advertisement

PROMOSI BERKESAN DARI QU PUTEH

Sangat hebat orang memperkatakan tentang Qu Puteh sekarang ni. Tahniah buat Datuk Vida (Datuk ke Datin?Confius) sebab berjaya meninggalkan kesan kat hati penonton. 

Nak layan AJL (anugerah juara lagu) pun tak ada mood sebab iklan tu menganggu jiwa raga. Kerap sangat pasal Qu Puteh ni sampai naik muak tengok. Sampaikan belakang stage, time Juliana tu pun dok sibuk ke produk tu. Siap ada selingan daripada geng Titan dan Achey. 

"Qu Puteh,Qu Puteh barulah putih". Kadang-kadang lawak pun ada dengan iklan ni. Tergelak juga tengok, tapi bila dah sampai setengah siaran, rasa macam nak termuntah pun ada.

Apakan daya kan, dia taja AJL, kena la hadap juga walaupun naik menyampah. Ai bukan tak mau support produk melayu ke apa, ai pun guna banyak produk-produk melayu, ada juga siap promote ke kawan kalau ada testimoni (promote suka2 tak dapat apa pun).

KENAPA WANITA HAMIL MENGALAMI ALAHAN

Kesian pulak tengok kawan-kawan, sedara mara yang muntah-muntah semasa awal kehamilan. Ada plak ai tengok dah nak masuk 6 bulan pun dok alah lagi. Muka nampak kusam, letih dan tak bermaya. Mana dengan nak bekalkan nutrisi untuk diri, baby dalam perut lagi. Asal makan ja muntah, asal muntah ja mesti dah makan, hihi..

Sampai terfikir sendiri, kalau nanti ai diberi kesempatan merasa saat-saat tu, ai pun akan macam tu ka. Kalau demam 2-3 hari muntah-muntah pun dah rasa macam nyawa dihujung tanduk(overnyeeerrr), ni kan pulak berbulan-bulan. 9 bulan tu nak mengandung. 

DOA HARIAN: DOA KETIKA SUJUD

Masa kita solat waktu sujud la waktu kita paling dekat dengan Allah.. Masa ni kita disarankan banyak berdoa. 

Tak silap ai, waktu sujud adalah antara waktu mustajab berdoa. Antara doa atau zikir yang disarankan ialah 






Maksudnya:

"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi".
(Tiga kali).


Kalau yang selalu ai baca, Subhanarab bial aqla waabihamdih..

Selepas tu, berdoa lah apa sahaja yang kita nak doa. Jangan plak doakan kemusnahan orang lain. Doa yang baik2 je tau..



wasalam...


FENOMENA PISANG GORENG CHEESE

Ingat lagi masa durian crepe tengah famous, berebut kawan-kawan ai makan. Padahal ai rasa biasa ja, tak ada la sampai boleh buat muka bahagia dan cakap waaahhh sedappppnyeee..

Ai ni jenis yang susah nak teruja dengan sesuatu perkara kecuali benda tu memang betul-betul best dan membahagiakan. Bahagia plak ai ni kan.. maksudnya benda yang betul-betul buat kita senyum sampai belakang kepala (over tak?). 

Sekarang fenomena pisang goreng cheese.. Lagi resepi baru, pisang goreng coklat cheese, pisang goreng blueberry cheese (ada ka blueberry?). Ehh, tak pernah plak jumpa perisa lain selain coklat cheese.. hihi..Saja tambah..

MINI REUNION MEMBER DORM 7 ENGGANG

Saja buat satu entry kat sini sebab nak abadikan kenangan kecil hidup ai. Hehe.. 6 tahun lebih rasanya tak jumpa dengan mereka-mereka ini. Jumpa dalam FB ja (kira jumpa ke tu?)

Rindu gila nak menggila bersama (tapi kami tak gila tau). Haha..

Jarak nak ke rumah kenduri sebenarnya sejam lebih je, sebab kan sesat sampai 3 jam lebih baru sampai. Masing2 sampai dengan muka lapar nak mampus dah. haha.. 

Kami janji nak jumpa kat satu check point sebelum sama-sama konvoi ke rumah kenduri. Tapi satu kereta sesat, yang lain kena tunggu la. Hihi..

JANGAN BERSEDIH SAHABAT






Salam Takziah Sahabat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...