rakan2 blogger..Kad pertama yang diterima. Tetap dalam ingatan katanya. Hehe.. suka-suka..



2. Kakanda Scdha Sein



Suka tema kad tu.. Nampak tenang je.. Kakanda SS, jaga diri baik2 tau, nanti raya jangan bedal makan macam2 k. 

3. Kakanda Farrah MF



Kad ni Kak Farrah buat sendiri tau..Kak Farrah ada wat tutorial kat blog dia, nak belajar terjahlah blog dia k. Kak Farrah terperam kad I katanya..Hehe.. I pun terlupa jugak nak update pasal ni.. terlebih exited sampai lupa.. hehe..

Untuk yang memberi, thanks bebanyak tau..Suka sangat dapat kad raya ni, nak cari box baru untuk simpan koleksi kad dari rakan blogger lah lepas ni.. 



Persiapan Raya, Over ke tak over?

26 Ramadhan,

Cepat kan masa berlalu, tup2 dah 26 ramadhan.. Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.. Semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir buat kita.. Jangan disia-siakan baki Ramadhan yang ada ini.. 

Mesti sekarang, semua sibuk buat persiapan raya.. Ye lah kan tinggal beberapa hari lagi.. I dah relak sekarang.. Dah tak fikir dah pasal baju raya ke, kasut ke apa lah bab raya ni.. Tunggu raya je, kita siap2 g raya.. hehe.. 

Dah besar2 ni tak fikir sangat lah baju raya ni semua.. Tak dak pun baju raya I tahun ni. I pakai je apa yang ada.. Sibuk jahit baju orang ja, baju sendiri memang tak buat pun. I pakai je baju yang belajar buat itu hari, lengkap dah kot, baju kurung ada, dress pun ada. Shawl ngan kasut pakai je yang lama2.. Elok lagi..Bukan pakai sangat pun.. 

Sabtu lepas kan cuti, I keluarlah jalan2, semangat U ols, pagi2 dah keluar, kononnya tak nak bersesak, nak parking pun senang. Pusing-pusing I dalam mall tu, bukan beli apa sangat pun.. Dok tengok gelagat orang ja.. Hehe.. 

Last masa nak balik, nampak tilam (ada offer tu yang nampak).. Orang sibuk ngan baju raya, kuih raya bagai.. I lak sibuk nak beli tilam.. Tilam raya katakan.. Haha..


Abang yang jual tu siap perli u ols, "tilam raya ye dik".. Senyum sampai telingalah.. Nasib tak offer katil, kalau tak katil sekali I beli.. Hehe..

Dalam bajet-bajet tu raya tahun ni dapat jugak tunaikan impian mak I nak cat rumah, tukar tikar ngan langsir baru. Semuanya beli yang paling murah je, bajet katakan.. Cat rumah dah buat sebelum puasa lagi (mana nak larat cat masa puasa). 

Mak I request tahun lepas lagi nak tukar cat ngan tikar.. Dek kerana bajet tak dop, tak jadi lah nak tunaikan permintaan mak tu. Langsir plak tak plan pun, tup akak I ada bajet, dia belikan dan dia yang jahit sendiri.. Alhamdulillah.. Nampak mak happy.. Warna cat, tikar ngan langsir dia yang pilih..

Walaupun GST dah start masa shopping2 tu, Alhamdulillah bajet cukup.. Mungkin Allah mudahkan sebab niat nak happy kan mak.. Semuanya memang under bajet kami anak2 yang gaji minima ni ja. 

Untuk anak2 diluar tu, berhabis sikit untuk mak ayah tak pa U ols, asal diorang happy.. Dulu diorang boleh perabih duit beli kan kita macam2, tak kan nak belikan untuk mak ayah pun berkira.. Tak payah mahal, yang lelong pun diorang tetap suka sebab anak2 belikan.. Tumpang bujang nilah nak belikan macam2.. Nanti kalau dah kahwin takut bajet tak cukup. Tapi, selagi kita niat untuk gembirakan mak ayah kita, Allah akan mudahkan.. Insyaallah...

Warna alam tau rumah I, syiling warna biru(syiling dari plastik yang warna biru), dinding warna hijau, tikar plak warna coklat U ols.. (gambar tak dak plak).. Hehe.. 

Tahun ni sibuk menjahit je, tak sempat pun nak buat kuih raya. Kuih tunjuk je kot, sejenis dua.. Kalau tahun2 sebelum ni, kami adik beradik adalah buat, habis lekeh pun orang cakap, 5 jenis jugak kami buat.. Tahun ni buat kek je kot, senang.. malam raya pun sempat buat sebiji dua.. 

ops, panjang plak entry ni, dah la gambar pun xdak kan.. nanti jemu plak u ols baca cerita I yang apa2 ni.. So camna persiapan raya U ols tahun ni? 




6 Perkara yang patut dielak ketika mengunjungi Bazar Ramadan

Salam Ramadan yang ke 20 buat semua.. Bila masuk Ramadan ni terasa cepat sungguh masa tu berlalu.. Tup2 dah masuk fasa terakhir.. 

Dah 19 hari kita berbuka, hampir setiap hari kita singgah Bazar Ramadan kan.. Kalau yang bujang dan masih bekerja, biasanya singgah Bazar ajalah kan, macam I.. Tak kuasa lah nak masak kalau sekadar nak jamah pun sedikit. 

I memang tak suka tempat yang crowd ni, tapi sebab nak cari juadah berbuka, terpaksa juga meredah lautan manusia kat bazar tu. Lepas balik kerja, singgah je terus ke Bazar, tapau apa yang patut buat berbuka nanti. 

Sepanjang kat Bazar tu, mesti ada saja insiden yang tak gemar kan..

Elakkan beberapa perkara tersebut ketika di Bazar Ramadan supaya tidak menyusahkan orang lain.

1. Elakkan buat reunion kat tengah-tengah jalan. Time orang sibuk2 nak membeli, kita ni sibuk lah nak buat reunion tengah2 jalan, sampai menganggu orang nak lalu lalang. Dah tu bergelak, bertepuk tampar bagai.. Rasa nak penampar je kan tengok. Haha

2. Jalan ramai2 sambil beriringan. Nak seiring sejalan, sila pergi taman, bukan kat Bazar ye.. Dah selisih ngan orang, tak lepas pegangan tangan tu.. Aduhh, nak romantik sangat la kan kat Bazar ni. 

3. Buat bising. Kalau datang ramai2, bersembang tepi orang, macam tempat tu diaorang je ada situ. Nak sembang tu nanti2 la, pergi Bazar kan nak beli juadah.

4. Teman kawan beli makanan kat kedai (dia tak beli pun) sampai block pelanggan lain. Dah kita tu tak nak beli, sedar lah diri pi duduk jauh2.. Tak payah sibuk2 nak tunjuk muka depan makanan tu. 

5. Mencemuh makanan depan2 makanan tu. Tak suka diam sudah lah.. Bukan ada orang paksa beli pun kan.. 

6. Potong Q. Yang ni memang panas membara walaupun bulan puasa. Penat2 orang beratur, sampai2 dia terus potong. Timbang rasa sikit ye, orang lain pun nak beli, awak pun nak beli.. Bukan boleh makan serta merta pun..


Ini 6 perkara ja yang dapat I senaraikan.. Kot2 U ols ada nak tambah apa2 sila komen ye.. Pergi Bazar nak beli makanan bukan nak jalan2.. kalau nak jalan2 pi tempat lain lah ye.. menyusahkan orang lain je nak membeli.. 

**Selamat berpuasa ye semua.. Peaceeee... 



TERIMA KASIH RAKAN BLOGGER

Dari hari ke sehari, blog ni semakin bertambah pengunjung. Terima kasih banyak-banyak untuk semua yang sudi singgah sini, baik dari rakan blogger atau pun silent reader. 

Ini I kongsikan selama 6 bulan (Jan-Jun 2015), rakan-rakan blogger yang kerap singgah sini dengan komentar-komentar yang mencuit hati dan memberi semangat kadang-kadang..

Seronok ja tengok rakan2 blogger lain update tiap-tiap bulan, tapi I malas nak update tiap2 bulan, ok kot ya kalau update setahun 2 kali. Hehe..



10 nama yang tersenarai ni memang rajin sangat bom komen blogger lain. 

Kalau nak mengembara terjah lah Jari Manis dengan Scdha Sein.. 

Kalau nak belajar kraf dan nak resepi masakan yang simple terjah Farrah MF dekat tower dia. 

Kalau nak dengar celoteh yang mencuit dengan cerita2 menarik terjahlah Deanna Morni. Sis Deanna ni hantu Kari.. Cakaplah resepi kari apa pun, semua dia suka..

Kalau nak cari tempat-tempat makan menarik kat Malaysia ni terutamanya Penang, jangan segan silu terjah Siti Yang Menaip (SYM).. 

Ibu kepada dua cahaya mata comel, iaitu Sis Yana Yani. Suka teletah kanak-kanak dan perkongsian menarik tentang anak2 singgah selalu ke teratak sis YY ni..

Peminat bola tegar sis SalbiahM.. Jarang nak jumpa peminat bola wanita kan, ni dia orangnya.. 

Nak tahu tentang hal-hal perubatan dan lain2 cerita menarik daripada ibu kepada 3 Adam, iaitu Dr Shikin. Nurashikin ZA aka Dr Shikin, dia dah slow down sikit blogging sekarang ni. Sempat jugak dia boom blog I sebelum decide nak slow down. Tapi, tak rugi tau, U ols singgah blog dia.. 

Seorang ibu yang sangat sweet, Kak Yan a.k.a Iryanty Ahamad. Mari bermuhasabah diri dengan perkongsian Kak Yan yang sangat menyentuh hati kadang2..

Lastly, jom dapatkan tip2 rawatan tradisional dan baca cerita2 menarik tentang sekeliling hidup sis Qaseh Vee.. 

Jom terjah mereka beramai-ramai.. Confirm tak rugi.. 

>>> Bulan puasa ni, I akan slow down blogging.. Kepada rakan-rakan blogger, minta maaf ye kalau tak kunjung ke blog dan kurang update.. Selamat menjalani ibadah puasa yang masih berbaki.. 





Sakit Jiwa



Ramai yang sakit jiwa tapi tidak mengakuinya malah mempunyai ciri-ciri perwatakan yang biasa seperti manusia normal. Sakit jiwa ialah manusia mempunyai masalah perasaan, tekanan atau seangkatan dengannya. 

Mereka ini mempunyai masalah tentang mengawal perasaan, terlalu tertekan. Itu ciri-ciri yang biasa pihak kesihatan jelaskan mengenai 'sakit jiwa'. Percaya tak yang kita, ye kita, U yang baca ni atau saudara mara, kawan-kawan U atau siapa sahaja berkemungkinan kena penyakit jiwa ni. 

Pengakit jiwa yang I maksudkan bukanlah kategori 'gila' atau tekanan melampau yang kita dapat lihat dekat Hospital Tanjung Rambutan tu. 

Orang yang mempunyai masalah jiwa biasanya tidak mempunyai perasaan, sudah hilang sifat kemanusiaan malah seolah tidak sedar apa yang dilakukannya itu salah. Terlalu mengikut emosi malah sentiasa berhati busuk. 

Apa tak gila namanya jika seorang ibu ataupun bapa sanggup mendera anak mereka sendiri. Memukul bayi kecil yang masih tidak mengerti apa-apa. Penat-penat mengandungkan selama 9 bulan, sakit dengan bertarung nyawa melahirkan, akhirnya anak itu dibunuh dan dibuang seperti sampah. 

Baru-baru ni, negara digemparkan lagi cerita dera kanak-kanak, oleh ibu tiri dengan ayah kandung anak tersebut. (Tak perlu rasanya nak diulang lagi, semua sedia maklum kot.)Kalau tak tahu, sila klik sini. Alah ini bukan kes baru, sudah acap kali ruang-ruang akhbar dan berita siarkan cerita penderaan ini. Sampai tak tersenarai dah kes-kes begini. Nauzubillah..

Bila dilihat secara luaran, tiada yang cacat cela pun dengan ibu tiri dan bapa kandung tersebut. Tapi mana masalahnya yang membuatkan mereka tega melakukan sedemikian? 

Ini yang kita panggil masalah 'jiwa'. Sebaik mana pun kita, kalau kita tak mampu mengawal 'jiwa' kita, tidak mustahil kita jugak akan bertindak sekejam itu. Jangan dibuat main dengan masalah jiwa ni.

Pada keyboard warrior yang 'hebat' sangat tu, stop komen yang memaki hamun. Lebih baik muhasabah diri sendiri. Ada antara kita yang ada anak pun. Ibu bapa tu adalah contoh terdekat untuk anak-anak. 

Muhasabah diri, bersihkan 'jiwa' kita. Dekatkan diri pada-Nya. Jamulah 'jiwa' kita dengan benda-benda yang baik. Insyaallah kita dapat mengawal 'jiwa' kita. 

Baca sini untuk lebih info>>Terapi jiwa menurut islam








Cantik rupa atau akhlak yang baik



Untungkan kalau cantik diluar cantik jugak didalam.. Macam mana nak cantik didalam? Jawapannya Akhlak!..

Tapi kalau kita terkejar-kejar kecantikan luaran untuk pujian manusia, alangkah ruginya.. Biar muka "tak bapa cantik" asal hati dan akhlak baik.. Betul tak?

Bagaimana pun rupa kita, ianya Allah yang jadikan.. Bersyukurlah.. Apa yg kita patut risau, ialah hati kita.. kerana hati yang baik boleh mencerminkan rupa yang cantik..

Selamat berpuasa ye semua.. 
Salam Ramadan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...