advertisement

BLOG REVIEW #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Another review...

Hurm..... 

Blogger yang kaki travel (kaki ja, badan tinggal,haha.. ok2 tak lawak)..

Well, ai rasa yang selalu datang sini mesti kenal jugak dengan blogger ni.. 


Ai selalu gelak sorang-sorang kalau baca entry dia. Kalau ai tengah baca kat office, mesti officemate akan tenung ja ai.. "dah pasai pa u ni gelak sorang2".. Hahahahahahaha

Tolonglah jangan stressssssssss

Ya Allah hari ni memang hari stress meress betullah buat ai. Ada ja masalah nak datang. Kenapa satu hari semua benda nak jadi. Kenapa...kenapa...kenapa????

Fuhh, macam tak redha plak kan dengan Qada dan Qadar. 

Istifar.. istifar...

Macam-macam hal jadi hari ni.. Mana ngan slip pos laju hilang selepas isi baik punya semalam nak pos barang hari ni. Sampai pos laju kena beratur plak panjang-panjang. Kena plak isi form baru semua parcel untuk pos. 

Ada orang baik hati.. trimas..





Rasa malas nak datang kerja hari ni. Ntah pasai pa tak tau. Huhu..

Sampai-sampai ja nampak ini surat laa.. Tengok saja nama yang tertera, terus berbunga-bunga hati, jantung dan hempedu ai. Haha..

Jom berteka-teki sikit. Sapa lah yang bagi ni erk..

Masa snap ni tak bukak lagi sampul. 

Entry penuh nanti menyusul. Busy sikit pagi ni. Banyak plak drawing  masuk(ai pun heran, ai ni production manager atau Assistant akaun. Haha).


Makan masa breakfast tahan sampai petang

Sejak dua menjak ni, busy plak kat office. Boleh plak terlupa nak makan. Haha.. Selalu bab makan laju ja. Bila masuk ja waktu lunch memang cepat-cepat keluar. 

Dok berkejaran ke bank sana sini, bila tengok jam dah dekat kul 2. So decide nak bungkus ja makan. Ai pun bungkus bawak balik office. Sampai tu tak makan lagi tau, sebab ada orang tunggu ai kat office. Adeehh, time orang keluar ni lah ada ja yang carik. Bila tercongok dalam office tak dak plak nak datang.

PERMOHONAN e-PJJ USM 2015/2016

Ya.. 
Sekarang masa yang sesuai nak sambung degree.. Kawan-kawan lain dah sambung Master pun.. ai masih terkial-kial nak isi Degree..Hehe..

Tak kisah lah tua ka muda, belajarlah selagi mampu. 2 tahun lepas, ai diterima menjadi student degree sepenuh masa, dek kerana kewangan dan beberapa masalah lain, terpaksalah let it go. Huhu.. 

Kawan-kawan tanya "tak menyesal ka". Selepas ditimbang tara, ai decide tak mau sambung lagi wat masa tu. Walaupun sedih ai tolak dengan hati yang terbuka dan redho, perancangan Allah adalah lebih baik. 

ANNIVERSARY BLOG "AKU DAN KAMU" YANG PERTAMA

Pejam celik sudah setahun ai berblogging. Sat ja rasa masa berlalu.. Mula tulis entry dulu 4 Mac 2014. Daftar blog lebih awal pada tu. Tapi sebab masih tak tahu macam mana nak tulis entry, jadi ditangguhkan sampailah 4 Mac baru publish satu entry.

Banyak suka duka disini diluahkan.. Haha.. Sebenarnya buat blog ni sebab nak share tentang Shaklee dan baju-baju yang ai promote dulu melalui facebook. Kononnya nak gunakan apa sahaja medium yang ada untuk promote semua tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...